September 2008


Assalamualaikum wbt.

abang sedaraku

abang jie dan adik madihah (sepupuku)

“Bila balik ke kampung,saudara mara wajar(mesti) di kunjungi.”

Pabila berada agak jauh,tatkala pulang,seharusnya saudara mara perlu di kunjungi.Suasana di kampung,hidupnya lebih bermasyarakat.Lebih ramah,penghuni tempatannya.Apatah lagi,jika analisa dilakukan terhadap masyarakat desa melayu.

F.E.L.D.A-Masyarakat desa yang damai.Satu pengamatan!

Beberapa hari yang lepas,saya dapat berkunjung ke beberapa buah negeri di semenanjung.Jejak di mulai dengan perjalanan ke rumah sahabat di perlis dan negeri sembilan.Perlis,tidak banyak pemerhatian yang sempat saya simpulkan.Ingin sekali,untuk diri ini menjejakkan kaki buat kali yang seterusnya di bumi yang bersebelahan dengan daerah jelapang padi itu.

Pengalaman melawat sahabat yang hanya bersua hanya di alam internet,merupakan suatu pengalaman yang amat manis.

Walaupun perjalanan yang memakan ruang masa hanya sehari,namun saya berpeluang menjelajah hampir ke semua daerah di negeri sembilan dengan di susuli suapan nasihat yang berpanjangan.Diskusi dan perbincangan santai sentiasa berterusan sepanjang tempoh berkelana.Keramahan hazwan,sangat saya kagumi.

Setiap hujahnya juga,pastinya diselitkan dengan idea yang terbuka dan adakalanya disertai dengan nas dari al-quran.Sememangnya,kita wajar mendasari setiap langkah dan tertib dalam kehidupan ini,dengan hujah serta dalil dari kalam Tuhan dan hadis Rasulullah saw.

sahabat

hazwan dan adik alia

Pertemuan yang luar biasa.

Sesungguhnya sahabat itu wujud dari satu pertemuan dengan sepuluh pertanyaan,seratus keyakinan dan seribu kali pengorbanan serta berjuta-juta kali perjuangan.

Namun biarlah segala-galanya dengan satu keikhlasan di atas keredhaan Allah swt.

Semoga kita kembali merancang sebuah halatuju.Jua pada mentarbiyah diri kita sendiri,itu yang pasti.

“p/s:softskill itu satu keperluan,ana mengiyakannya,saudaraku.”

warkahraudhah@tamanpersuratan.com

Assalamualaikum wbt,

Jazakallah buat sahabat-sahabat baikku,mustaqim dari jordan,fadhil dari india dan nuraya dari leicester di atas usahasama yang kita usahakan buat adik-adik di sekolah lama kita.Mungkin lebih mesra lagi,kita anggap mereka seperti teman-teman kita yang lain juga.Bukan sekadar ber’pangkat’kan junior dan senior.Sekadar secebis pengalaman yang kita perolehi,suka sekali untuk nikmat ini jua di kongsi bersama-sama teman-teman yang lain.

fadhil

Fadhil sedang ber’tugas’

K.I.S.T dalam ingatan,bersama bekalan pahit dan manis dalam sebuah perjalanan kembara.

*****

“Mula-mula jumpa salji kat bandar leicester,kepulan asap keluar ikut mulut.Maklumlah kite ni orang darat,tak pernah jumpe salji.Sangatlah rase seronok.”cerita nuraya dengan penuh minat.

Pelajar-pelajar tingkatan lima yang mendengar agak melopong tatkala cerita yang dikaitkan dengan salji dikisahkan.Maklumlah,malaysia tidak menyambut kedatangan salji,fikirku.

mus dan yaya

mustaqim dan nuraya

“Belajar medic bukanlah suatu yang mudah,namun bukan juga merupakan sesuatu yang mustahil.Namun,hakikat kejayaan merupakan suatu yang ada jatuh dan bangun”,begitulah pesan fadhil,pelajar tahun 2 di jurusan perubatan.

“Makanan di India cukup ‘mewah’ dan tidak banyak berbeza,jika ingin dibandingkan dengan suasana di Malaysia.Apa yang menjadi fitrah kepada pelajar medic,mereka akan di sinonimkan dengan jadual belajar yang agak hard dan sistem cuti yang mungkin dapat dikatakan agak terhad.Belajar selama 6 hari dalam seminggu dan hanya dapat bercuti selama sehari.Namun,jangan mudah patah semangat untuk mengambil jurusan medic“,celoteh fadhil lagi.

adik2Suasana yang sangat dirindui.Belajar di sekolah,tidak sama dengan suasana pabila belajar di rantau orang.Kemesraan masyarakat kita,tidak sama dengan masyarakat di luar negara.

Lain bangsa,lain resamnya.Lain adat,lain budayanya.

*****

Jazakallah di atas sokongan,harapan dan doa daripada junior-junior buat kami.Moga kejayaan dan semangat ingin mencapai kejayaan yang tersemat di dalam diri kalian,melebihi kami.Begitu jualah,seperti seorang guru yang mahukan anak didiknya lebih berjaya,melebihi dirinya.Semoga kami jua berjiwa pendidik seperti kalian,guru-guru.
cikgu

Cikgu Fakhrus yang tenang memerhati

Banyak kisah-kisah menarik yang dapat kami gabung-jalinkan antara satu sama lain.

“Belajar di jordan sedikit berbeza,jika dibandingkan dengan mesir.Kos hidup di jordan juga lebih tinggi.Wanita di jordan juga,khususnya di bandar,berpakaian yang agak keterlaluan.Namun,memang benarlah wanita-wanita di daerah sana,sangatlah cantik.Tapi,usah bermimpi untuk dijadikan isteri..”

“Masyarakat di sana masih mengamalkan ‘kesukuan’ yang agak menebal.Suku ini tidak boleh kahwin dengan suku itu,dan begitu jualah sebaliknya.Masyarakat di sana jua seringkali memandang rendah akan warganegara kita,kerana kita bermusafir ke tempat mereka untuk menuntut ilmu.Maka,jelaslah pada mereka bahawa negara kita kekurangan ilmu,sehinggakan kita yang ‘terpaksa’ merantau ke negara mereka.”cerita mustaqim penuh semangat.

“Ada satu kisah di mana,ana bertemu dengan seorang makcik tua di dalam kampung.Mak cik tersebut bertanyakan dari mana datangnya ana.

“Min aina enta?”

“Min maaliziyaa.”

Namun,jawapan seterusnya yang diungkapkan oleh makcik jordan tersebut sungguh mencuit hati.Apa yang di jawabnya?

*****

“Ooo,daripada malaysia.Mak cik ingatkan,dalam dunia ini ada satu negara saje,iaitu jordan.”

Maka,kami semua tergelak mendengar kisah nakal mak cik kampung di jordan tadi.

ikhwah Wajah harapan.Moga segala yang baik dapat dijadikan teladan dan mana yang buruk,sejuta maaf dari kami;moga ianya dapat dijadikan sempadan di dalam mengemudi bahtera kehidupan sebagai hamba Allah swt.

*****

sakura

Semoga ketemu lagi,semekar musim ber’sakura‘.

warkahraudhah@tamanpersuratan.com

qassam

Sekeping gambar berbicara!Mereka mujahid Allah.

syahid

anak kecil,lambaian syurga menantimu..

Mengapa seringkali hamas di tuduh sebagai terrorist?-sedangkan israel army lebih daripada terrorist,malah tiada perkataan yang mampu mengungkap bayangan kekejaman mereka.Syabas,buat think-thanker america dan pendatang haram israel kerana telah dapat memalitkan lumpur hitam buat umat islam.

Namun,percayalah akan lahir setiap masa,satu golongan yang pasti akan membela agamaNya.Kebangkitan islam pasti akan terbit di mana-mana.

Jika kekerasan lawannya,wajarlah regunya juga mempamerkan kekuatan.

I strongly believe for hamas movement. Hopefully,all the muslim will unite and give their trust to hamas for releasing the palestinians.
islam

warkahraudhah@tamanpersuratan.com

Salam didikan ramadhan.

Ingin sekali memuatkan kisah ketabahan mujahidah buat teladan diri dan sahabat-sahabat seperjuangan.
muslim Fatimah,merupakan seorang saudara perempuan kepada seorang mujahid yang terkenal di daerah Abu Gharib, yang berasal dari sebuah keluarga yang terkenal dengan kebaikan dan ketaqwaannya. Suatu hari pasukan AS menyerbu rumahnya, dengan tujuan menangkap saudaranya. Namun kerana mereka tidak dapat menemukannya, pasukan AS menangkap Fatimah dengan tujuan memaksa saudaranya menyerahkan diri.

*****

Surat tulisan tangan Fatimah, baru-baru ini berhasil dibawa keluar dari penjara Abu Gharib.Surat ini menggambarkan penderitaan para tawanan wanita akibat perbuatan tentera AS,laknatullah. Surat ini tersebar dan menghebohkan kota Baghdad.Pantaskah bangkit kaum Arab?!! Tanyalah iman pada dirimu..!!

Subhanallah.

islam

Bismillahirrahmanirrahiim.

“Say He is God the One;God the Source [of everything]; Not has He fathered,
nor has He been fathered; nor is anything comparable to Him.”
(Surat 112 al-Ikhlas)

*****

Saya menulis surat Al-Ikhlas ini kerana mempunyai maksud yang mendalam bagi saya, dan menimbulkan getaran di hati orang-orang yang beriman.Saudaraku mujahidin di jalan Allah,apa yang dapat kukatakan padamu?-Saya katakan, rahim-rahim kami telah terisi dengan janin akibat pemerkosaan yang dilakukan keturunan kera dan babi itu.

Mereka telah menodai tubuh kami,meludahi muka kami, dan merobek-robek Al-Quran untuk digantungkan kepada leher-leher kami. Allahu Akbar.Tidakkah kau mengerti tentang kejadian yang menimpa kami? Betulkah kau tidak tahu ini terjadi pada kami? Kami saudaramu, dan Allah akan meminta tanggungjawabmu tentang kejadian ini kelak.

Demi Allah swt, tidak semalam pun kami berada di penjara ini,kecuali mereka mendatangi salah seorang daripada kami untuk melampiaskan nafsu setan mereka.. Padahal kami selalu menjaga kehormatan kami karena takut kepada Allah. Takutlah pada Allah!

Bunuhlah kami bersama mereka! Hancurkan mereka bersama kami! Jangan biarkan kami di sini agar mereka bisa bersenang-senang memperkosa kami,sesungguhnya ini adalah sebuah perbuatan dosa besar di sisi Allah.Takutlah pada Allah akan urusan kami. Biarkan (jangan serang) kereta kebal dan pesawat mereka.

Datanglah pada kami di penjara Abu Ghurayb.Saya,saudaramu kerana Allah. Mereka memperkosa saya lebih dari 9 kali di dalam satu hari.

Mampukah kau bayangkan?-Bayangkan,salah seorang saudaramu diperkosa.

Bersama-sama saya ada 13 gadis, semuanya belum berumahtangga..Semuanya telah diperkosa didepan mata kami semua! Mereka melarang kami untuk sholat. Mereka mengambil pakaian kami, dan membiarkan kami tidak berpakaian…

Saat surat ini saya tulis, seorang diantara kami telah membunuh diri,setelah diperkosa beramai-ramai. Seorang tentera laknatullah telah memukulnya di dada dan paha setelah memperkosa, lalu menyiksanya.

Gadis tersebut kemudiannya membunuh diri dengan memukul kepalanya ke tembok penjara, karena dia sudah tidak sanggup menerima ini semua. Meskipun bunuh diri dilarang oleh Islam, saya memaklumi perbuatannya.Saya hanya berharap, semoga Allah mengampuninya,sesungguhnya Dia Maha pengampun.

Saudaraku,saya katakan padamu lagi, takutlah pada Allah. Hancurkan kami bersama para tentera itu, agar kami mampu beristirahat dalam damai.

saudaraku

Tolonglah kami, tolonglah kami, tolonglah kami … Waa Mu’tasimah!

Surat ini telah berakhir, namun penderitaan penulisnya dan para muslimah belum berakhir.Hatta mataa haadza s-sukuut !! Ini yang sudah kesekian kalinya terjadi.

Entah berapa lagi yang akan menyusul.Kelmarin, hari ini dan besok.Begitulah seterusnya..

Ya Rabb

nasyku ilaika da’fa quwwatina

Wa qillata hiilatina
Allahumma n-shurna nashran adziima
Allahuma ‘alaika bil haaula l-kuffar
Allahuma ‘alaika biman adzaa l-muslimin..

catatan: sebarkan agar semuanya akan mengetahui keadaan ini.

  • petikan dari blog sahabat,teratak rimbun keinsafan.
  • kezaliman

    Penjara tanpa had yang kalian,(musuh Allah) ciptakan,moga Allah membalasnya dengan azabNya yang Maha Pedih di akhirat sana.Dunia tidak bermakna tanpa akhirat.

    Masjid Dar Al-arqam atau lebih dikenali dikalangan pelajar-pelajar di jepun dengan nama Masjid Asakusa ,terletak di Tokyo.
    rumah Allah Seperti gambar di sebelah,rumah Allah yang terletak di bandar Asakusa,di tengah-tengah kota Tokyo ini,mempunyai 4 tingkat.Tingkat bawahnya merupakan sebuah perpustakaan kecil.Tingkat kedua merupakan ruang solat dan ibadat untuk akhawat.Manakala,tingkat yang ketiga merupakan ruang solat untuk ikhwah dan tingkat yang keempat menempatkan sebuah dapur kecil.

    Alamat
    〒111-0025 東京都台東区東浅草1-9-12 イスラム文化センター
    Islamic Cultural Center, 1-9-12, Higashi Asakusa, Taito-ku, Tokyo

    Cara Akses:

    • Subway Asakusa Station (Ginza Line) atau Tobu Asakusa Station
    • Bus 東42 甲 tujuan Minami Senju (南千住行き) dari perhentian Asakusa Matsuya Mae/浅草松屋前, dekat dari exit Tobu Asakusa Station. Bus ini ada setiap 10 minit sekali. Bus terakhir berangkat jam 23:11 dari Asakusa Matsuya Mae. Turun di perhentian Imado/今戸、sekitar 10 minit perjalanan. Masjid berada sedikit di belakang perhentian bus Imado.

    Peta jalan menuju masjid Dar Al-arqam:

    Salam ramadhan buat sahabat-sahabat di yaaban.

    Moga ketemu kembali.

    • Sumber Perkongsian dari laman persatuan islam indonesia jepang.

    warkahraudhah@tamanpersuratan.com

    ki

    waqaf didikan

    KRONOLOGI RINGKAS KOLEJ

    •09 Jan 1949 – Singapura – Ijtimak Ulamak Asia Tenggara (Kedudukan Pel. Islam)
    •20 Mac 1949 – Singapura (Penubuhan Jawatankuasa Penaja)
    •19 Sept 1949 – (Penyata Komiti Kolej Islam)
    •01 Dis 1949 – Mengadap DYMM Sultan Pahang di Kuala Lumpur.
    •02 Dis 1949 – Mengadap DYMM Sultan Selangor.
    •21-22 Feb 1950 Muktamar Ulamak di Muar.

    •23 Sep 1952 – Fatwa Al Azhar (Fardu Ain)*
    – 10 Dis 1952 – Mesy. Khas di Singapura (Belanja sendiri)*
    – 10 Dis 1952 – Singapura (Pelan B) *
    – Feb 1953 – DYMM Sultan Selangor berkenan mewaqafkan istana Jame’iah.*
    – 02 Mac 1953 – Penyempurnaan Janji DYMM Sultan Selangor.*
    – 11 Mac 1953 – Penubuhan J/ kuasa Perguruan dan Penyusunan Pelajaran KIM.*
    – 22 Mac 1953 – Jawatankuasa Derma di Singapura.*
    – 26 Mei 1953 – J/ kuasa Pungutan Derma.

    •16 April 1954 – Penubuhan J/kuasa Pusat KIM
    •01 Jun 1954 – Resit Derma dikeluarkan.
    •20 Julai 1954 – Mesy. Pep. Masuk.
    •16 – 17 Ogos 1954 – Pep. Masuk seluruh negara.
    •24 Sept 1954 – Mesy. Istiadat Perasmian KIM.
    •18 Okt 1954 – Keputusan Pep. Masuk dikeluarkan.
    •19 Feb 1955 – Ketibaan 2 orang pensyarah dari Mesir.
    •24 Feb 1955 – 43 orang pelajar mendaftar diri.
    •16 -17 Mac 1955 – Pep. Masuk Kedua.
    •1955 – Jelajah seluruh negara.

    •8 April 1955 – Istiadat Perasmian KIM oleh DYMM Sultan Hishamuddin Alam Shah.
    •1960 – Kemasukan 4 orang pelajar perempuan.
    •1966 – KIM berpindah ke P. Jaya
    •1970 – KPM mengambil alih KIM – KIK
    •1975 – Sambutan 20 th KI
    •1989 – KISAS
    •2005 – Jubli Emas.
    •2007 – KISAS – KLUSTER

    catatan ingatan didikan dari blog Ustaz Abdullah.

    ustaz

    Kalam harapan,moga sentiasa istiqomah dengan didikan akhlak islam.

    Melihat dan mengamati secara ringkas sejarah penubuhan kolej islam,saya percaya bahawa kolej islam juga seperti sekolah-sekolah lain.

    Jika saya ingin membuat analisa,berdasarkan sedikit pengamatan,ingin sekali saya melahirkan sebuah kesimpulan iaitu kolej islam,asalnya adalah sebuah sekolah pondok.Namun,kini,apabila terma sekolah pondok di terbitkan,pantas sekali perasaan dan prasangka buruk akan kedengaran.

    Menyoroti sejarah ringkas kolej islam,ingin saya simpulkan di kala Ramadhan ini bahawa masih banyak lagi sejarah islam,yang tersirat yang harus dan wajar sekali untuk di ketahui.Malahan,sejarah kebangkitan kolej islam yang amat sinonim dengan jasa-jasa dan pengorbanan daripada golongan cendikiawan islam,iaitu ulama’ juga pastinya meninggalkan kesan pahatan silam,yang amat kukuh.Moga tarbiyah di bumi waqafan akan terus berterusan.

    Berkat doa para ulama’.

    warkahraudhah@tamanpersuratan.com

    Assalamualaikum wbt.

    Salam pertengahan Ramadhan.

    Hari ke sebelas puasa,sekaligus merangkap hari-hari pertengahan di bulan ramadhan.Tempoh `rahmat` telah melabuhkan tirai rasminya,teringat pada kata-kata Ustaz Long di surau kampungku.Period marfirah akan mengambil alih tugasnya.Itulah fitrah yang sebenar.

    i Namun ini bukanlah bemakna tiada rahmat Allah selepas ini.Pesan Ustaz Long lagi,rahmat Allah senantiasa hadhir di sepanjang ruang waktu dan ketika,namun permulaan Ramadhan baru-baru ini merupakan tempoh special rahmat Allah edisisi ramadhan.

    Maka dengan masuknya hari ke sebelas di bulan yang barakah ini,marilah kita sama-sama mendidik hati dan fikiran ini untuk lebih mendisiplinkan diri dalam melakukan amalan-amalan kebaikan.

    iTingkatkatlah penghampiran diri dengan rumah Allah dan dekatilah pancainderamu dengan al-Quran.Carilah 1001 alasan untuk melakukan kebaikan.Hargailah setiap ruang waktu yang ada,kerna belum pasti lagi ramadhan yang akan datang akan bertamu kembali.Teringat kata-kata ustaz,di bulan ramadhan inilah,tambah dan didiklah hati akan mengingati mati.Mungkin ada yang mengatakan bahawa mengingati mati itu,membatutkan produktiviti.Maka,dangkal sekalilah!

    Ingat mati sahaja tidak mencukupi,bahkan alangkah indahnya manusia dasawarsa ini,andaikata kita berlumba-lumba bersungguh-sungguh untuk berusaha melakukan persiapan untuk mengingati mati.Syukran jaziilan Ustaz Long.

    Ingin sekali mengikat diri ini,dengan tautan rumah Allah.Namun seringkali jua,diri ini tersungkur kalah ditewaskan nafsu sendiri.Sekadar diri sendiri pun,sukar sekali untuk dikawal,jauh sekalilah untuk memimpin isteri yang bakal berputiknya sebuah keluarga,usrati jannati.

    Bertarawih di kampung tidak sama dengan bertarawih di perantauan.Laungan azan di beberapa buah masjid seakan-akan sekata ingin melaungkan kalimah agung,tatkala waktu berbuka puasa.Maghrib bertandang.Nikmat berbuka dirasai.

    Tika tarawih menjelma,anak-anak muda memenuhi ruang surau.Alangkah indahnya permandangan di kampungku.Walaupun surau yang kurang mewah,cukuplah jika jiwa-jiwa anak-anak muda kampungku ini bermewah dengan pengisisan sajian rohani.Azan di laptop,telah diambil alih tugasnya oleh laungan dan gema azan dari surau.Kalau dulu,ingin mendengar azanpun,sekadar dalam situasi tertutup.

    Alangkah bahagianya andai berjemaah dapat mengisi setiap sela,ketika hidup ini.Usah di kira di mana dan ketika waktu mana sekalipun,alangkah bertuahnya jika diri ini terpilih selalu dalam merendahkan diri padaNya.Langit di kampung tetap sama dengan kelam langit di kala malam perantauan.Namun jemaah orang di kampung tetap tidak selamanya sama dengan jemaah orang di perantauan.

    Berjemaahlah selalu,selagi masih dikurniakan nafas dan waktu.

    Adakah kamu tidak bersyukur?i

    warkahraudhah@tamanpersuratan.com

    Next Page »