sahabat dunia akhirat

Saudara Azzam dan sahabat-sahabat

” Tanpa rasa penat jemu, teruskan perjuanganmu . ” – Sebuah kata-kata hikmah dari seniorku .

Pesan seniorku lagi :

Saya sertakan tiga cadangan untuk bekalan buat kita sebagai generasi penerus perjuangan Islam :

1 Kita sebagai generasi muda perlulah sentiasa meningkatkan kualiti ruhiah kita untuk menjadi bekalan diri kita agar kita dapat mendidik generasi berikutnya.  – Hubungan dengan Allah.

2 Ketika kita melihat umat yang semakin menyimpang dari Islam, kita sebagai pemuda mesti melakukan perubahan atas perkara tersebut dengan kesungguhan dan istiqamah. – Kemanisan Istiqomah.

3 Seorang pemuda itu harus mempunyai idealisme tinggi, berjiwa besar dan berani melakukan perubahan dimulai dari diri, keluarga dan masyarakat. – Positif dan tegas.

4 Pemuda sebagai dai’e yang terbaik, kita adalah dai’e, ini kerana semenjak kita lahir kita sudah punyai kewajiban untuk menjadi dai’e, yakni menyeru manusia kearah kebaikan dan mencegah manusia dari melakukan kemungkaran. – Amar ma’ruf dan nahi munkar.

Salam kajian

Golongan antiCrist lebih hebat daripada golongan yahudi – Zionist. Aku membuat kesimpulan setelah mendengar talk daripada Dr Azzam Tamimi di Tokyo , cuti musim panas yang lepas.

Kini, aku cuba berdamping dengan kajian berkenaan siapa itu FreeMason , dan gerakan Iluminasasi. Licik benar musuh. Aku cukup tertarik dengan kajian seorang senior dalam mendedah kelicikan strategi mereka. Gerakan mereka cukup hebat. Menelaah usaha mereka cukup mencuri masa.

Aku mencabar diri untuk lebih mengkaji tindak tanduk mereka. Supaya dapat aku lebih kenal siapa MUSUH !

Semoga Allah membuka jalan kepada usaha seniorku dalam membongkar lagi.

sahabat

Kembara di Yokohama , 2 tahun yang lalu

Ali- ‘Imra 3 : 14

Al-An’am 6 : 32

Pesan dari sahabat dunia akhiratku :

” Jadilah da’ie yang mencari perjuangan, bukan perjuangan yang mecari da’ie . “

” Dakwah bukan sebahagian dari aku. Tapi aku adalah dakwah dan dakwah adalah aku. “

” Pertemuan kita kerana perjuangan. Dan kerana perjuangan kita bertemu. “

” Perjuangan memerlukan jiwa-jiwa yang besar. Jadilah pejuang yang besar jiwanya. “

” Perjuangan juga memerlukan sokongan, dan sokongan yang paling ampuh dan kukuh adalah dari isteri yang solehah. “

” Perkahwinan jangan nampak mudah. Sungguh, tidak senang. ” – Aku mendalami maksud kiasan ini.

Jazakallah teman.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamarfiratuh wa ridhwaanuh.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Alhamdulillah ,aku masih lagi berpeluang untuk menulis. Salah satu nikmat dari Allah swt.

Marhalah Kerja

Hampir 5 bulan saja lagi, aku akan tamat pengajian di kolej teknikal. Seterusnya akan masuk marhalah baru. Marhalah kerja. Peringkat atau alam pekerjaan. Dari sekarang ,aku perlu lebih jelas untuk pandang ke depan.

Sebagai manusia , aku kadangkala lemah. Tidak gagah selalu. Namun, aku suka untuk mengambil teladan sirah sebagai pengajaran. Mengimbas kisah-kisah perjuangan. Mengenang saat berjuang bersama teman-teman. Kadang-kadang aku juga takut dan bimbang, bila persoalan ” benarkah aku sedang berjuang ? ” , aku ajukan buat diriku sendiri.

Nikmat Allah tidak terhitung

Bulan lepas, aku sempat ke Nagano. Perjalanan pulang dari Nagano ke Nagaoka memakan masa hampir 5 jam, jika laluan dengan train diguna. Tiba di Stesyen Keretaapi Nagaoka untuk ke kolej, aku memilih untuk naik bas.Aku memilih sudut di kerusi yang paling belakang. Didalam bas, ada sesuatu pengajaran yang cukup mendidik diriku.

Di saat aku sedang berfikir ,merancang dan mengatur perjalanan masa depanku ,aku dapat melihat sebuah keluarga yang bahagia di satu sudut bas tersebut. Seorang ibu berbangsa jepun dan 2 orang anak kecil perempuan. Sangat comel.

Melihat kerenah mereka ,aku teringat keluargaku. Si anak bertanya sesuatu, si ibu lekas membalas. Aku membaca pertuturan mereka. Sekalipun tidak faham. Aku cuba memahami. Benar nikmat Allah itu luas ! Kasih sayang Allah itu agung ,tak terkira.

Anak- anak kecil perempuan yang comel itu berbahasa dengan bahasa isyarat. Si ibu membalas dengan kasih sayang. Air mata ku menitis. Aku hambaMu yang hina ,duhai Allah. Aku seringkali mencari kelemahan kasih sayang Mu.Pimpinlah aku ,duhai Allah.

Ketika Ramadhan, klip video INI kerap jadi teman tarbiyahku. Tapi, selepas Ramadhan berlabuh, Allah hadiahkan aku pengalaman yang cukup bermakna.

AKAN KUSYUKURI NIKMATMU SELALU,DUHAI ALLAH.

Renungan :

Manusia yang merasakan diri mereka hebat adalah manusia yang lemah. Seorang mukmin sentiasa merasakan dirinya hina dan tidak layak masuk ke syurga Allah. Apabila ia menginsafi hakikat itu, maka ia sentiasa diburu rasa resah kerana takutkan kematian. Orang lain takutkan kematian kerana tidak puas dengan kehidupan. Ia pula takutkan kematian kerana mahu beramal sebanyak mungkin mencari kasih Allah. Maka sebahagian mereka berkata, “Alangkah, jika aku hanya rumput yang akan diragut kambing.” Ada sebahagian lain pula berkata, “Alangkah, jika aku kambing yang disembelih dan dimakan.”  – ust dzul

Assalamualaikum wbt

ipij selamat hari raya

UCAPAN HARI RAYA

Kehadapan semua pembaca yang dihormati Allah , saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua. Semoga tarbiyah Ramadhan dapat memberi sesuatu didikan kepada tasawwur hati. Melahirkan rasa hina dan rasa hamba sebagai seorang abid serta khalifah Allah swt.

DAULAH itu NEGARA

Ketika ini juga, baru beberapa hari, proses penyusunan komposisi kabinet utama bagi kerajaan daulah jepun, berakhir .Pemimpin baru yang diamanahkan rakyat ,Hateyama Daitoryou .

” Kehidupan rakyat, diUTAMAkan .Kokumin no seikastse ga, dai ichi. “

Slogan yang sekaligus menjadi bukti sejauh mana janji – janji yang telah di ucap, akan dilaksanakan. Begitulah resam daulah . Seronok memerhati perubahan yang akan berlaku.

PERUBAHAN KEBAIKAN

Semoga dengan Ramadhan yang dilalui juga,memberi satu titik tolak kepada kita untuk  melaksanakan azam – azam perubahan dan  kita sama-sama berusaha melaksanakannya pada 11 bulan diluar ramadhan. InsyaAllah .

Kedatangan hari raya hendaklah disambut dengan perasaan gembira . Ketika memerhati suasana persiapan hari raya di kawasan yang berhampiran , pelbagai keadaan dapat dilihat . Ada yang ditugaskan untuk mengikut lecturer jepun pada hari  raya untuk membentang kertas kerja. Ada yang sedang bertungkus lumus dengan persiapan presentation research.

Pada tahun ini ,saya akan menyambut hari raya secara sederhana di universiti teknologi nagaoka. Komuniti malaysia muslim disini agak ramai. Terdapat juga warga indonesia muslim , thailand muslim dan japanese muslim. Selepas sambutan hari raya ,saya akan bertungkus lumus pula untuk persediaan peperiksaan.  Semoga sahabat – sahabat pembaca juga turut sama mendoakan .Pada Allah yang terbaik.

Selamat menyambut eid fitr kepada semua. Kullu a’am wa antum bil khoir. InsyaAllah.

INGATAN DOA BUAT MU’ALIM

Dikesempatan ini juga , saya ingin memohon maaf terutama kepada ibu dan ayah , adik – adik di kampung , ustaz ustazah serta guru – guru khusunya dari Kolej Islam Sultan Alam, Klang ,Selangor , barisan pendidik di Kolej Islam Sains Terengganu , Kuala Berang, Terengganu , para pendidik dari Sekolah Menengah Agama ( Atas ) Sultan Zainal Abidin ,Batu Burok ,Kuala Terengganu , dan juga ustaz dan asatizah di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang ,Kuala Terengganu .

Salam dari anak didik, di bumi tarbiyah jepun. Salam doa buat semua.
islam jepun

saw

wajah bercahaya

Memandang wajah ulama cukup menenangkan. Raut wajah yang cukup lembut . Tanda hati yang cukup dekat dengan Allah .

Apatah lagi ,memandang wajah pewaris yang mempunyai keturunan terus dengan Rasulullah saw .

Memetik kata -kata seorang ustaz , jika kita rasa kecintaan dengan memadang wajah beliau ,yang merupakan pewaris Rasulullah saw , bayangkanlah apatah lagi jika kita memandang raut wajah lembut Rasulullah saw.

Semoga Ramadhan dapat memberi sesuatu pencarian buat diri dan sahabat- sahabat .

Jagalah hati .

Alhamdulillah. Malam ini ,sudah malam ke lima belas Ramadhan. Sudah separuh Ramadhan.

Bagaimana mutu solat, sahabat-sahabat ? Semakin hari ,semakin ringankah tuntutan tarawihnya ? Makin bertambahkah saff solat di komuniti sahabat-sahabat ? Semakin lembutkah hati ? Semakin basahkah mata yang selalu menyaksikan maksiat , kerana takutkan Allah ?

SAHABAT

ramadhan tahun lalu

bersama ‘timun cina’ yang cukup besar

Ramadhan bersama sahabat -sahabat soleh , melakukan aktiviti rehlah bersama , menghidupkan suasana Ramadhan bersama ,merupakan suatu nikmat yang cukup besar .

Di kesempatan post ini ,suka untuk saya menasihati diri dan sahabat-sahabat agar menambah rasa syukur kepada Allah swt. Nikmat yang ingin terus dikongsi bersama pada post kali ini, adalah sahabat soleh.

Sesungguhnya sahabat yang soleh itu ,jika kita memandangnya dapat mengingatkan kita pada Allah dan taat kepadaNya. Sebaliknya ,melihat sahabat yang tidak soleh itu, dapat mengingatkan kita pada kemaksiatan dan perbuatan-perbuatan murka.

mus

sahabat malaysia dan sahabat indonesia ,2 negara & satu akidah

Sebuah hadis daripada riwayat Abu Daud menukilkan bahawa sahabat yang soleh itu ibarat penjual minyak wangi , darinya engkau akan mendapat bau harumnya. Dan sahabat yang buruk itu ibarat tukang besi ,bila engkau tidak terkena percikan apinya ,maka engkau akan terkena asapnya.

Saya memetik lagi kata-kata dari Mustafa Masyur , seorang intelektual islam menyatakan bahawa orang mu’min itu adalah cermin bagi saudaranya.Setiap orang mesti memiliki kesalahan dan kekurangan. Namun ,ramai dikalangan kita kurang menyedarinya.

Kekurangan kita . A’ib kita yang  terlalu banyak.

Teringat juga saya pada penulisan seorang ustaz berkenaan kekurangan kita.Bahawa sanya ,pintu neraka Allah terbuka luas untuk kita.Namun ,terbukakah harapan untuk kita minta dibukakan pintu SyurgaNya.Siapalah kita.Semoga Ramadhan menjadi wasilah untuk membersihkan hati kita.

TEGURAN

Dalam menegur a’ib kita , memperbaiki dan membantu kita ,tidak ada yang mampu melaksanakan nya melaikan sahabat atau saudara yang saling mencintai kerana Allah ,tulus dalam persahabatan ,lembut dalam pergaulan ,bijak dalam memberi nasihat dan menunjukkan kekurangan.Sahabat soleh juga merupakan sebaik-baik bekal perjalanan.

RAMADHAN TAHUN LALU

Sempat juga saya melapangkan sedikit ruang bertemu sahabat-sahabat di komuniti kawasan lain. Ramadhan tahun ini, masih kah diberi ruang tersebut .InsyaAllah , semoga terus dipilih oleh Allah .Itu harapan saya.

Menolong beberapa sahabat menyiapkan bentou/ bekal makanan, program ihya ramadhan serta berziarah ke masjid di sekitar tokyo.

cahaya islam

bukti cahaya islam di jepun ; anak kecil bersama si ayah merindui ilmu wahyu Ilahi

Manis sekali harga persahabatan yang soleh. Semoga kita saling ingat-mengingati dan berpesan-pesan dalam mentarbiyah hati dan diri.

Salam Ramadhan buat adik-adik di tanah air. Pilihlah sahabat yang soleh dan jagalah ia sekuat yang mungkin.

MENGENALI KHALED MASHAL

optimis

Lelaki berumur 53 tahun ini mengancam Israel dan Amerika. Beliau ialah Ketua Pergerakan HAMAS. Ketua bagi sebuah pergerakan suci membebaskan Masjidil Aqsa, membebaskan Palestin daripada cengkaman Israel.

Khaled Abdul Rahim Mashal dilahirkan di Silward berdekatan Ramallah pada tahun 1956. Keluarganya berpindah ke Kuwait pada tahun 1967. Memperolehi Ijazah dalam Bidang Fizik daripada Universiti Kuwait.

Semasa di Kuwait, beliau mengetuai Barisan Keadilan Islam (qa’imat al-haq al-islamiyya). Kemudian, pada tahun 1980, beliau menubuhkan Liga Islam bagi Pelajar Palestin (al-rabita al-islamiyya li talabat filastin). Pernah menjadi tenaga pengajar sekolah di Kuwait pada tahun 1978-1984. Beliau tinggal di Kuwait sehingga tercetusnya Perang Teluk 1991.

Kemudian beliau berpindah ke Jordan, dan mula berkhidmat dengan HAMAS. Pernah menjadi Ahli Lembaga Politik HAMAS dan kemudian dilantik menjadi Ketua Lembaga pada 1996.

Berikutan penggusiran pimpinan HAMAS dari bumi Jordan sejurus selepas pertabalan Raja Abdullah pada tahun 1999, Mashal berpindah ke Dimash, Syiria

Pada 25 September 1997, beliau menjadi sasaran bagi satu cubaan membunuh daripada Perisikan Israel MOSSAD. Cubaan membunuh ini merupakan arahan daripada Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan kabinet keselamatan Israel.

10 perisik MOSSAD memasuki Jordan (tempat tinggal Mashal) mengunakan Pasport Canada.  Mereka memecah masuh ke rumah Mashal ketika beliau sedang tidur dan cuba memasukkan Racun Pembunuh ke tekak beliau. Ketika itu beliau ialah Ketua Hamas Cawangan Jordan.

Dalam satu wawancara dengan Majalah Third Way Magazine, beliau ditanya :

When Mossad tried to assassinate you in 1997,how did that affect you? Did it change your  outlook on life?

Mashal:

It did not change my course, but it made me more positive about life. I became more courageous in the face of death. My faith became stronger that a man does not die until his time comes. That is, I will die when God decides, not when Mossad decides. It also made me more resolute in fulfilling my responsibilities.

In our experience, Israeli threats have one of two effects: some people are intimidated, but others become more defiant and determined. I am one of the latter.

Pihak Berkuasa Jordan berjaya mengesan misi pembunuhan beracun ini dan berjaya menahan 2 oarang perisikan MOSSAD yang terlibat dalam misi tersebut. Raja Jordan, Raja Hussien meminta Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu supaya menyerahkan penawar bagi racun tersebut. Benjamin pada mulanya menolak permintaan Raja Hussien itu.

Peristiwa itu mencetuskan konflik baru di pentas politik dunia.Namun selepas itu,  Presiden Bill Clinton masuk campur dan mendesak Benjamin supaya menyerahkan penawar bagi racun tersebut. Allah Taala memelihara hamba-Nya yang soleh, bertakwa serta berjihad dijalanya.

2 Orang Perisik MOSSAD dibebaskan oleh Pemerintah Jordan sebagai pertukaran dengan pembebasan Pengasas HAMAS dan merangkap Ketua HAMAS, Syeikh Ahmed Yassin.

Pada tahun 2002 beliau diberi kepercayaan menjadi wakil untuk berjumpa dengan Putera Mahkota Saudi Abdullah Bin Abdul Aziz AlSaud (sekarang Raja Saudi) ketika Perhimpunan Pemuda Islam di Riyadh. Beliau mengambil alih kepimpinan HAMAS selepas pembunuhan (syahid) Ketua Hamas, Abdel Aziz AlRantissi pada 2004.

Mashal terkenal sebagai seorang yang mempunyai keyakinan yang tinggi tentang kemenangan hakiki akan berpihak kepada Islam dan selalu berbicara tentang asal usul perbalahan dan persengketaan antara Palestin dan Israel.

Ucapanya sentiasa dipenuhi dengan ayat-ayat suci AlQuran dan paparan Sunnah Rasulullah S.A.W. Beginilah kisah hidup seorang pejuang di medan juang, AlQuran dan AlSunnah dijadikan pencetus momentum semangat dan keberanian yang tidak mengenal erti takut. Teruskan Perjuangan!!! Allahuakbar.

Moga jadi teladan bersama.

Sumber.

Ahlan wasahlan ya Ramadhan

Selamat datang ya Ramadhan

Youkoso ya Ramadhan

ramadhan

Semoga kedatangan Ramadhan ini disambut dengan kesihatan tubuh badan, keringanan beramal kebaikan, kesungguhan memperbaiki kekurangan, kemaafan melapangkan jalan kebahagiaan.

Suburkan siang dengan hablun minannaas.

Suburkan malam dengan hablun minallaah – saifulislam.com

ahlan ramadhan

Selamat menyambut kedatangan Ramadhan buat semua sahabat-sahabat.

*****

Suka untuk saya petik satu kata-kata nasihat buat renungan remaja-remaja islam :

Bagaimana Quran boleh menaikkan martabat kamu? Ramadan ialah bulan latihan, maka tumpukan pada apa yang anda mahu.

Seorang Imam di Masjid Ibn Taimiyyah, di United Arab Emirates membuat doa dalam solat witr :

“ Ya, Allah, jadikanlah remaja MuslimMu sibuk dengan cita-cita dan aspirasi tinggi dan janganlah biarkan mereka leka dengan perkara-perkara duniawi yang remeh ”

Next Page »