Tadzkirah


Alhamdulillah. Sudah masuk hari ke sepuluh Ramadhan. Masih dalam madrasah didikan Ramadhan. Saat ini, suka untuk aku kongsi dan salinkan semula nasihat dari Tuan Guru yang mulia,Sheikh Mustafa Masyur . Tulisan beliau dalam naskah, ” Bekalan di jalan Kebaikan ” ,cukup lembut  dan penuh berisi pengajaran. Apatah lagi setiap bait – bait buat pejuang yang dambakan kasih sayang Allah, disulam teliti dengan ayat-ayat Allah dan kalam hikmah Rasulullah saw.

Jiwa saat melakukan qiyaam.

anak kecil soleh

Kemesraan dan kenikmatan jiwa saat melakukan qiyamullail dan munajat dapat melupakan kepenatan badan dan keletihan kaki. Sebahagian orang soleh berkata : ” Tidak ada satu masa di dunia yang menyamai kenikmatan akhirat, kecuali waktu yang dilalui oleh ahli tahajjud yang merasakan lazatnya munajat. ”

Sheikh yang mulia, juga berpesan kepada pejuang-pejuang agar bangunlah di waktu malam. Bangunlah sebagai seorang hamba yang fakir. Bangunlah sebagai seorang hamba yang lemah. Sebagai seoarang hamba yang tertunduk di waktu malam untuk mengetuk pintu Tuhan yang Maha Pemurah.

Sebagai seorang hamba yang berdiri di depan pintuNya dalam keadaan merendah diri. Sebagai seorang hamba yang merasa lemah. Sebagai seorang hamba yang mengakui kelalain dan dosa-dosanya.Sebagai seorang hamba yang sangat memerlukan keampunan dan redhoNya. Sebagai seorang hamba yang menaruh harapan besar untuk mendapatkan rahmatNya. Mendapatkan syurgaNya.

InsyaAllah.

Advertisements

” Bila kita tidak mampu buat banyak kebaikan, mulakan dari kebaikan yang kecik-kecik. Teruskan buat yang kecik-kecik ,lama-lama datang rasa nak buat yang besar. Dari asas, akan terbina binaan yang kukuh. ”

Jom solat dhuha selalu. Selagi ada peluang . Selagi kita diberi ruang. Selagi Allah pinjamkan dunia ini untuk kita.

Sebuah doa waktu dhuha yang cukup manis dan lembut  :

” Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu dhuha-Mu, keindahan itu ialah keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu, dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika rezekiku di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar dipermudahkanlah, jika haram, sucikanlah, jika masih jauh, dekatkanlah berkat waktu Dhuha-Mu, keagunganMu, keindahanMu, kekuatanMu, dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh. “

Sabda Rasulullah saw, diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a :

” Sesiapa yang mengerjakan solat Dhuha, akan diampun dosanya oleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih lautan. ”

Ada ruang, ada peluang, jom sahabat-sahabat kita berlumba solat dhuha..

InsyaAllah.

zainab al ghazali

Zainab Al Ghazali:

Ketika kita sepakat untuk menikah dahulu, ingatkah kau akan apa yang aku katakan kepadamu tempoh hari?

Suami:

Tentu aku ingat, kau ajukan suatu syarat. Tetapi masalahnya sekarang aku khuatir atas keselamatanmu, sebab sekarang kau sedang berhadapan dengan sizalim itu (Jamal ‘Abdun Nasr).

Zainab Al Ghazali:

Aku masih ingat benar apa yang kuucapkan kepadamu, iaitu:

Kau sebagai calon suamiku harus tahu bahawa aku memikul sesuatu sepanjang hidupku. Kerana kau sudah menyatakan persetujuan untuk menikahiku, maka wajiblah aku untuk mengungkapkan kepadamu dengan harapan agar kau tidak akan bertanya lagi tentang hal itu.

Tanggungjawab berat yang kupikul sekarang adalah kedudukanku selaku Ketua Umum Jama’ah Assayyidat Al-Muslimat. Dan aku tidak akan melangkah mundur atau keluar dari garis perjuangan ini. Aku yakin bahawa memang suatu waktu aku akan jauh melangkah di medan da’wah sehingga akan terasa bertentangan dengan kepentingan peribadimu dan kepentingan perniagaanmu bahkan dengan kepentingan kehidupan suami isteri. Dan apabila yang demikian itu sudah sampai pada posisi sebagai penghalang da’wah dan rintangan untuk mendirikan Negara Islam, nampaknya jalan kita sudah menjadi saling bersimpangan.

Pada waktu itu kau menundukkan kepalamu ke tanah. Ketika aku angkat mukamu , aku lihat air matamu tertahan pada kelopak matamu. Lalu kau berkata,
“ Mintalah apa saja yang kau kehendaki!”.

Namun aku tidak minta apa pun darimu, tidak juga mas kahwin yang biasa diminta calon isteri dari calon suami. Lalu kau berjanji bahawa kau tidak akan melarang aku untuk menunaikan tugas di jalan Allah….

Aku sudah bertekad akan mengesampingkan masalah perkahwinan dari hidupku, agar aku dapat memusatkan perhatian sepenuhnya ke bidang da’wah. Dan kini bukanlah maksudku untuk meminta kau turut serta dalam jihadku ini, melainkan adalah hakku kiranya untuk meminta syarat darimu agar kau tidak melarangku berjihad di jalan Allah. Dan apabila tanggungjawab meletakkan aku di barisan hadapan para mujahiddin, janganlah engkau bertanya kepadaku apa yang aku lakukan.

Hendaknya antara kita dibina rasa saling percaya. Relakanlah isterimu ini yang sudah menyerahkan dirinya untuk jihad fisabilillah dan demi berdirinya Negara Islam yang sudah menjadi tekadku sejak berusia 18 tahun. Apabila kepentingan perkahwinan berseberangan dengan kepentingan da’wah kepada Allah, maka perkahwinan akan berhenti dan kepentingan da’wah akan terus berlanjut dalam semua kegiatan dan kehadiranku…” Apakah kau masih ingat?

Suami:

Ya.

Zainab Al Ghazali:

Kini aku mohon agar kau memenuhi janjimu itu. Jangan bertanya aku bertemu dengan siapa. Dan aku memohon dari Allah agar pahala jihad ini dibahagi antara kita berdua bila Dia berkenan menerima baik ‘amalku ini.

Aku menyedari bahawa memang hakmulah untuk memberikan perintah kepadaku untuk aku patuhi. Akan tetapi
“Allah swt dalam diriku lebih besar dari diri kita dan panggilanNya terasa lebih agung”

badar ki

Badar Kisas dalam ingatan selalu.

-Jazakallah , temanku , saudara Faiz.

Al-deenul naseehat.

Agama itu asasnya nasihat.Setiap yang beragama, hidupnya cerah dengan nasihat. Tidak kira seorang itu Budhism ataupun Kristian, namun yang beragama itu ada disiplinnya dalam kehidupan.

Apatah lagi ,jika ana dan antum ; kita semua yang bergelar muslim.  Bertindaklah dalam ruang kemampuan kita. Berusahalah semampu kita.

” Hidup ini, dalam berpenah lelah. Kemanisan itu, dalam bekerja keras kerana Allah. “, pesan sahabat ana.

NASIHAT ITU BERHIKMAH

Buat teman-teman di tanah air, selamat menasihati dalam ruangan keupayaan antum.Biarpun nasihat umpama dari anak kecil kepada gergasi besar ! Tapi, tidakkah dikatakan keberanian yang terbesar itu adalah menyatakan kezaliman didepan musuh mu, yang punyai kuasa ke atas sekalian kamu !!

*****

” Tuan Pengetua bersalah! Mengapa kami, ajk surau yang di rotan, disebabkan ada surat layang daripada pengawas, yang mengatakan ada rokok di dalam tandas surau ? ” ,adu seorang ajk yang tubuh berisi,yang sudah dipiat punggungnya.

” Melawan kamu, yer ! Orang tua pun, berani kamu lawan ! Agama tak ajaq kamu ker ! Ajk surau, tapi akhlak…… ” kata-kata pengetua tergantung. Mungkin dalam nada tersangat marah, ataupun ada kezaliman yang terlepas pandang ! Atau mungkinkah sengaja di  ” Lepas Tangankan . ”

Tidakkah ada benar, ajk surau yang tidak bersalah mengemukakan haknya ? Salahkah dia bersuara ingin meminta keadilan buat dirinya ? -Wajarkah dia berdiam ,menerima seadanya dan terus bersabar ?!

Pengecut lah, begitu !!!

Kezaliman harus dibela pada tempatnya !

NASIHAT BUAT ADIK-ADIK

” Adik aan, ii dan yaa ; nak sangat tengok adik-adik beraya dengan berjubah pada pagi raya ni, insyaAllah. “, nasihat ana buat adik ii, semalam.

” Jubah sekarang mahal-mahal. Yang 60 ringgit pun, yang kain dok berapa molek. Kalu berduit nanti, ii beli laa.”, balas adik ii.

” Duit tak boleh beli harga sebuah taqwa, adik .” ,hebat sungguh ana menyusun ayat.Aduh.

Apa yang sempat ana kongsi jugak adalah, andai kata adik-adik ana pakai jubah, jauh sekali kita nak bermewah atau bergaya dengan jubah  yang hebat-hebat, tapi sebaliknya niatkanlah : sahaja aku berjubah untuk mendidik diriku dengan sifat malu seorang muslimat dan memelihara pandangan dari lelaki ajnabi.

Maka, adik-adik akan dipandang sebagai nisa’ yang baik-baik.Hal ini juga sudah dinyatakan dalilnya didalam al-Quran.

Ya, ana cukup segan dengan sosok tubuh insan yang berjubah. Segan ini, kerana semangat yang ada pada diri mereka untuk mendidik diri.Lahir dari rasa ingin lebih dekat dengan DIA yang Esa, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Semoga adik-adik ana, memilih jubah sebagai pakaian utama adik-adik, insyaAllah.

Adik-adik, nanti bila abang sudah sampai masa nak pilih kakak ipar buat adik-adik, calon berjubah lah yang ingin dicari.

” Nakal sungguh, abang hambe ni. ” , celoteh adik ana lagi mengakhiri perbualan kami yang jarang-jarang hadir peluang.

Ad-deenul nasihat.

Nasihat diri, itulah yang paling utama.InsyaAllah.

” Nasihat abang, pilihlah warna yang lembut dan kurangkan hiasannya. ”

jubah lembut

Nisa’ itu, manisnya bukan pada penonjolan diri, tapi betambah penghormatan dari ar-rijal, bilamana ketegasannya bertempat ! Kelembutannya ada batasan !

Selamat mendidik diri, adik-adik ana.

” Orang beriman, hatinya sejuk mengingat TuhanNya.

Bila jatuh ,ingat pada Tuhan.

Bila senang, kembali ingat pada Tuhan.

Bila sedih, hati ingat pada Tuhan.

Pokok pangkalnya, segalanya kembali pada Tuhan.

Bila berhadapan dengan manusia, bermanis muka..

Bila berbicara dengan Tuhan, rendah diri dengan air mata..

Indah sekali ,ujian dari Tuhan. ”

Semalam ,sempat mendengar beberapa minit kuliyah pelembut hati dari ustaz Aagym.Kuliyah ulangan.Tapi, tak jemu-jemu.Kadang-kadang bila kita solat, kita selalu ingatkan benda lain yang di luar solat.Solat itu, pokok pangkalnya tiang pada agama.

Jika dikaitkan pada belajar, ketika belajar, ada kala fikiran ingat pada benda lain.Tidak khusyuk sudah ertinya dalam belajar.Pokoknya lagi, khusyuk itu bagaimana ya?- Tidak ingatkan apa-apa ?-Itukah erti khusyuk ?

Pesan ustaz Aagym lagi, khusyuk itu sejauh mana kita tumpu pada konsentrasi.Bila solat, sekali fikiran terawaaang aja, cepat-cepat kita tangkapnya semula.Sekali fikiran terlepas lagi, sekali lagi kita berusaha menangkapnya.

Rasulullah saw dulu, ketika ada bayi menangis di belakang, di saff makmun, lalu dicepatkan solat baginda.Tidak khusyukkah baginda, sebab terganggu dengan tangisan bayi itu? -pastinya tidak, sebaliknya rasulullah saw ingin supaya hati ibu bayi tadi, tidak bisa terganggu dan gusar hati dengan bayinya.Mulia sekali rasulullah saw,bukan.

Ada cucu baginda saw, naik atas pundak belakang rasulullah saw, lalu baginda memanjangkan waktu sujudnya.Tidak khusyukkah juga baginda kerana cucunya ?- tidak sekali . Tapi, itu tandanya kasih Rasulullah saw pada cucunya.Indah sekali akhlak baginda, bukan.

Maha suci Allah, kisah ini masih lagi dapat kita renungi.
kasih sayang

Belajar juga begitu, sekali fikiran kita lari, cepat-cepat berusaha tangkapnya kembali.Sekali lagi fikiran kita jauh terawang lagi, sekali lagi kita kembalikan semula.Kembalikan pada jalannya yang benar.Kembalikan pada fitrah.

Belajar itu amanah.Amanah dari ibu bapa. Belajar itu harapan. Harapan dari adik-adik. Belajar itu neracanya kejayaan dan kegagalan.Berusahalah lagi dan lagi.

Allah

” Usaha itu hak kita, keputusan itu hak DIA.” -begitu pesan nasihat dari seorang sahabat.Jazakallah.

Bersangka baiklah selalu dengan Allah.

doa