Syukur.

Alhamdulillah.Masih diberi peluang untuk berkongsi.Hari ini, diberi nikmat lagi oleh Allah untuk menghadiri Konvensyen Tarbiyah Anak Muda Kelantan 1433H,bertempat di PUTIK,Pengkalan Chepa.Program selama 2 hari yang berlansung mengariskan 5 objektif utama;

1. Memahami tanggunjawab dan peranan sebagai pendokong gerakan islam.

2. Memahami seni operasi kerja islam semasa menghadapi pihak lawan

3. Membina hubungan 2 hala mantap antara pimpinan dan pelapis pimpinan

4. Meningkatkan semangat juang dan kesedaran tinggi

5. Menghimpun idea atau muhasabah terhadap tindakan yang telah dan akan dilaksanakan

Aku sempat menghadiri hari yang ke-dua sahaja.Hari pertama,akibat kekangan kerja,aku tidak dapat turut serta. Tidak menghadirkan diri pada hari pertama,menyebabkan aku tidak dapat bertemu dengan Murabbi Hj Yahya Othman.Hanya dapat melihat namanya sahaja pada senarai atucara majlis.Murabbi Hj Yahya Othman,merupakan individu sebaris dengan Tok Guru,bagi PAS.

Jatuh hati dengan gerakan islam PKS.

Pagi ke-dua,Sabtu;aku hadir dan terus mendaftar. Program dimulai dengan Sesi 1,pengisian dari Tetamu Partai Keadilan Sejahtera,Indonesia; Pak Wibawo. Sesi 1 bertajuk ; Kita dan gerakan islam global,menghadapi cabaran masa kini. Pengisiannya padat dengan istilah-istilah tarbiyah. Banyak perkataan baru juga aku pelajari. Pelbagai video turut ditayangkan. Gerak dan hala tuju PKS. Strategi tarbiyah, kemahiran leadership dan konsep qiyadah di pelbagai peringkat juga diberi gambaran.

PKS diberi amanah di Indonesia.PAS diberi amanah di Malaysia.

Antara perkara menarik yang dikongsi,adalah kekuasaan atau dengan kata lain,kemenangan politik ; perlu disokong oleh sumber ekonomi yang utuh.Ekonomi pula disokong dengan asas sosial dan pendidikan yang kukuh.Ertinya, kestabilan sosial dan kesedaran perlu sentiasa di beri kepada semua,dan digiatkan dengan pelbagai platform.

Ekonomi Turki,kebangkitan keadilan islam.

Jika PKS,di Indonesia untuk PEMILU 2014, jika PAS/PR di Malaysia untuk PRU 2013 ;matlamatnya sama iaitu memenangkan kebenaran dan keadilan.Hari ini,kita dapat melihat bukti bila PR mentadbir beberapa buah negeri,dan ekonomi negeri-negeri terbabit naik mendadak.Hal ini,membuktikan bahawa sebagai anak muda,aku tidak akan teragak-agak untuk menyokong PR.Memberi sokongan untuk PR. Di turki, sebelum AKP mengambil alih leadership , tukaran LIRA berbanding DOLAR sangatlah rendah.Tapi hari ini,nilai LIRA semakin meningkat.Ini bukti jelas,dengan konsep keadilan islam yang diterapkan oleh AKP,ia memberi kemajuan.Benar,islam adalah rahmat untuk segenap alam.

Sesi soalan terbuka.

Dengan tema konvensyen untuk anak muda,banyakn soalan dari golongan remaja dan warga kampus berkisar tentang taadud jemaah. Jawapan dari Pak Wibawo cukup baik dan bersikap terbuka tetapi berteraskan prinsip yang kukuh. Kita hendaklah sama-sama saling berlapang dada.Hanya perlaksanaan kita sahaja kadang-kadang berbeza,namun matlamat kita sama untuk memenangkan islam.Pada pendapatku, andai pilihan raya jalan untuk memenangkan keadilan,maka semua kader  di pelbagai lapisan jemaah,MESTI menyatakan sokongan terhadap PAS dan PR.

Mahasiswa Indonesia, Tragedi Trisakti dan Semanggi Bridge-Kuasa Siswa.

Aku sempat menanyakan soalan pada Pak Wibawo. Melihat video tayangan rapat umum di Indonesia,suasananya cukup aman. Warga kampus juga dapat melahirkan suara dan harapan mereka dengan baik sekali di jalanan.Aku pun melontarkan pandangan, adakah di Indonesi tiada akta AUKU. Adakah kuasa siswa di sana tidak dikekang oleh FRU atau sebarang campur tangan luar? . Soalan ini dijawab dengan tayangan 2 video. Jawapan tanpa ucapan, namun bukti jelas siswa di sana lebih di tentang. Tragedi Trisakti dan Semangi Bridge pada 1998, merupakan era kebagkitan suara siswa di Indonesia. Jika kita ,pada 1998,Anwar menjadi mangsa.Namun, disebarang Indonesia, nyawa siswa dan orang awam jadi taruhan. Di youtube juga,ada diceritakan kisah tragedi ini. Bahasa yang satu,adalah bahasa keadilan.
pks

Anak muda, golongan mahasiswa;sama-sama kita bangkit.

Dengan ilmu, kita meningkatkan diri.

Advertisements