October 2008


Assalamualaikum wbt.

japan Sistem pembelajaran yang semakin berat dan kadang-kadang menyekat ruang masa dan kehendak,ada kalanya hampir-hampir jua  ingin membatalkan hasrat untuk terus menulis.

Namun,‘jika kurang menulis,bermakna kamu kurang berfikir’;sebuah kata-kata yang disampaikan oleh seorang teman kerap menjadi nasihat.

*****

Salam penulisan.

1-Iklan Petronas yang agak sarat dengan nilai-nilai murni dan sentuhan demi sentuhan idea yang cukup bernas,menjadi tema utama penulis pada kali ini.Tatkala membaca sepintas lalu sisipan akhbar Utusan Malaysia,penulis cukup tertarik dengan ruangan iklan petronas sempena sambutan Deepavali.

“The Wings of A Man”

2-Sebuah episod iklan yang cukup ringkas,namun membawa makna dan kesedaran yang cukup mendalam.Syabas buat sidang produksi! Mengimbau beberapa siri jelajah iklan petronas,tidak dapat disangsikan lagi bahawa mastermind yang berdiri di sebalik tabir penciptaan iklan tersebut,cukup bekarisma.

Direktor: Yasmin Ahmad

Cameraman:Keong (27/9/2008)

Begitu catatan serba ringkas yang sempat penulis titipkan daripada laman web ptronas greetings.

3-Apa yang menjadi tarikan buat penulis disini adalah input yang ingin disampaikan oleh pihak Petronas.PETRONAS;sebuah syarikat gergasi tanahair yang sudah menempa pelbagai nama di persada antarabangsa.

4-Walaupun kebanyakan kita tidak merasa imbuhan daripada Formula One sekalipun,namun ia bukanlah menjadi persoalan buat penulis pada ketika ini.Bukan jua pada kerisauan harga minyak yang kerap menjadi liputan dada-dada akhbar hari ini!!-Biarlah mereka yang di tempatnya menganalisa!

5-Sepanjang penulis menyertai kursus-kursus motivasi,kerap penulis perhatikan bahawa kebanyakan motivator pasti tidak akan lari dari menggunakan sentuhan iklan petronas pada modul motivasinya.Adakah ianya streotaip??-bukan aspek itu jua yang menjadi persoalannya sekarang!

6- Iklan petronas kaya dengan elemen dakwah! Iklan petronas jua sarat dengan nilai-nilai murni.Namun,penulis sering menaruh prasangka,mengapa tidak drama-drama dan movie-movie terbitan anak watan kita tidak mengarap intipati seperti ini??

7-Seringkali drama-drama Malaysia kaya dengan unsur-unsur negatif,yang mungkin pembaca sendiri sudah sedia maklum.Adakah drama kita jua mencerminkan masyarakat kita yang sedang di ambang kejatuhan akhlak?-dan adakah inilah hasil tatkala pemimpin-pemimpin kita jua semakin jauh akhlaknya….!

Ku dambakan masyarakat yang tinggi akhlaknya.Semoga masyarakat malaysia berakhlak dengan akhlak luhur masyarakat jepun.

muslim Walaupun hakikatnya,segala kebaikan itu sudah diimplementasikan oleh masyarakat islam di era kegemilangan islam suatu ketika dahulu.

islam

warkahraudhah@tamanpersuratan.com

Advertisements

tada “Buah pear ni,tidak berapa sedap.Orang jepun tak berapa suka makan.”,begitu getus Tada san,penyelia asrama kami,setelah kami memegang beberapa biji buah pear yang bewarna hijau.

Kebiasaannya orang jepun lebih menyukai buah pear yang bewarna kuning keemasan,yang cukup kaya dengan air dan kelembutan isinya.Namun,bagi masyarakat kita,pear yang bewarna hijau lebih mahal dan cukup sedap!

pear hijau

Perjalanan ke ladang buah pada hujung minggu lepas,merupakan pengalamanku yang pertama kali ke sebuah ladang di jepun.Seawal kedatangan ke jepun,calvin dan ana pernah di tegur oleh seorang pak cik,kerana telah memasuki kawasan kebun di tepi jalan.Pengajaran beharga buat kami.

*****

ladang-kenangan Teman-teman,hidup ini persis sebuah pengembaraan.Kehidupan ini jua ibarat sebuah ladang.Semai dan tuaikanlah ladang dan kebunmu dengan sebaik yang mungkin,nescaya kelak kau akan mendapat hasil tuaian yang setimpal.Mintalah nasihat dari yang arif dalam menyemai bahan tuaiannya.Bersahabatlah dengan peladang-peladang yang jujur,moga dirimu jua akan mendapat kiasan wangiannya.

sahabat

sahabat-sahabat seperjuangan

Persinggahanku ke ladang buah baru-baru ini,mendekatkan diriku lagi dengan keramahan Tada san.Penyelia asrama kami,merangkap pebimbing pelajar luar negara.Tatkala melihat akan orangnya,pasti ana akan terkenangkan arwah nenek ana,yang lebih mesra dengan panggilan wan kalsom.

Tatkala bilik masak kami tidak berapa bersih,lantas pantas sekali di tegurnya.Ana cukup terkesan dengan tindakannya yang lebih islamnya berbanding kami sendiri yang mengaku islam,namun kurang penghayatannya berkaitan pengamalan islam.Bukankah seringkali didengari,bahawa kebersihan itu sebahagian dari islam!

Semoga kita semua senantiasa memperbaiki hari-hari masa depan dengan akhlak islam,teman-teman.

tada san

Tada san,ibu kami di perantauan

Mahu sekali ana melihat,Tada san melafazkan ucapan syahadah.InsyaAllah.

Semoga sahabat-sahabat jua mendoakannya.

warkahraudhah@tamanpersuratan.com

SEPI PERANTAU

beristiqomahlah selalu

Bila ku berada di kejauhan,
Adakalanya ku rasa kesepian,
Asyik terkenang kampung halaman dan  jua
teman-teman.

Dikala itu kan ku rasa akan kelemahan untuk berjuang,
Melihat mereka berbahagia,
di samping yang tercinta kegembiraan.
Ku kesepian.

Mujur ada teman seperjuangan,
Menyatakan kita harus teruskan,
Perjuangan ini..
demi mencari keredhaan Ilahi.

Masa muda dilalui hanya sekali,
Pergunakannya agar kau tidak kesali,
Di esok hari.

Ketenangan ada disini,
Tak jumpa kerana kau tak mencari,
Kebahagiaan tersirat di hati,
Rasa kerana kau tak menghadapi.

*****

sahabat moga bertemu kembali

moga bertemu kembali di medan kejayaan

Jazakallah teman-teman seperjuangan,semoga saling nasihat-menasihati kerana Allah.

warkahraudhah@tamanpersuratan.com

Assalamualaikum wbt.

pisang khaki

pisang kaki tidak ubah seperti buah manggis

“Kalau dapat letak gambar buah pisang khaki bolehlah tunjuk gambar kat mak.”,begitu permintaan ringkas seorang ibu tatkala bercerita tentang kesuburan buah-buahan di bumi jepun ini.Buahan-buahan musim sejuk di jepun sangat segar,khususnya buah strawberi,pisang khaki,peer dan banyak jugak nama-nama buah lain yang ana sendiri pun kurang tahu.

Sekembali ke tanah air,ada sejenis buah yang sempat ana rasa.Seakan-akan tidak percaya,buah tersebut belum pernah ana rasai sebelum ini.Usahkan rasanya,namanya pun belum pernah ana dengari.Agak janggal dan asing bunyinya.

“Ngekeh”-Begitulah bunyi nama buah pada papan tanda yang tertera harga sekilogram buah tersebut.Buahnya bewarna coklat.Isinya seperti isi buah rambai.Manis.

Buah durian.Buah duku.Buah rambutan.Negaraku kaya dengan hasil alam.Buah di jepun agak mahal.Mana tidaknya,harga sebiji buah durian pun boleh mencecah harga seratus ringgit sebiji.Pernah sekali,aku dan sahabat-sahabat yang lain berpakat untuk membeli sebiji buah durian yang beharga rm 70.Itupun setelah mendapat sedikit diskaun.Sebuah ingatan indah.

Harga sebiji tembikai ataupun lebih di kenali dengan nama saintifiknya timun cina,di sebelah pantai timurpun,sebiji hampir mencecah harga rm 60.Wah,kempis poket kami!!

tembikai

tembikai di kampung sangat murah.

Bersyukurlah selalu.

warkahraudhah@tamanpersuratan.com

Belajar itu indah.Belajar itu anugerah.Belajar itu fitrah..

Fitrah bagi manusia untuk lebih memahami dan mengenali siapa dirinya sendiri.Agar bersuluh dalam mengenal siapa Pencipta dirinya.

Allah yang Esa.

*****

Sekembali ke bumi Jepun,azam baru ingin kusemat.Semoga semester yang akan datang pada kali ini,lebih baik pada semester yang lepas.Keluar daripada pesawat MH 008,sedikit terkejut dengan perubahan suhu di daerah jepun ini.18 degrees;merupakan kadar cuaca di luar pesawat ketika di Tokyo.Begitulah ulasan peramugara,sewaktu peasawat ingin melabuhkan penumpangnya di Narita Airport pada jam 8 malam.

Lagi 2 hari,hari raya bakal menjengah menandakan berakhirnya Ramadhan…adakah aku berjaya memperbaiki diriku kearah yang lebih baik?-Aku dambakan kecemerlangan.Cemerlang dalam menjadi hambaNya,pelajar dan seorang anak yang soleh.InsyaAllah.

*****

“Idris,sekarang ni musim apa?”,tanyaku pada seorang senior.

Aki lah.Auntumn.Musim luruh.”

Malam dan siang silih berganti-ganti.Begitu jualah dengan peredaran musim yang terus berlalu,silih berganti.Manusia juga tidak terkecuali.Insan yang berusia muda akan berubah meningkat usia tua.Manusia yang sihat sejahtera,akan di uji dengan dugaan kesihatan.Insan tersayang yang masih mampu ceria pada hari semalam jua,adakalanya telah meninggalkan kita untuk mengembara ke alam yang seterusnya.

Begitulah lumrah alam.Begitulah fitrah kembara.Begitulah janji Allah yang Esa.Alhamdulillah,waktu cuti pada kali ini sempat jugak ana melawati pusara arwah nenek dan tokki di kampung.Namun,banyak jugak perkara yang masih tidak mampu ana lakukan.Semoga cuti yang akan datang lebih bermakna.

Selamat berjuang dan pandanglah sesuatu perkara dengan positif!

warkahraudhah@tamanpersuratan.com