January 2009


Presiden Israel Yang dibenci Allah,Dipanggil “Pembunuh” oleh PM Turki


“Saya sedih mengetahui peserta forum bertepuk tangan terhadap ucapan kamu (Peres),” kata Erdogan. “Kamu adalah pembunuh. Dan saya berpendapat tindakan itu(bertepuk tangan) sangat keliru.” Kemarahan Erdogan memuncak ketika  moderator forum memotong ucapannya untuk menangkis Hujah Peres terhadap operasi ketenteraan Israel menentang Hamas.

turkish pm

Presiden Turki yang bermaruah,PM Recep Tayyib Erdogan -foto AFP

bravo!

” Aku berundur dulu ! “-kata yang mungkin berbicara.Meninggalkan buah catur wakil PBB,Ban Ki-Moon.AP

Aku cukup kagum dengan keberanianmu,duhai pemimpin yang ikhlas menjadi khalifah di muka bumi Allah ini.Suatu ketika aku cukup kagum dengan Presiden Iran kerana ketegasannya berdepan dengan kuasa besar dunia,tak lain dan tak bukan gerila amerika.

Namun,kadangkala kisah penganiaayaan terhadap golongan sunni oleh syiah di Iran,kadang-kadang membuatkan aku jadi samar-samar dalam sebuah kekaguman.

Namun,Presiden Ahmedinejad juga banyak membuka mata dunia,tentang bagaimana mahu menjadi pemimpin rakyat.

Tidurnya bukan di katil emas.’Kuda’nya bukanlah yang tercanggih.Cukup sekadar cukup,bagi seorang manusia yang ditaklifkan(dipikulkan) dengan pelbagai amanah.

Namun kini,aku punyai idola baru.Cukup berkaliber.PM Erdorgan.Kata-kata mu menjadi bukti kepedulian mu tentang ummah.Tahniah,aku ucapkan.

Semoga akan lahir lagi lebih ramai pemimpin-pemimpin profesional yang sanggup berdepan dengan kufar sepertimu.

Kata-kata ibarat pedang.Malah adakalanya lebih berbisa.Letaklah kata-kata itu ditempat yang terbaik menurut panduan al-Quran dan sunnah.

PM Erdorgan,kau telah memahat sejarah! Kepulanganmu ke Turki sebagai seorang wira ummah.Biarpun Lapangan terbang Atarturk yang menyambutmu.

Namun,aku pasti dirimu dan pencinta-pencinta islam di Turki tidak  sesekali meredhoi Atarturk yang dibenci oleh Allah.

Atau mungkinkah nanti syabab(anak-anak muda) masa depan Turki akan memanggilnya ; Erdorgan International Airport ?

Sahabat-sahabat yang ana hormati kerana Allah.

Di jepun,sekarang musim sejuk.Kadang-kadang jika berada dalam bilik kuliyah tanpa dipasang pemanas,tangan rasa  menggigil.Semalam,salji turun sangat lebat.Hari ini,salji mencair.Putaran demi putaran silih berganti.

Tidak lama lagi exam akhir semester.Sekarang,semua sahabat-sahabat di jepun sedang berusaha sehabis daya untuk lakukan yang terbaik.Selamat berusaha buat semua.Semoga antum semua beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat dengan jayanya.

Berada di jepun,segala-galanya cukup lengkap.Kemewahan,kebendaan dan segala macam keseronokan.Tidak tahu jadi tahu.Segala benda,canggih semua.Kuasa beli juga cukup kuat.Hanya kemahuan diri yang menentukan dimanakah arah tuju pilihan hati.Biarlah segalanya kelak demi sebuah keredhaanNya yang hakiki.

Sedang mengulangkaji,aku berehat sebentar untuk membaca sesuatu.Ya,aku suka cerita dan aku juga suka sekali bercerita.Kali ini,aku mahu kongsikan sebuah cerita yang cukup membuat aku banyak bertasbih padaNya.

Betapa malunya aku,jika semalam dan hari ini aku asyik mengeluh akan sesuatu yang tidak cukup.Makan ku..Pakaianku..Kesihatanku…Penglihatanku…Tubuh bandanku…. Tidurku…-banyak sekali nikmatMu,ya Rabb.

Malunya aku,andai aku mengeluh lagi.Sedangkan adik beradikku di bumi palestin sedang dibungkus kesejukan.Sedang dihempas kelaparan.Sedang dipukul dengan ketakutan.Sedang disibukkan dengan perjuangan.Sedang tidak mudah luntur semangat dengan keazaman.

Allahuakbar! Innalillahiwainna ilai hiroojiu’n.(sesungguhnya hanya kepada Allah lah,segalanya dikembalikan ) hanya lafaz ini yang mampu dan selalu aku ulang-ulang sewaktu membaca kisah berikut :

*****

Derita di Gaza, sumbangan diperlukan

SILAUAN lampu dari ambulan tidak berhenti. Tiada tanda ambulan-ambulan yang silih berganti di pekarangan Hospital El-Arish akan menghentikan operasinya.

Begitu juga di kalangan petugas-petugas medik,tiada istilah letih dan jemu yang terpancar di mata mereka. Setiap ambulan yang menghampiri ‘base’ kecemasan di Hospital El-Arish bermakna akan ada kes-kes baru yang perlu ditangani mereka.

Jika di Malaysia,agak sukar melihat senario wad kecemasan yang hiruk pikuk dengan ambulan yang silih berganti. Apatah lagi dengan anggota mediknya yang sentiasa berpusu-pusu dan tangkas menyambut setiap pesakit yang baru tiba.

Demikian antara cebisan peristiwa yang tidak akan dilupakan oleh penulis tatkala meninjau secara dekat suasana dan keadaan mangsa perang di Gaza.

Hospital El-Arish merupakan hospital yang paling hampir di sempadan Mesir-Palestin. Setiap hari sekitar 30 buah ambulan akan beroperasi tanpa henti selama 24 jam.

Apa yang ingin penulis berkongsi bersama pembaca sekalian adalah bagaimana kejamnya rejim Israel terhadap penduduk di Gaza.
palestina

bagaimana dengan wajahmu hari ini,teman-temanku ? -Adik kita disana…

Menurut Pengarah hospital tersebut,Prof Dr Ahmed Labban, dalam sejarah perubatan di hospital itu tidak pernah beliau melihat kesan luka dan cedera yang sebegitu menyayatkan.

“Tidak pernah dalam sejarah perubatan moden yang kita pernah lihat sebelum ini.

“Luka mangsa agak pelik.Entri luka hanya kecil tetapi di dalam keseluruhan organ mangsa ‘total damage’,”jelasnya tempohari.

Dalam penjelasannya, Dr Ahmed tidak menolak bahawa rejim Israel sedang menguji senjata barunya ke atas penduduk Gaza.

Dan lebih malang lagi katanya, senjata kimia seperti prosporus putih telah digunakan terhadap mangsa perang.

Penulis melihat sendiri bagaimana deritanya mangsa senjata kimia tersebut,apabila doktor-doktor hanya dapat menggunakan kain sahaja untuk meredakan kesakitan mangsa yang sedang meraung.

Apa yang disaksikan di hospital ini hanyalah secebis daripada siksaan yang sedang dialami oleh penduduk-penduduk Gaza.

Di Gaza sendiri ketika ini,mangsa kezaliman Israel masih ramai dan bantuan sentiasa dinantikan.

Selain kekejaman tentera Israel,cuaca yang agak sejuk (7 celcius) makin menghimpit penduduk Gaza yang telah kehilangan segalanya termasuk rumah dan kaum keluarga.

Penulis difahamkan,ketika ini bantuan berupa ubat-ubatan agak banyak tetapi bantuan lain seperti keperluan asas untuk penduduk Gaza hampir tiada seperti selimut untuk musim sejuk,minuman (kawasan simpanan air telah musnah dibom) dan lain-lain lagi.

Kepada pembaca dan rakyat Malaysia,keinsafan tidaklah hanya bersarang di hati dengan membaca catatan ini,tetapi akan lebih bermakna jika dapat turut menghulurkan sumbangan kepada saudara-saudara kita di Gaza.

-catatan jariah dari editor Mohd Khalil Abdullah.

syahid

Mohammed Kutkut,14 tahun menutup muka sambil duduk bersebelahan dengan tanda nama sahabatnya,Ahed Qaddas di sekolah lelaki Jebaliya,utara Gaza.-AP

Barangkali peristiwa dan kejadian seperti ini tidak berlaku di negara kita.Belum lagi berlaku! Jika aku masih teringat-ingat,sewaktu aku bersekolah rendah hanya seorang sahabatku yang syahid akibat kemalangan.Aku yakin,pembaca juga ada menyimpan kisah sahabat seperti ini.Namun lain sekali suasananya di tanah yang belum bebas,Palestin.Semalam dengan sahabat ketawa bersama.Tapi,hari ini sahabat hanya meninggalkan nama.

Susuk tubuh telah meninggalkan alam ini.Destinasi lain pula yang dituju.Aduh,mudah sekali sebuah nyawa dirampas oleh tentera ganas Zionis! Aku masih ingat perbualan bersama ibu tempoh hari.” Pergolakan didunia sebelah sana berbeza dengan di tempat kita.Mereka berjuang dan sudah tiada rasa kebendaan di dalam hati mereka “.Aku mengiakan,namun pada masa yang sama,aku berkeyakinan menyatakan bahawa masyarakat kita dan kebendaan masih lagi tidak dapat dipisahkan.Ataukah aku dan kalian juga,barangkali..

“Bunuh saja semua askar zionis-israel !! “getus seorang anak kecil palestin yang berusia baru 5 tahun.”Saya benci pada guru-guru di sekolah kerana mereka tidak berbuat apa-apa!! Mereka hanya berdiam diri !!! “,pintasnya lagi. Hatiku sangat tersentuh dengan ungkapan kata-kata beliau. “Ya, saya sanggup syahid ! Saya ingin membela setiap titisan darah saudara mara saya ! “,katanya melahirkan semangat jihad yang bekobar-kobar. Aku ingin sekali didik adik-adikku seperti kalian,duhai saudaraku di Palestin.Betapa mulianya kemahuan syahid yang ada didadamu,sejak usia 5 tahun lagi.

Jihad;aku mengungkapnya sebagai ‘taktik dan strategi’.Jika pukulan kali yang seterusnya dilancarkan oleh pasukan kejam,zionis;aku mengharapkan hamas agar memberikan pukulan balas yang sekeras-kerasnya.Duhai sahabat-sahabat jihad,bersedialah dari sekarang.Aku dan kamu juga,bisa bertuah jika memilih,dipilih dan terpilih oleh Nya,juga kerana Nya.

Di coretan ini juga,ingin aku kongsikan sebuah cerita yang cukup memberi makna berkaitan kisah seorang tetamu Allah (SWT),As-syahid Ra’id Fa’iz al-Agha.

Jenazah beliau diselimuti dengan bendera Palestin.Kepalanya diikat lembut dengan kain hijau bertintakan kalimah ” tiada tuhan melaikan Allah (SWT) dan Muhammad itu pesuruh Allah (SWT) “.Beliau syahid bersama sahabatnya, As-syahid Ahmad Yusuf Abdul Wahab,ketika menyerang sebuah trak yang membawa askar zionis-israel.Apa yang menarik,beliau telah menulis satu wasiat yang panjang kepada ibu-bapa,adik-beradik serta ibu dan bapa saudaranya.

“Ibuku,sesungguhnya aku pergi meninggalkanmu,maka bergembiralah.Kerana selepas kematian itu adalah syurga.Sebaik sahaja mendengar kematianku,bertakbirlah wahai ibu.”

“Ampunkanlah dosaku sekiranya selama ini aku cuai dalam menunaikan hakmu.Demi Allah (SWT),ingin ku nyatakan bahawa di saat aku menulis kalimah-kalimah ini,air mataku berguguran jatuh…Tapi apa dayaku…Di sana ada syurga,anugerah Allah (SWT) yang paling mahal…Bersabarlah ibu,sesungguhnya janji kita adalah syurga. “

“Didiklah adik-adikku supaya cintakan jihad fi sabilillah dan dorongkanlah mereka untuk sentiasa mengunjungi masjid supaya dapat mereka belajar al-Quran. ”

Jenazah As-syahid Ra’id diiringi ketanah perkuburan oleh lautan manusia yang hanya Allah (SWT) sahajalah yang tahu berapa bilangan mereka.Perginya seorang tetamu Allah (SWT)

sumo

Sumo merupakan kesenian dan budaya bagi masyarakat Jepun.Ada kalanya,tetamu yang hadir hanyalah sebagai penonton.Namun seringkali juga pertaruhan dilakukan.Rezeki nasib dan perkiraan,untung poket akan berkali ganda.Begitu mudah sekali fikir manusia.

Cuba teliti sebentar gambar diatas ! Pengadil yang berbaju kuning bijak mengawasi gelanggang sumo,bukan? -Begitukah bayangan setelah berakhirnya petempuran al-furqan(kebatilan) di gaza ?

Namun jika analogi sumo diguna pakai,ia merupakan satu perbandingan yang sangat tidak adil.Memang tidak significant ! Bukankah kedua-duanya berbadan besar.Kedua-duanya juga hanya memakai ‘cawat’ sahaja.Tiada keris,tiada sebarang senjata,serta tiada sebarang taktikal yang kotor.

Namun,lihat di Gaza itu sendiri.Rejim Zionis bebas menggunakan apa sahaja.Amerika dan sekutu-sekutu yang lain bijak menjadi pengadil di tepi gelanggang.Namun sumo itu lain sekali peraturannya,duhai Bush yang dibenci oleh Allah.

Sumo lebih mementingkan maruah! Pertempuran Israel dengan ketumbukan Hamas telah menyedarkan dunia bahawa kebenaran pasti akan tertegak jua.Maruah Israel telah jatuh sejatuhnya.Namun,mereka masih lagi mampu bangga dan megah dengan lagak firaun mereka.

Maruah hamas sentiasa dilindungi Allah.Jadilah muslim yang tulen,duhai diri.Barulah adil bertemu muka dengan yahudi yang tulen jua.

Barulah sumo yang adil akan kelihatan,bukan ?

paltube

Palestin …

Bumi bertuah..
Bumi Intifada’
Bumi yang penuh barakah,
Bumi yang dipenuhi dengan jiwa-jiwa keikhlasan..
Dalam mencari redho dari Ilahi.

Palestin…

Bumi yang subur dengan darah syuhada’
Dengan air mata perjuangan,
Bermandikan persahabatan kerana Allah,
Beralaskan perjanjian kebenaran al-Quran.

Palestin…

Runtun hati kami menyaksikanmu,
Tika kami tidak mampu berbuat apa.
Maafkan kami,Palestin.
Semoga kami akan menyertai barisan pejuang-pejuangmu.

hamas

Laman Perkongsian disini.

obama

Gambar Obama ketika 1960-an.Sumber Asahi/AP

Perlantikan Obama secara rasmi sebagai Presiden US ke-44 mencatat satu lakaran yang gilang gemilang.Sambutan yang cukup meriah dirayakan oleh penyokong dan rata-rata rakyat Amerika.Pemimpin yang berumur 47 tahun ini,merupakan anugerah kelahiran daripada seorang bapa Kenya yang berkulit hitam dan seorang ibu yang bekulit putih dari Kansas.

Beliau merupakan seorang presiden yang dipenuhi dengan harapan.Bagi aku,yang hanya sekadar mengetahui serba sedikit tentang tokoh ini daripada media internet,aku hanya mengharapkan bahawa seorang pemimpin yang berwawasan seperti Obama mampu memimpin US dengan keadilan.Memimpin negara-negara besar dengan ketelusan.Memberi sinar baru buat masyarakat beragama islam,baik di US,hatta di seluruh dunia amnya.

Namun,ketika Palestin diganyang tempoh hari,Obama diam membisu! Mungkin Obama belum dilantik secara rasmi,lantas beliau tidak dapat memberi sebarang kata-kata.Begitu antara isi perbincangan bersama teman-temanku.

Hak penduduk Palestin tiada pembelaan ! Anak-anak muda baik di media internet,berusaha bertindak dalam ruang yang terhad ! Pemimpin-pemimpin negara islam bijak bersidang ! Perjanjian demi perjanjian dimeterai ! Aku kagum dengan kalian,duhai anak-anak Palestin.Kalian lahir di bumi intifada’ yang tidak pernah kenal erti menyerah kalah ! Hanya pengecut dan munafiqun seperti Mahmood Abbas dan penolongnya Dahlan sahaja yang sanggup menghina bumi sendiri di tangan tentera Zionis-Yahudi yang tidak berhati perut ! Kalian,duhai anak-anak muda Palestin,tak bisa sekali dari berundur !

Kalian,duhai pemuda-pemuda kelahiran intifadha’,tidak pernah memaling janji.Benar sekali,pesan amanat dari As-Syahid Syeikh Ahmeed Yassin;kalian tidak akan mudah menyerah kalah! Kalian lebih rela syahid daripada menyerahkan maruah ummah !

Obama;pada sebuah nama yang cukup besar didunia ini,aku hanya mengharapkan moga kehadirannya,berbekalkan ketegasan yang dimiliki,mampu memberi sinar baru buat masa depan Palestin !

Atau sebuah nama seperti Obama,hanya akan memberi lebih derita pada anak-anak bumi Palestin ?

Aku mengharapkan bahawa sikapmu;Obama persis kelantangan peribadi As-Syahid Malcom X.

Aku hanya mampu menganalisa dari jauh.Hanya sebagai seorang mahasiswa biasa,tapi mengharapkan sesuatu yang luar biasa pada masa depan islam.Semoga hidayat Allah,akan menyapu lembut keperibadianmu,Barrack Obama.

Obama

ipij

Kehadiran Ustaz Ramadhan ke WG(Perhimpunan Musim Sejuk) banyak meninggalkan kata-kata yang mendalam(Ingin baca dan tahu lebih lanjut tentang pengalaman WG kami ? Sila lawati  (1) Perkongsian sahabat (2) Laman dua.).Program umum yang terakhir bagi sesi 2008 di sudahi dengan amanat,bahawa sejarah islam WAJIB dihayati kembali.Begitu,apa yang dapat aku simpulkan.

Ketika kuliyah terakhir,ustaz membicarakan seorang tokoh ilmuwan iaitu Dr.Thoriq al Suwaidan dari Kuwait.Beliau memperolehi Phd dari US.Dalam ceramah dari Dr.Thoriq,beliau selalu sekali menitiskan air mata.Betapa lembutnya peribadi seorang tokoh ilmuwan ini.Beliau telah menulis sebuah buku tentang Filistin.Buku tersebut mengandungi ; apa fokus dan ramalan masa depan bagi Palestin.Aku sangat berharap agar,suatu hari nanti aku dapat membaca tulisan beliau.

sahabat Kuliyah terakhir Ustaz Ramadhan banyak menyentuh persoalan sejarah.Sejak kebelakangan ini,kehadiran penceramah-penceramah ke IPIJ,banyak menyentuh persoalan berkenaan sejarah.Apa yang menariknya,kami tidak bosan! Malah,rata-rata antara kami melopong mendengar ! Akibat betapa tidak celiknya pengetahuan kami berkenaan sejarah islam.
islam
Jika dahulu Melaka  pernah diakui sebagai sebuah pelabuhan paling sibuk oleh kebanyakan pelayar mashur.Kapal-kapal yang masuk ke pelabuhan dan keluar pelabuhan,membayangkan pusat pentadbiran melaka diuruskan dengan begitu baik sekali.Diperintah oleh barisan pemimpin yang jujur dan amanah.Sungguh,Melaka dulu pada pandangan kebanyakan orang umpama kota maju! Maju yang bukan sahaja pada pembangunan materialnya,malah kedepan dalam pembangunan insaniyah.Ingat sebentar,hukum kanun Melaka.Kaya dengan hukum syariat bukan ? Usah pergi jauh ke kota lain,kita dulu pernah memacu dunia,duhai sahabat-sahabatku! Percayalah.

Kalian tidak terasa apa dengan kisah diatas ? Ingin ditegaskan sekali lagi disini,jika hari ini dunia memandang Jepun sebagai sebuah negara yang serba maju,kaya dengan tenaga inteleknya;begitu jugalah Melaka Darul Islam,suatu ketika dulu.Menarik sekali,pandanganmu,al-fadhil ustaz.Aku cukup kagum!

Jika dulu penjajah beria-ria untuk menawan Melaka kerana rempah ratusnya,besar sekali kesilapan doktrin buku sejarah!(Ini pendapatku) Tidakkah kalian bersetuju,jika aku pesimis mengatakan bahawa kedatangan penjajah dengan misi 3G (Gold : Gospel :Glory) didatangkan ke wilayah islam Tanah Melayu kerana ingin menjatuhkan kerajaan islam Melaka.Melaka Darul Islam.Selangor Darul Ehsan.Terengganu Darul Iman.Tidakkah rangkaian Iman,Islam dan Ehsan ditempur habis-habisan dengan 3G ?- Begitu perkongsian ustaz yang meninggalkan kesan yang cukup mendalam pada diriku.Pesan ustaz lagi,’ana masih tak dapat menyimpulkannya lagi dengan fakta’.Tapi,aku yakin,aku juga senada bahawa kedatangan penjajah,adalah untuk menjatuhkan syariat islam.(Betulkan aku,jika aku tersilap. )

Tanah Melayu Islam kaya dengan sejarah islam yang gilang gemilang.Pernahkah aku dan kalian cuba menggalinya ? Aduh,besar sekali kerugian kita.Pada sejarah bangsa islam di tanah air sendiri,aku fakir !! Cukupkah andai,anak-anakku nanti menghafal buku sejarah semata-mata ingin lulus cemerlang,hingga sampai  ke oversea? Tapi,hilang roh sejarah islamnya ?!

adikku Kalian,duhai adik-adikku.Duhai senior-seniorku.Duhai sahabat-sahabatku.Mari kita sama-sama berusaha untuk menggali telaga sejarah islam ! Palestin,akan kami perjuangkan.Islam,akan kami tinggikan.Somalia,Algeria;nama negara sepertimu,aku bukan kenal kalian kerana kemiskinan yang kalian miliki,namun aku yakin masih ramai darah dagingku disana.Ulama’ dan pewaris nabi masih banyak di sana.Pemimpin-pemimpin berjiwa luhur yang jauh dari al-wahn(cinta dunia dan takut mati;begitu kata-kata benar dari Rasulullah saw); masih ramai disana.Aku mendoakan jua untuk tanah airku!

Khilafah Islamiyah Turki dulu masih menyimpan banyak sejarah ! Aku hadiahkan perkongsian ini buat kalian.Hayati dan alirkanlah airmatamu demi sebuah azam untuk meninggikan Islam. Usah biarkan,kelahiran Attarturk yang kedua dan ketiga.Aku yakin,kalian juga tidak meredhoinya.Pasti!!

Perkongsian : Link satu.Link dua.Link tiga.Link empat.Klik disini.

Klik juga disini : Bagaimana nasib ibu-ibuku di Palestin hari ini?-Kalian tahu?
islam
Yang benar,

Hamba yang jatuh bangun dalam mencari keredhoan Allah.

Next Page »