April 2008


Ya Allah,pimpinlah hidup hambaMu ini,ya Allah.

Ana,hambaMu yang lemah,yang sering mengabaikan tangunjawab yang di amanahkan.Pandulah perjalanan hidup ana ini,ya Allah.Layakkah ana menagih cinta dan kasihMu,sedangkan ana masih belum mampu mencontohi laksana Rabiatul Adawiyah.Subhanallah.

Ya Allah,perhiasilah akhlak dan pergerakan dalam muamalat seharian ana dengan keredhoaan dari Mu,ya Allah.

Katakanlah,”Wahai hamba-hambaku yan melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa(kecuali dosa syirik).Sesungguhnya ,Dialah yang Maha Pengampun,Maha Penyayang.”

(Az-Zumar-39:53)

Ya Allah,pimpinlah ana.

warkahraudhah@tamanpersuratan.com

Alhamdulillah,baru sudah menyelesaikan solat maghrib bersama beberapa orang teman.Terdetik hati hendak berkongsi sedikit tazkirah.Alhamdulillah lebih kurang 10 minit,ana dapat menasihati sahabat yang lain,dan apa yang lebih utama ana berjaya untuk cuba mentarbiyah diri,bercakap akan perkara agama.Hanya Allah sahajalah yang tahu apa yang terdetik di dalam hati tika itu.

Datang bisikan kecil,andai ana bagitahu perkara yang ana tidak perbuat,ana yang akan dapat lebih malu.

Astarfirullahalazim.Lemahnya iman ana.

Namun,Dia maha merancang,walaupun dalam hati yang berdegup-degup,ana berjaya jugak untuk tabahkan diri,berkongsi sedikit pesanan agama buat sahabat-sahabat.Tatihkanlah diri enta untuk berda’wah,duhai diri,kerna hidup ini indah jika segalaNya kerana Allah.Hiduplah selalu pada memberi.Gagahkan diri,perangilah suara bisikan syaitan.Merekalah musuh enta yang nyata lagi bersuluh.Maka memang benarlah firmanNya.

Ya Allah,pimpinlah ana selalu,hatta sekadar kerlipan mata ana.Ana hambaMu yang banyak melakukan dosa padaMu,ya Allah.

warkahraudhah@tamanpersuratan.com

Jangan mudah menyerah kalah,duhai diri.Enta harus sentiasa bersemangat.Kurang menulis bima’na kurang berfikir.Ayuh tatihkan diri enta dengan terus menulis.Menulis atas bejat umat.Menulis atas tarbiyah diri.InsyaAllah.

“Pejuang harus berjuang di medan perjuangan.”

warkahraudhah@tamanpersuratan.com

Manusia sering terleka akan tanggunjawabnya di dunia yang kelam ini.Begitulah diri ana yang hina dina.Seringkali perintah dari Tuhan di letakkan di barisan belakang,dan hati manusia yang perlu dijaga di letakkan pada saf depan.Tidakkah semua manusia itu hakikatnya dari Allah yang Esa? Mengapa sering sekali manusia leka akan suruhan dan sewenang-wenangnya berani memperlekehkan larangan Allah s.w.t? Besar sangatkah kepala mereka,sehingga sanggup di belakangkan Allah itu? Kalaulah seorang raja,kita sudahpasti geruni dan sanjungi,mengapa tidak bagi Raja segala Raja yang sepatutnya tiada tolok bandingnya lagi?

Duhai diri apakah peranan enta di dunia ini?

Sampai bila harus dikejar hiburan hati yang tak pasti manhajnya?

Duhai diri, berushalah setiap waktu untuk berda’wah.Muhasabahkanlah diri enta,sudahkah enta berda’wah ketika ini?

Tika bila enta mampu mengatakan bahawa masih ada esok lagi bagi enta? – sedangkan nyawa enta, ditanganNya.

Duhai diri,dahulukanlah agamamu,dahulukanlah hak Tuhanmu,jangan endahkan kata manusia!

Cukuplah Allah,sebagai pelindung.Salam perjuangan buat diri yang masih berhempas pulas dengan army nafsu yang selalu mengoda.

Dunia ini hanya perhiasan dan bunga-bunga kehidupan yang sementara buat hamba yang menderhakaiNya.

warkahradhah@tamanpersuratan.com

Assalamualaikum warahmatullah. ” Apakah nikmat terbesar yang enta rasakan,ya akhi? ”

Nikmat iman dan islam merupakan antara jawapan yang sering kita dengarkan.Walaubagaimanapun,sejauh manakah penghayatan kita sendiri terhadap islam dan iman kita.Ana sering tersungkur dari menunaikan solat tepat pada waktunya.Lemahnya diri ini,ya Allah.

Sedangkan seorang mualaf,insan yang baru merasai nur islam,mereka lebih menyayangi islam itu sendiri.Subhanallah.Nikmat yang terbesar yang ingin ana sematkan dalam hati ialah betapa bertuahya ana kerana Allah s.w.t adalah Rabb ana.Allah taala adalah penjaga ana.Hanya ana sebagai hambaNya yang sering alpa dan selalu leka untuk menjaga akan segala perintah dan suruhanNya.Ya Allah,jadikanlah denyutan nadi dan jantung ana,sebagai tasbih mengingatiMu.Jadikanlah hati ini senatiasa subur berzikir dalam menyebut nama-nama agungMu.Ya Allah,andai kata,hati ini telah terpesong dari mengingatiMu,tukarkanlah hati ini Ya Allah.Duhai Allah,jika mati ana,lebih baik dari kehidupan ana,matikanlah diri hambaMu ini,Ya Allah.

Petang semalam,sempat jugak ana merasai kemanisan pada erti sebuah persahabatan.Benar sekali firmanMu,bahawa dalam perbezaan warna kulit,dalam perbezaan bahasa yang dimiliki,di sana terselit hikmat dari penciptaanMu.

Masa kelas yang terakhir,profesor kuliyah kami,telah mengajak ana dan rakan-rakan sekelas untuk ke taman bunga di belakang kolej.Ya,sudah pasti ianya suatu yang amat menyeronokkan,apatah lagi waktu mengantuk bakal di ganti dengan satu pengisian melihat keindahan ciptaan Allah s.w.t.Bunga sakura sedang berkembang penuh di puncak bukit.Hanami di rata-rata lokasi strategik.Ada yang berpasang-pasangan di tepi tasik dan ada yang bekeluarga.Alangkah indahNya ciptaanMu.Engkau jadikan mereka berpasang-pasangan untuk mereka saling merasai dan menghayati erti kasih dan sayang sesama mereka.Namun,alangkah indahnya andai mereka mengerti bahawa Engkau lebih menyayangi mereka.InsyaAllah,mereka akan dapat merasai kemanisan bertuhan apabila mengenaliMu.Adakah ana sudah mengenaliMu?-Diri yang lemah dan asif ini tidak mampu menjawabnya,Ya Allah.

Pada petang tersebut,ana sempat jugak main kejar-kejar bersama kawan-kawan japanese.Onigori;sebuah nama permainan versi japanese.Mungkin kenangan lama,waktu kanak-kanak menerjah kembali.Sebuah game yang seakan-akan polis entri.Polis dan pencuri.Kejar sampai dapat yop.

Kejar,tangkap,bukan jadi pencuri.

Sebagaimana yang sering ana main sewaktu di tanah air sebagai mengisi fitrah kanak-kanak,namun syaitan sebagai gantinya.Oni bima’na syaitan dalam kamus japanese.Agak menakutkan istilahnya,namun suatu pengalaman yang penuh dengan kemesraan.Alangkah indahnya,andai mereka jua dapat merasai kemanisan islam sebagaimana yang ana rasai.InsyaAllah,semoga mereka mengenali islam dan erti hidup bertuhan.Mengenali Allah,Pencipta mereka yang azali-yang fitrah.InsyaAllah.

Bukan harapan dan impian kosong,sebaliknya ana harus buktikan dalam setiap gerak langkah agar terselit ruang da’wah pada setiap pemusafiran ana ini.InsyaAllah.

warkahraudhah@tamanpersuratan.com

Duhai diri,berjuanglah kerana Allah.Siapakah mereka? Muliakah mereka di sisi Allah? Kerana mereka jualah islam masih lagi bersinar di bumi malap ini.Sambutlah perjuangan mereka dengan penuh keyakinan.Usah gentar dengan musuh,usah berpaling dari jihad.Perjuangan mereka sangat indah.Pengorbanan mereka adalah lumrah.

We have never forgotten them and will never do; we will always perpetuate their blessed memories and carry their banners on our sholders proudly and forever…

warkahraudhah@tamanpersuratan.com

Hampir berlalu sudah pejalanan hari persekolahan dan kuliyyah selama seminggu di perantauan.Sakura ketika ini sedang kembang dengan mekar,walaupun tanpa kehadiran daun.Buat adik-adik di kampung,pokok sakura hanya berputik selama lebih kurang seminggu.Bak kata seorang pensyarah di sini,sakura cepat berkembang dan pantas berputik,namun dengan detik yang singkat jua,sakura bisa gugur ke tanah dengan ketentuan dariNya,Allah yang Maha Esa.Dialah yang mengetahui akan segala-galanya,hatta detik saat dan ketika gugurnya sekelopak bunga sakura.Subhanallah.

Buat adik ana yang disayangi,melihat kepada metafora alam kejadian ciptaan Allah,pasti ada suatu yang boleh kita ambil iktibar.Walaupun bunga sakura hanya mekar dan segera gugur menyapa tanah dalam jangka waktu yang singkat,namun kewujudannya jua tetap membawa manfaat buat manusia.Pada hujung minggu,orang Jepun akan berpusu-pusu ke taman untuk menghayati akan keindahan sakura ciptaan Allah ini.Makan,minum,berkaroeka dan pelbagai aktiviti lain lagi yang difikirkan seronok dan menyeronokkan.Wahai adik-adik ana,bukan keseronokan yang ingin cuba dikongsi buat adik-adik,namun perkara yang ingin dibicarankan adalah tentang sebuah kehidupan.Apa erti pada sebuah hidup ini? Hidup hanya untuk diri sendiri,jauh sekali untuk cuba memberi?

Wahai adik-adik ana,kehidupan yang singkat ini,berusahalah untuk memberi.Memberi kerana Allah taala.Umpamakan kita sebagai sakura,carilah sebanyak mana yang mungkin ruang untuk memberi.Salinglah bantu membantu dalam pelajaran dan amal ibadat.Selalulah ingat-mengingati akan solat berjemaah.Rindukanlah akan solat berjemaah.Buat adik-adik hawa ana,salinglah pesan-memesan.Bahawa memang benar firmanNya,bahawa segala manusia dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman,beramal soleh dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran.InsyaAllah.

Sentiasalah bantu ibu dan ayah,sekalipun pada perkara perkara yang ringan.Jangan biarkan kita disuruh untuk mengangkat kain di ampaian,jangan biarkan ibu menyuruh kita membersihkan tandas,jangan biarkan ibu menyuruh kita menyapu sampah di halaman,jangan biarkan ibu keseorangan dan kesepian.Hargailah ibu dan ayah.Andai kita berjauhan,bertanya khabarlah selalu.Hargailah kehadiran mereka.Berusahalah menjadi anak yang soleh dan solehah selagi mereka masih ada.Perlembutkanlah kata-kata dengan mereka.

Diri ana jua banyak melakukan kesalahan pada mereka.Mungkin juga kerana kesalahan pada ibu bapa,ilmu kita terhijab.Ingatlah adik-adik ana,jadilah seperti sakura.Walaupun hidup ini,hanya seketika berusahlah untuk berkorban.Biar kelahiran kita semua di sambut dengan senyuman mesra,dan pemergian kita di ingati selalu.

warkahraudhah@tamanpersuratan.com

Next Page »