December 2008


“Fusei,tuhan orang jepun ada berapa?”
Aku memulakan bicara,membuka peluang untuk bermesra dengan sahabat sekelasku.”Tuhan kamu satu kan.Tuhan orang kristian dan lain-lain tuhan pun aku pernah dengar.Tapi,tuhan aku adalah ketua kepada segala tuhan-tuhan agama lain.”,begitu balasnya.Pulak dah!
*****
Perbualan kami di dewan makan asrama kolej,kembali menjelma ke dalam ingatanku.Tidak semena-mena,aku teringatkan teman-teman jepunku lantaran terbaca tulisan seorang sahabatku tetang saudara baru yang ditemuinya.
Komen dari seorang kenalanku:
Dalam usrahku, ada seorang saudara kita yang baru. Nanti boleh kenal dia di Toyama, insyaAllah.
“Roomates ramai orang Islam, sangat lawa bila mereka pakai telekung dan bersolat. Boleh menangis..”
Antara yang dikongsi bersama sebentar tadi semasa pertemuan maya.
*****
Kerap kali juga kata-kata tersebut,membuatkan aku berfikir.Kenapakah teman-teman sekelasku masih jauh dalam mengenal apa itu islam..? Sepanjang hampir 2 tahun berada di jepun,kebanyakan masaku di luangkan bersama dengan budak-budak jepun.Kami tinggal satu aras dengan penuntut-penuntut jepun.”Haik..haik…Ohayou gozaimasu…Ohayou gozaimasu.”,begitu bunyi yang kadangkala ku anggap agak kuat mengetuk gegendang telinga ku,ketika awal pagi hari.Para pelajar asrama tahun 1 sedang beratur untuk ke dewan makan sambil melaungkan ucapan selamat pagi dengan suara yang agak kuat.Mungkin ingin menandakan yang pagi ini,mereka akan memulai rutin dengan penuh bersemangat,begitu sangkaku.
*****
Tatkala bangun pagi untuk bersolat,aku kadang-kadang bertembung dengan pelajar-pelajar jepun.Menggosok gigi,berkumur dan membuang air menjadi rutin harian di pagi hari mereka,walaupun mereka tidak bersedia untuk mandi pagi.Kehadiran kami,selaku penuntut yang beragama islam,seharusnya menjadi teladan buat rakan-rakan sekeliling yang kurang berpegang pada agama.
*****
Sebaliknya dek kerana perangai dan sikap kami,ada kalanya kami sendiri seakan-akan menyapu kotoran pada islam itu sendiri.Kebersihan pada kami,masih jauh lagi jika ingin di bandingkan dengan teman-teman jepunku yang lain.Bilakah lagi masa terbaik,untuk kami berdakwah pada mereka,andaikata akhlak kami masih belum mampu menjadi contoh buat mereka.
*****
Aku pernah terbaca sebuah penulisan hati dari seorang ibu,yang pada waktu yang sama sedang memikul tanggunjawab sebagai seorang dai’e,dan aku sangat tertarik akan harapan dan cita-citanya di dalam mengharungi sebuah kehidupan ini.Sepanjang menelesuri kehidupan ini,akak sangat berharap agar dapat mengislamkan sekalipun seorang non muslim untuk merasai kemanisan islam ini.Di kesempatan yang ada ini,aku juga ingin melafazakan ikrarku,mencontohi keazaman ibu tadi,agar dalam kehidupan ku ini,aku dapat berkongsi akan kemurnian islam ini.InsyaAllah.

japan dan islam Semoga jepun terus di sapa dengan jiwa-jiwa islam.

Alhamdulillah,solat hari raya aidil adha sudah berakhir.Semalam,baru teringat untuk mencari khutbah raya yang pendek,gara-gara hendak mengejar masa untuk ke kuliyah.Sesudah solat raya,sempat kami merasa masakan nasi lemak temanku,syah.Orang negori!Tapi kali ni,sambal wanginya tidak pedas.Jarang sekali,dapat merasakan peluang sambal sedap.
*****
Semalam juga,aku sempat menemani sensei ku,ke Arai.Perjalanan melalui dousoku douro(lebuh raya) memakan masa hampir 2 jam.Sensei ku sungguh bersyukur dengan adanya Navi.Walaupun syukurnya,bukan dinyatakan secara lansung,tapi moga-moga hidayat dari Allah akan memberi cahaya baru pada senseiku.
Katagiri sensei,tegas orangnya,tapi lembut budinya.
*****
“Konna kuruma,tatta san ni dake….” (Kereta sebegini besar,tapi hanya 3 orang saja yang jadi penumpang…),celotehnya mesra.
Menaiki kereta hybrid di jepun,merupakan pengalamanku yang pertama.Memang lain dari kereta biasa.Ianya,bukan kereta senseiku,tapi kereta kolej.Bertuah jugak kami bertiga.Aku,syah dan senseiku.
“150 man kaenai.200 man~300 man gurai ka naa….”balas senseiku setelah kami bertanya tentang harga kereta hybrid tersebut. ( 150 puluh ribu yen tidak boleh beli.Mungkin mencecah 200 hingga 300 puluh ribu yen…)
*****
Jelajah kami ke Arai,bertujuan untuk meraikan tutorku selaku wakil daerah sana,dalam persembahan gendang tradisional jepun.Sungguh menarik.Seumpama kanak-kanak kecil di malaysia yang seronok berlatih silat,sedangkan ramai kanak-kanak bandar yang lain,giat dengan PSP dan segala permainan moden dewasakini.
*****
Dari usai usia kecil,kanak-kanak jepun ini seronok mempratikkan warisan nenek moyang mereka.

wadaiko Moga adik-adikku bangga dengan warisan junjungan besar Rasulullah.Jua pada diriku.Kalian tahu apa warisannya? Semoga ketemu jawapannya.

9:35 pg

“Assalamualaikum,pian.Tokki sihat doh? Doh keluar dari bilik bedah?”

Lagi 20 minit,hendak masuk waktu isyak.Lagi 2 jam,datukku,atau lebih mesra dengan panggilan tokki akan keluar dari bilik bedah.Semoga Allah permudahkan segalanya,insyaAllah.

“Tokki sihat?”,begitu permulaan bualanku bersama atukku,lewat malam semalam.Tidak banyak yang diucapkkan.Cukuplah sekadar aku dapat mendengar suaranya,lantas ku minta,sepupuku menyambung perbualan kami.Suara tokki dari Hospital Kuala Terengganu bernada lemah.Hanya doa kejauhan dari seorang cucu biasa,yang mampu ana hadiahkan.

tokki mat

adik bongsuku dan rokok daun,bersama tokki

Tokki mat,itulah panggilan mesra kami anak-anak cucu.Aku,sebagai cucu pertama,banyak menyimpan kenangan manis bersama arwah nenekku,wan kalsom dan begitu juga dengan tokki.Pada waktu kecil,aku tinggal agak lama dengan tokki dan arwah wan kalsom.

Tika usai usia kecilku juga,aku sering tidur di dalam besen.Begitu cerita ibuku.Waktu itu,aku kerap demam panas.Mungkin itulah sebab utama kenapa aku di tidurkan di dalam besen yang berisikan air.Kata orang kampung,namaku kurang sesuai,maka ada baiknya,nama baru di cari ganti.

Dulu,aku dan adikku merupakan cucu kesayangan.Apa sahaja yang kami hendak,seringkali diturutkan arwah wan dan tokki ku.Sekarang,aku dan adikku sudah besar.Cucu-cucu datukku juga makin bertambah.Moga kami jadi contoh buat mereka.

Tidak lama lagi,tokki akan keluar dari bilik bedah.Semoga Allah berikan kami yang terbaik.

5.49 petang