February 2010


Kita meminta daripada Allah apa yang kita mahu, Allah memberikan kepada kita apa yang kita perlu.

motivasi

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal” [Al-Taubah 9: 51]

http://www.saifulislam.com

ganbarou

Sebuah persahabatan. Sekarang sudah dalam waktu penghabisan untuk menamatkan pengajian selama 3 tahun di kolej teknologi. Bersahabat dengan teman-teman jepun, ada banyak peristiwa menarik.

persahabatan

Dijadikan Allah ,kita berbangsa- bangsa,dan berbeza- beza bahasa ; untuk kita saling kenal – mengenali .

Kenapa mahu jadi penulis blog ? Kenapa mahu jadi penulis muda?

Sedikit sebanyak bacaan dari catatan senior dibawah ini, memberi pesan bahawa profession sebagai penulis merupakan seorang yang suka berfikir. Lalu ,berfikirnya untuk apa, untuk siapa .. ?

Memetik beberapa persoalan yang diajukan oleh senior kepada penulis Habiburrahman El-Shirazy ;

senior

Pertemuan penulis dengan Habiburrahman El-Shirazy di KLIA.

Pemikir untuk novel islamik dari Indonesia.

3- Jadi, apakah cara yang terbaik untuk penulis muda?

Dekati Masyarakat

Ya, saya sendiri suka untuk mentadabbur alam dan situasi masyarakat untuk mencari ilham. Dengan cara kita duduk dalam masyarakat seperti menaiki kenderaan awam dan sebagainya, mata kita mampu melihat lalu dianalisis oleh otak.

4- Apakah sumber utama yang wajar dirujuk sebelum menulis?

Sumber yang sudah Menjadi Kebiasaan Kita

Pertama ya Al-Quran. Dengan cara mentadabbur Al-Quran sahaja kita akan peroleh banyak ilham dan petunjuk. Kemudian menjadikan Sunnah Rasulullah dan Para Sahabat untuk rawatan dan pendekatan terbaik. Sebagai contoh dalam masalah perceraian. Tindakan Khalifah Umar dalam memelihara perkahwinannya wajar menjadi panduan bagi si suami. Ketiganya rujuk peninggalan alim ulama yang begitu santun menangani masalah umat. Terakhirnya, melalui pemerhatian dan analisa terhadap masyarakat kini.

5- Masalah karya terhenti separuh jalan, apa solusinya?

Penulis juga seperti Engineer.

Sebelum membina gedung. Tentunya sudah siap satu grand design untuk menyiapkan satu bangunan. Berapa ukurannya? Bagaimana bentuknya? dan sebagainya.

Sama juga seperti penulis, perlu ada big picture awalan, pertengahan dan akhir ceritanya. Nasihat saya tulis sehingga habis kemudian kita berhak untuk menukar jalan ceritanya.

Kita sudah ada matlamatnya. Seperti mahu berjalan, destinasinya sudah ada, jalannyakan pelbagai.

SUMBER

Berazam untuk terus menulis dengan lebih baik. Mahu berkongsi lebih lagi berkenaan cara hidup masyarakat di sekelilingku ini. Dalam usaha mengenali mereka, aku juga lebih kenal siapa diriku.

Dalam usaha mengenal siapa Pencipta diri. InsyaAllah.

1. Amat letih . Esok terakhir exam . Habis exam, bersambung lagi untuk bergerak jauh . Projek belum habis.

Tergelak besar ! Bila baca nukilan sahabat jauh . Jemput baca .Pasti , akan lebih kenal lagi wajah Jepun ! Bahan santai terbaik, ubat letih dari palajar Master. Sasuga. Memang kagum . Teruskan lagi. DISINI. Tulisan saudara Luqman.

” Manusia diciptakan Allah berbeda – beda. Dalam perbezaan itulah kita saling bertaaruf. Dalam perbezaan itulah, kita saling belajar – mempelajari . Dalam perbezaan itulah dunia ini ada warna- warninya .”

2 . Pagi sebelum ke kelas exam, hati PANAS membara ! Tentera Amerika tersilap sasaran di Afghanistan. Rumah rakyat biasa menjadi korban. Rakyat tempatan menjadi mangsa. Berita di baca ,aku mengenggam geram ! Jahanam kau Amerika. Satu lagi siri merobek umat islam ,engkau lancarkan. Duhai Allah , balaslah kebiadapan mereka dengan tentera-tentera Mu. Aku tidak mudah termakan oleh propaganda. Dikatakan mahu memusnahkan ladang sumber dadah, dikatakan mahu menyekat kemaraan Taliban dan pelbagai lagi alasan dan termidologi LAPUK !

Sakit hati bukan kepalang . Tidak dikatakan ummat ,seandainya kamu tidak rasa sesuatu atau rasa kebersamaan , andai ada saudara manusia lain yang ditimpa kesusahan.Apatah lagi mereka dan aku ,seakidah !

Teruskan berjuang ,saudara-saudaraku di Afghanistan. Bumimu subur dengan darah dan ukhuwah syuhada’ dan mujahidin.

Nah ! Kalian baca ini. Allahuakbar. Tiada di media biasa.Fakta tentera musuh lemah di medan.

” Jangan kamu merasa lemah bila berjuang. Jika dikalangan kamu ada yang gugur dan kehilangan harta ,percayalah mereka juga mengalami kekurangan yang sama. Namun, kalian, pejuang islam ada Allah di belakang kalian. Bersama Allah, kalian berjuang ! “

Xin Nien Kuai Le . Gong Xi Fa Chai .

Selamat Tahun Baru .

Selamat bawa semangat harimau untuk ke daigaku masing-masing.

xin nien

Persahabatan merentas perkauman ! Ong – Calvin – Yan Kuang – Wei Shien

kouhai

2 kouhai

adik

Gambar ganti untuk Joene. Gomennasai ,tak jumpa gambar .

ang pau

Ong Pau Na Lai ?

Ampau mana ?

Selamat Tahun Baru khas buat sahabat- sahabat Chinese di Nagaoka Kolej Teknologi ; Calvin, Yang Kuang, Ong, Wei Shien, Joene ,Min Jing dan Carin.

Diari kami banyak tersimpan bersama catatan Calvin. Doumo kerana merakam dengan baik.

Sumber 1 , 2 . Selamat berexam lagi. Minggu ini ada exam bahasa China. Berpeluang untuk mintak duit raya dengan pensyarah Cina. Pasti sahabat sekuliyahku, Mu – ar – za – mu akan mintak juga.

Regards from : Ri – zuo – an

salam persahabatan

皆、多幸せをお祈りいたします。

zhu ni wanshi ru yi.

Didoakan semoga berbahagia.

transformer

Transformer ?

1 . Keadaan cuaca ketika ini .Hasil tulisan sahabat . Juga video kerabat transformer yang sedang mandi. Cuba melihat dari sudut lain dari sahabatku ini. Disini. Sesuai untuk santai minda.

2. Layang – layang ; satu tamsilan kehidupan sebagai sebuah perjuangan  .Monolog sahabat .

3. Hati mati ? Atau panggang hati ? Kisah tarbiyah , hati yang terpanggang.

4. Cakar semut dan gigitan Harimau ?? Tamsilan kehidupan.

5. Cepat benarkah manusia BERUBAH ?? Hidayah ITU …

“Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya…” (Surah al-Baqarah: ayat 216)

Assalamualaikum wbt

anak comel

wajah penyejuk mata ayah dan ibu..anak2 fitrah dari Ilahi

Gembira sungguh tengok sahabat bahagia. Diuji tanda Allah sayang. Sudah bergelar ayah sudah , Sob.

Sob, seorang sahabat yang berpewatakan ceria sokmo !

Tanngunjawab akan bertambah lagi. Kematangan pasti berkadar terus. Tahniah dari jauh. Doakan kami juga yang masih dalam imtihan kolej. InsyaAllah , semoga dengan kedatangan cahaya mata, akan dibukakan lagi pintu rezeki dari Allah.

Moga kelahiran ini juga, menjadi penyejuk mata bagi antum. Salam kebahgiaan dan menjadi keluarga contoh .
sob

InsyaAllah, doakan ada rezeki , dapat berjumpa.

p/s : lepah ni pendidikan anak2 pulak akan difikir oleh Sob . hantarlah anak kat jepun, Sob.

youchienn
Semoga yang terbaik untuk sahabatku, dunia dan akhiratnya.

Next Page »