March 2009


Allahuakbar !
Lafaz kesyukuran di hari jumaat.

Berada di tanah air selama beberapa minggu,melatih diri mengenal pelbagai perangai anak muda di tanah air.Di sebuah kota yang sudah bertaraf BANDARAYA,banyak benda-benda pelik yang berlaku.

Bandar Pesisir Pantai ini kaya dengan roh kebendaan.Bandaraya ini rancak dengan ragam anak muda yang dahaga roh pengisian.Atas dasar apakah hiburan dan kepuasan diri menjadi raja,sehinggaka harga nyawa sudah tidak ada nilai lagi di jalan raya…? Budaya R.E.M.P.I.T semakin menjadi-jadi di wilayah ini.

Hujung minggu,bukan hanya sekelompok atau sekumpulan kecil anak-anak muda berpesta di atas jalanan,malah yang lebih berbahaya jika anggaran secara rambang dilakukan,di kota bandaraya ini,khususnya di malam hujung minggu,sekitar 200 hingga 300 anak muda bermotor akan beraksi.

Lagak motor didirikan sehingga 90 darjah,menerbit rasa kagum ! Namun,tidak sesekali rebah menyembah bumi !Hebat sungguh kalian,anak muda daerahku.Dengan bunyi yang membingitkan,jalan-jalan besar menjadi ruang untuk pelbagai aksi dipersembahkan.Ah,malang sekali anugerah nyawa yang Tuhan kurniakan.Seorang anak kecil yang menghidap buah pinggang,seorang anak pelajar yang berpenyakit jantung berlubang pastinya bertarung nyawa saban hari,mengharapkan hari-hari yang lebih cerah.

Namun,masih ramai lagi yang mengangap nyawa seumpama nilaian yang boleh dijual beli.Anak bangsaku..Dimana agamamu ! Dimana tangunjawabmu ?!

Ketika malam minggu,di kota bandaraya inilah juga,polis-polis turut mempamerkan aksi.Fikirku,mungkinkah integriti polis negara telah diperlekehkan oleh generasi muda,lantas tiada ketakutan dalam diri anak-anak muda ini..? Dikejar di jalan A,lari dan pecut anak-anak muda di jalan B.Dikepung jalan B,lari bersorakan di jalan C.Sungguh,umpama drama di pentas lakonan.Lampu-lampu isyarat dilanggar !

Polis naik hangin! Anak-anak muda naik minyak ! Masyarakat naik meluat !

Dimana aku untuk menilai semua ini ?!

Dimana pemimpinku ?

Bandarayaku,anak mudanya sungguh berani !
Namun,beranimu,tidak sesekali aku kagumi,malah aku mencemuh dalam diri !!

Pimpinlah kami,duhai Allah..

Advertisements

Kadang-kadang kita perlu kembali ke belakang seketika..melihat dan merenung tentang hakikat kehidupan kita di dunia ini.Sejauh manakah tujuan hidup ini ?

Kata hati,hidup ini perlukan kejayaan yang menggunung tinggi.Kata hati lagi,hidup ini tagihkan kekayaan yang melimpah ruah.Hidup ini perlu segala macam keseronokan..namun segalanya sampai bila ?!

Hidup ini perlukan apa sebenarnya ? -Memikirkan akan soal kehidupan ini,merupakan suatu yang cukup berat bagi akal;begitu pendapat umum bagi rata-rata masyarakat jepun.Agama sering dipisahkan dari kehidupan.Kerana sifir bagi kejayaan haruslah bersandarkan usaha sehabis daya.Biarkan agama disisi yang berlainan.Tidak harus berjalan seiring.Tidak wajar diletakkan dalam acuan yang sama.Begitu fikir mereka.

Namun,renungan akan hakikat kehidupan inilah yang membezakan umat islam,tentang muslim yang sebenarnya,tentang manusia yang berserah diri pada Tuhan-Nya.

Kita hidup didunia ini berbeza matlamatnya dengan yang bukan islam.Berfikirlah,selagi mindamu dianugerahkan oleh Tuhan akan nikmat untuk berfikir.Renungilah dengan mata hati akan segala kejadian dan seluruh peristiwa yang telah berlaku.Jadikanlah yang baik sebagai contoh teladan,dan yang buruk sebagai sempadan.

Muhasabah itu perlu bagi hati.Muhasabah itu adalah hukuman dan teguran membina buat diri.Muhasabah itu pembakar semangat buat diri.

Bermuhasabahlah selalu untuk terus berfikir.

USIAKU ? HIDUPKU ?

USIAMU ? HIDUPMU ?

usiaku

Segalanya dibawah neraca perhintungan DIA yang Esa.

jauh merenung

Jauh sekali merenung,zul.

Pasti teringatkan sesuatu,barangkali.Sudah lama tidak bertemu dengan sahabat-sahabat.Sudah ada yang berumah tangga.Sudah ada juga yang menimang cahaya mata.Cepat benar masa berlalu.

Semalam kita pernah ketawa bersama,semalam juga kita pernah bersila di ruang liqo’ bersama,tapi hari ini,masing-masing dengan hala tuju yang berbeda.Namun dengan satu matlamat yang sama.Kadang-kadang aku sangat seronok melihat dan mendengar berita-berita belajar di negara tengah,di bumi para anbiya’.Beruntungnya kalian.Namun,dimana-mana sekalipun,ujian dan dugaan dari Allah tetap wujud.Untuk mentarbiyah hamba-hambaNya.

Semalam,kita pernah mendengar teliti kuliyah,sambil buku nota berbalut hijau ditangan.Pen mahupun pensel digerak-gerakkan.Siapa penceramahnya dan apa isinya,cepat sekali kami catat.Semua itu,tercatat sejarahnya.Ditegur kerana buku hijau yang tidak kemas.Ditegur kerana buku tazkirah hijau itu,caca merba tulisannya.

Ingin sekali aku kutip kembali buku hijau itu,sahabatku.

amir

Amir,nta sudahpun bergelar seorang suami.Mabruk ya akhi.Semoga berbahagia disamping memikul amanah tersebut,ya akhi.

Sejuk sekali,mendengar berita.Sahabat yang dahulu lembut budi bicaranya,murah senyumnya,jarang sekali terbit marahnya,tanpa disedari kini sudah membina masjid.Ana doakan semoga baitul muslim buat nta sekeluarga.

Sekejap benar masa berlalu.

dzulqarnain,amiq dan dzul

3 sekawan yang punyai banyak kenangan bersama.Suka sekali ana catatkan sesuatu buat ntum bertiga.Dzulqarnain,salam dari kejauhan buat nta.Sudah lama tidak mendengar perkhabaran nta.

Kalau dulu,sepanjang berjihad di medan spm,pasti masing-masing menyimpan banyak pengalaman pahit dan manis.Di penghujung tempoh persediaan perang,ada antara sahabat-sahabat kita yang akan mempraktikkan konsep uzlah.Beruzlah/menyendiri semata-mata mencari ketenangan untuk belajar.

Mengadap buku,sambil berhadapan dengan kawasan kuburan Cina di belakang bangunan asrama.Sesekali Dzulqarnain akan datang menjenguk.Kini,jarang sekali persahabatan umpama ini akan berulang kembali.Ana dambakan keindahan suasana biah seperti dulu.

Salam sahabat dari ana,moga kalian semua cemerlang dan bersemangat menghadapi segala amanah yang dipertanggunjawabkan oleh Allah.Mahu sekali ana berkunjung ke sana,merasai udara bumi barakah.