April 2009


Beberapa hari ini,hujan dan angin yang sangat kuat menziarahi kami yang menetap di nagaoka.Pengaruh peralihan musim,sedang berlaku.Suasana sekeliling juga masih berhawa kesejukan.Semoga kesejukan dan kedinginan ini,tidak melemahkan kami untuk terus menuntut ilmu dan mendidik diri dengan suasana tarbiyah.

Masih lagi dengan momentum dan kadar yang sama.Kadang-kadang terlalu payah untuk menulis.Jika kamu tidak mampu menulis,latihlah dirimu untuk mampu berfikir,duhai diri !

Berfikirlah,bukan hanya untuk dirimu semata-mata,sebaliknya untuk orang lain juga.Tidakkah muslim yang paling mulia itu,adalah orang yang paling memberi makna buat orang lain,duhai diri ? Hidupnya bukan sekadar,berguna untuk dirinya sahaja,namun kerana kehadirannyalah,dunia insan lain lebih disinari cahaya ! Cahaya apakah yang lebih bermakna,duhai diri ?… selain cahaya iman,islam…cahaya hidayah….

Semoga kita semua dipimpin oleh Allah untuk menjadi manusia yang sentiasa memberi makna buat insan lain.InsyaAllah.

Rasulullah adalah manusia yang paling memberi cahaya buat manusia lain,bukan ? Di akhir perjalanan hidup baginda juga,tiada perkataan lain yang meniti di bibir baginda saw,melainkan perkataan ‘Ummati..Ummati‘.Indah sekali,akhlak budimu,Rasul Junjungan.Sentiasa mengingati ummatmu.

Kitalah yang selalu diingati oleh baginda,sehingga kan waktu wafatnya,ingatan terhadap kita semua masih segar dalam ingatan baginda saw.Namun,dimana ingatan kita semua padamu,duhai Rasulullah ?

Sejauh manakah ingatanku padamu,duhai kekasih Allah ? Sejauh mana peribadimu,yang dapat aku contohi ? Terlalu banyak waktuku,tanpa mengikuti kehidupanmu…

Selamat bermuhasabah,duhai diri dan sahabat-sahabat.

*****

Sebuah nota seni yang membawa pelbagai makna buat diri.Semoga berguna buat sahabat-sahabat.

Ikatan Persaudaraan Islam,
Wadah perjuangan kami,
Dibumi qhuroba’ yang bertuah ini,
Moga Islam bersinar kembali.

Wahai generasi dakwah,
Runtuhkan toghut,jahiliyyah sezaman,
Tegakkan Islam dalam keruntuhan,
Itulah matlamat perjuangan.

Nahnu ad-du’ah,
Nahnu la khuddah,
Kami memberi contoh,
Kami bukan penghukum.

Allah matlamat kami,
Al-quran dan Sunnah ikutan kami,
Jihad di jalan Allah,jalan kami,
Syahid fi sabiilillah,cita-cita kami.

Semoga sahabat-sahabat terus berada dalam kebaikan dan sentiasa dibekalkan semangat untuk menimba ilmu dan mendidik diri dengan suasana tarbiyah.

Catatan muhasabah.

Advertisements

Saya percaya, hati manusia tidak jahat. Mereka hanya terkelambu, dan digelapkan dengan dunia sahaja. Saya juga percaya, dalam banyak cahaya, cahaya kebenaran daripada ALLAH sahaja yang tidak akan terpadam walau kegelapan menyelubungi seluruh dunia.-petikan kata Hilal Asyraf

“ Walau seluruh dunia digelapkan, tetapi cahaya ALLAH itu tetap tidak akan terpadam” Kata-kata Sheikh Hassan Hudhaibi.

*****

Hampir setahun,saya cuba berlatih dengan menulis.Dengan perubahan masa yang berlalu,pelbagai pemikiran yang dapat saya pelajari.Ada kalanya,penulisan seseorang boleh membuatkan kita gembira dan ada kalanya,penulisan seseorang membuatkan kita menitiskan air mata.Dengan penulisan jugalah,pemikiran seseorang dapat diwarisi dan terus menjadi warisan.

Melihat pemergian Imam Hassan al Banna ; disebabkan tangan manusia yang bersifat mazmumah,beliau syahid dan meninggalkan dunia ini.Namun,tindakan tersebut, tidak akan SESEKALI membunuh pemikiran Imam Hassan al Banna daripada terus tersebar.Banyak sekali pemikirannya diwarisi, hasil dari sebuah penulisan.

Saya cukup tertarik dengan pemikiran saudara Hilal, yang saya sertakan di bawah.Mabruk ya akhi.

*****

Petikan dari blog akh Hilal :Sumber

Langit Ilahi Rotating Header Image

Saya sebenarnya, ingin mengajak manusia, untuk bernafas dalam jiwa HAMBA.

Kenapa?

Saya ada pandangan saya tersendiri.

ALLAH SWT berfirman,

“ Tiadalah AKU jadikan Jin dan Manusia, melainkan untuk beribadah kepada AKU” Surah Adz-Dzariyyat ayat 56.

Itu adalah tujuan penciptaan kita. ALLAH menjadikan kita, untuk kita berubudiyyah kepada DIA. Hendak hidup dalam ubudiyyah kepadaNya, maka hendaklah kita merendahkan jiwa kita tunduk kepadaNya.

Gusar dengan suasana masyarakat hari ini, juga suasana dunia masa kini, saya mempunyai satu rasa ingin menyelamatkan semua. Tetapi saya bukanlah manusia istimewa yang dikurniakan kekuatan sedemikian rupa. Saya hanya manusia lemah. Mungkin juga antara yang terlemah dari kalangan hamba-hambaNya.

Tetapi saya ada muka yang tebal di sebalik kelemahan saya. Saya tidak peduli cacat cela yang saya ada. Sebab PENCIPTA saya adalah yang amat penyayang dan pengasih, DIA adalah yang ampunanNya lebih luas dari kemarahanNya. DIA akan mengira usaha saya ke arah kebaikan, walau sekecil-kecil zarah.

“ Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan, walau sebesar zarah, maka akan dikira” Surah Az-Zalzalah, ayat 7.

Jadi saya menulis.

*****

Semoga saudara terus menulis dalam ” erti hidup pada memberi “.

Doakan kami juga disini.

Hampir seminggu sudah berada di Jepun.Alhamdulillah,segalanya berjalan baik.Segala puji dan syukur ke hadrat Ilahi atas nikmat-nikmatNya.

Tahun ini merupakan tahun yang agak mencabar.Sesudah memasuki bilik research pada minggu ini,aku sempat berborak bersama Takeuchi sensei dan beberapa rakan researchku tentang halatuju masing-masing. Watabe san memilih untuk terus bekerja,manakala Yoshioka kun dan aku memilih untuk shingaku;melanjutkan pelajaran.Disamping belajar seperti biasa,dan bersedia untuk menghadapi exam pertengahan dan akhir semester,kami perlu bersedia untuk mengambil ujian kemasukan ke Universiti di Jepun.InsyaAllah.

Tahun ini,tantou researchku ( pensyarah yang bertanggunjawab ) ,juga bertindak sebagai kaunselor kolej.Maka,situasi ini mungkin memberi sedikit peluang kepadaku untuk lebih bertanya kepadanya.

Sekarang sudah masuk bulan 4 , ujian kemasukan ke daigaku (universiti) sekitar bulan 6,7.Hanya tinggal beberapa bulan saja lagi.Aku akan bersiap sedaya upaya yang mungkin,insyaAllah.

Awal bulan 5 ,penuntut-penuntut di Jepun ini akan menyambut cuti golden week.Cuti yang bersambung selama hampir 5 hari berturut-turut.Adakah aku akan berada di bilik research pada waktu itu ? Atau aku diberi ruang dan peluang lagi untuk sedikit merantau mencari ilmu ?

*****

Cuti 5 hari di Jepun ini,merupakan satu tempoh cuti yang berderetan dan bersambung.Kebiasaannya dalam kadar seminggu gurai ( sekitar ).5 hari ini, diisi dengan pelbagai cuti seperti Hari Hijau (Midori no hi ),Hari Sambutan Budak-Budak ( Kodomo no hi ) , Hari Sambutan Haiwan ( Doubutse no hi ) dan sebagainya.

Namun dikesempatan ini aku ingin mengajak sahabat-sahabatku dan junior-juniorku ke program IPIJ pada cuti golden week ini.GWG : Golden Week Gathering .

ipij gwg

” AL-MU’ALLIM : PRINSIP KEJAYAAN “


Begitu bunyi tajuk yang bakal dibawa pada pengisian kali ini.Siapa dia mualim tersebut ? Sejauh mana kecintaan kita pada mua’lim tersebut ? Apakah beza Mua’lim dan Murabbi dalam kosa kata bahasa ? Sejauh mana adab-adab kita dengan seorang guru ? Sejauh mana berkat guru dalam menempa ruang-ruang kejayaan ? Apakah perbezaan sensei di Jepun dan sensei/guru/ustaz/ustazah dalam mendidik ?

Video Promosi GWG sesi 2009 yang bakal menerima kunjungan dari pegawai kedutaan,insyaAllah.

Video yang cukup menarik ! InsyaAllah,semoga aku juga dapat menyertainya.

Tahniah kepada tenaga kerja tulang belakang video kerana berjaya menyelitkan unsur muhasabah yang amat baik.Sejauh manakah kecintaanmu pada Rasulullah saw ? ! Usah tanyakan pada orang lain.Cukuplah sekadar dirimu sendiri yang menjawabnya! Dalam setiap langkah perjalanan dan pengembaraan hidupmu,hatta dimana sekalipun engkau berada;tidak kiralah diceruk kampung manapun,atau di kota metropolitan sekalipun;namun adakah perjalananmu ditemani Rasulullah saw ?? !! Aku cukup tersentak dengan persoalan ini. Kemanakah al-Quran dalam perjalanan diriku ? Adakah senantiasa berada di sampingku selalu ?

Prinsip kejayaan banyak sekali yang ternukil dalam peribadi mulia,kekasih Allah ,Nabi Muhammad saw.Jumpa di sana sahabat-sahabat !!

Moga-moga pertemuan kita atas dasar kecintaan pada memperbaiki diri dan mendekati terusan kebaikan,bakal menjadi bukti buat pertemuan kita di padang Masyar kelak.Semoga pertemuan kita pada kali ini juga,tanpa mengenal batasan usia dan peringkat umur,menjadi satu titik tolak untuk kita bertemu kembali di taman-taman SyurgaNya.

Kita mencari keredhaanNya.Duhai Allah,jangan Dikau letakkan Dunia dihati kami,cukuplah sekadar dihujung jari kami.

Salam Ikatan Persaudaraan Islam Jepun !

logo

p/s : Daftar segera ! Tempat terhad! -Sila klik untuk mendaftar.Siapa lebih cepat buat kebaikan,dialah yang akan dapat dulu ! -Betul ke prinsip ni ?? – Jom pakat-pakat ajak teman-teman !

Laman Perkongsian :

1)Koleksi video Ustaz Ramadhan Fitri sepanjang Winter Gathering IPIJ 2008 REDEFINE MUSLIM YOUTH

2)Koleksi video Ustaz Hasrizal (Saifulislam.com) sepanjang Summercamp IPIJ 2008 BUKAN KERNA NAMA

hidup satu ibtila'

” Aku pelik la,kenapa aku saja diuji ? ” , bisik Aiman.

” Hidup ni kadang-kadang ada masa kita kaya,ada masa kita susah. Kadang-kadang kita diuji dengan gembira,dan seringkali kita diduga dengan sedih dan duka. ” monolog Danial.

Dunia ini umpama pentas.Pelakonnya kita semua.Pengadilnya , pencatat amalan yang berada dikiri dan di kanan.Manual dan rujukannya al-Quran dan sunnah nabawi.

Baru-baru ini,aku ada terdengar kuliyah dari Ustaz Azhar yang ada membuat perumpamaan yang berkaitan dunia.Dunia ini bukan milik kita.Dunia ini milik Nabi Muhamad saw.Tapi,manusia ini mudah sekali lupa.Bila berada diatas manusia lekas hilang pedoman,lantas manusia yang berada di bawah dipandang rendah.

Dunia.Kerana harta dunia,ramai manusia yang teruji dan ramai manusia yang diuji.

Dunia.Kerana perhiasan dunia,ramai manusia yang tersungkur.Manusia itu tidak dikatakan beriman,andai mereka tidak lagi diuji.Begitu janji dari Allah swt.Pencipta manusia.

Hidup di dunia ini sementara bukan kehidupan yang abadi atau kekal, dan dunia ini hanya merupakan persinggahan, yang tujuannya adalah kehidupan yang kekal abadi iaitu kehidupan akhirat. Berkenaan dengan ini Allah Subhannahu wa Ta’ala berfirman:
ertinya: “Sedangkan kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal”. (Al-A’la: 17).
Ayat ini menunjukkan bahwa kehidupan dunia dengan segala gemerlapan dan keindahannya tidak bererti apa-apa jika dibandingkan dengan kebaikan dan kekekalan kehidupan akhirat yang kekal abadi.

-falah.fotopages

Maka,manusia akan sering dipertanggunjawabkan dengan dunia.Kerana akhirat kelak,aku akan dipersaksikan di depan Tuhanku.

Astarfirullahalazim.Aku memohon ampun,duhai Allah.