Diari teman


Apalah erti hidup…kalau tanpa teman, kawan-kawan…lebih malang kalau tanpa IMAN, tak kenal tuhan.

-Falah Azizan.

kehidupan

Teman hidup.

Teman-teman dalam hidup.

ketenangan

Tahniah kepada Naim Othman, yang baru saja selesai majlis mendirikan masjid, berteman hidup.

Semoga hidup bahagia dunia akhirat, insyaAllah.

http://falah.fotopages.com/?&page=0

Advertisements

Alhamdulillah, dapat jugak menulis. Sudah dekat 2 bulan bekerja di Kelantan. Rohm Wako. Berjalan kaki , lebih kurang 5 minit ke syarikat rohm. Dulu, hampir satu jam . Makan pagi pun, sedap. Berlumba-lumba semua pekerja. Rehat tengahari , makanan di beri harga separuh dari biasa.  Semoga dapat syukur selalu. Dulu, makan tengahari sekali dengan 20 orang satu batch, di jepun . Sekarang,  makan tengahari, dapat makan dengan lebih ramai pekerja-pekerja lain.

LED ROHM

Sekarang , diamanah berada di bahagian QC, LED. Dulu, waktu kerja di Jepun ; bahagian QC lah yang selalu kene balik  lewat. Hujung minggu pun, ada hari kena standby. Teringat sungguh aku pada geng baikku, Kameo kun.Kameo, seorang saja yang terpilih masuk QC. Kameo ; budak yang nakal-nakal sikit. Tapi, ulat buku jugak kadang-kadang . Dan perokok . Selalu berbasikal sekali ke syarikat. Selalu kongsi cerita pasal kamen rider. Selalu pinjam duit aku, waktu tak cukup duit . Kameo…Kameo…

Satu hari, waktu mahu pulangkan balik duit yang dipinjam , ditampalnya duit kat depan pintu rumah.

“no money, no life “. Nota yang di lekatkan sekali ngan duit.Nakal.

PERBANDINGAN

Sekarang, di tempat kerja baru, tak banyak berubah. Waktu balik kerja; lebih kurang sama. Cuma suasana kerja, lebih tenang. Bukan bermakna, masa lapang ada banyak. Selalu teringatkan syarikat dulu dan sekarang. Teman-teman dulu dan sekarang.

Dulu, hujung minggu; main futsal dengan budak-budak yamanashi university. Kadang-kadang , main futsal dengan rakan jepun. Bergabung syrikat di tokyo dan di yamanashi. Dan ada kala jugak, pi keluar pergi outlet sekali dengan kawan jepun. Ataupun, jalan-jalan hujung minggu dengan Badrul dan Shuhei kun.2 sahabat baik , jumpa di luar waktu kerja. Silaturahim, hadiah dari Allah.

Sekarang, main futsal bersama operator , technicion dan engineer-engineer kilang. Kadang-kadang keluar pergi latihan dikir barat. Satu ruang jugak untuk bergaul, kenal lebih ramai orang dan belajar bahasa kelate. Program tabiyah berjalan slow sangat. Sempat jugak pergi dengan ketua bahagian ke ceramah di Masjid Mukim Che Kok. Lepas kerja, pi dengar ceramah. Tapi, baru jah sekali. Sedang cari ruang lagi.

Hari ni, baru start cuti tahu baru. Ada rakan sekerja yang akan berhenti untuk sambung master. Banyak perkara yang boleh belajar dalam setiap hari.

QC

Rakan-rakan sekerja. Satu persahabatan.

Fastaqim.

Alhamdulillah, diberi kekuatan untuk menulis. Suasana pagi di koufu , kadang-kadang ada banyak persamaan dengan suasana di kampungku. Bunyi burung hato. Sama seperti bunyi bunyi burung tekukur, peliharaan abang saudaraku. Hujung minggu, aku sempat menziarah sahabat-sahabat lama.

Tidak sabar untuk sama-sama berada dalam satu saff semula. Moga sama-sama kita saling berdoa, agar dipilihNya selalu. Alhamdulillah, kebelakangan ini juga, Allah masih lagi memilih diri ini untuk berkunjung ke surau kecilnya. Surau yang berukuran sebuah bilik. Disana, aku berkenalan dengan brother Badh, seorang muslim dari Algeria. Mesra. Berkahwin dengan orang jepun.

Kami sempat berbual , berkongsi pandangan dan kisah kehidupan. Beberapa hari lepas, beliau mengambil keputusan untuk bermalam dan menetap di surau. Bapa kepada isterinya berusaha untuk mengajaknya kepada agama bapanya. Kehadiran anjing di rumah juga antara faktor, beliau lebih suka beruzlah.

” Akhi, percaya dan yakin pada Allah. Ana beberapa kali dapat rasa. Yakinlah, andai kita tenggelam di tengah laut sekalipun, Allah mampu menyelamat. Uzlah ni ubat bagi mencari  hati yang tenang. ” Aku mentafsir, kata – kata akhi Badhr.

” Terima kasih, jemput datang selalu. Ada masa , boleh kita cakap lagi. ” Aku membalas dengan ;insyaAllah. Moga Allah pilih kami lagi dan sahabat-sahabat pembaca untuk menjadi tetamuNya. Rindu rumah Allah. Rindu solat berjemaah bersama sahabat-sahabat. Rindu berkongsi kisah kehidupan bersama. Allahuakbar.

sahabat

Tautkanlah hati kami, sekalipun kami berjauhan, duhai Allah. Kuatkan hati dan roh kami, moga kami dipilih menjadi pemudaMu yang kuat, cekal dan tabah.

Semoga sahabat-sahabat juga tetap tsabat dalam perjuangan.

Terus memimpin dan bersedia dipimpin.

Alhamdulillah, dapat juga menulis. Bulan 4 tamat sudah. Bulan 5 mengambil tempat. Berjuang dan berperang dengan diri sendiri , ada ketika kalah dan menang. Bermula dengan peralihan di suasana kerja, menjalinkan perkenalan dengan komuniti baru , seterusnya kembali untuk berada di landasan kembali. InsyaAllah, mahu laju lagi pecut ke hadapan.

Usrah adik-adik.

Petang ini juga, aku sudah memulakan bacaan al-quran , dimulai dengan surah-surah kecil bersama adik-adik nakalku. Berkomunikasi dengan adik-adik kecil, menuntut diri sendiri juga berada di tahap mereka. Sesuai dengan pemikiran mereka. Seronok, kelakar dan serius , kadang-kadang perlu berganti.

adik-adik

Adik-adik nakal ku. Aqil ; yang bijaksana. Dan Ahnaf ; yang berpegang teguh pada agama.

Maksud nama mereka.


Cuti 5 hari lepas.Cuti panjang di jepun.

Aku sempat berkunjung ke program anjuran ipij. Seronok dan dapat re-charge balik suasana tarbiyah. Bertemu adik-adik baru , dan abang-abang bekeluarga. Banyak perkara yang ingin dikongsi, namun jika tidak terus di tulis, atau kurang catatan , perkara tersebut akan mudah hilang.

sahabat2

Dekati alam , terapi rohani.

Senior yang tidak hadir ke program, beri tarbiyah secara tidak lansung.

Ada seorang seniorku, yang tidak dapat hadir. Aku dan dia, serta isterinya berasal dari sekolah yang sama. Kolej Islam Klang, dan kini bermusafir di rantau orang. Melatih diri , seterusnya ingin terus berkongsi dan memberi.

keluarga solehahKeluarga solehah , Brother Khairuddin dan Sister Hanisah . Bersama baju ipij.

Doakan kami.

Hari ini juga hari ibu, kata masyarakat jepun.

Okaasan, arigatou. Ibu, terima kasih.

Matlamat utama persiapan pemuda pemudi Islam hari ini ialah untuk melaksanakan matlamat tercapainya qawamah (penguasaan) Islam terhadap masyarakat dan dunia.

Perkara ini memerlukan para pemuda pemudi Islam bagi memindahkan pimpinan umat dari tangan jahilliyah kepada pemikiran, perundangan dan akhlak Islam.
Menurut Al Marhum as-Syeikh Dr Fathi Yakan, pada hakikatnya usia muda seorang pemuda pemudi ialah Usia yang penuh dengan cita-cita yang tinggi, Usia yang mengalir darah yang gemuruh, Usia yang tinggi idealisme yang luas, Usia yang memberi pengorbanan dan Usia yang menabur jasa.

Menurut Syeikh Dr Yusuf Al-Qardawi pula, tanda-tanda pemuda pemudi Islam yang unggul itu adalah suatu generasi yang mempunyai sifat-sifat yang dinyatakan dengan jelas bagi sesiapa yang membaca Al-Quran atau mempelajari sunnah Nabawiyyah.

Di antara sifat-sifat unik generasi ini adalah,Pemuda adalah Generasi yang percaya kepada realiti dan ilmu, Generasi amal dan membina jama’iy, Generasi rabbani dan ikhlas, Generasi yang bernasabkan Islam, Generasi da’awah dan jihad, Generasi dagang dan hidup bersama orang ramai, Generasi gagah dan agung dan Generasi seimbang dan sederhana.

Manakala menurut Syeikh Mohammad Ahmad ar-Rasyid, terdapat beberapa kesilapan dan fitnah kehidupan yang perlu diberi perhatian wajar oleh para pemuda pemudi Islam. Ini adalah kerana kita sentiasa terdedah kepada pelbagai tekanan luaran dan peristiwa yang mempengaruhi secara beransur-ansur keatas iman terhadap amal dan da’awah.

Beberapa langkah bagi meningkatkan kecemerlangan pemuda pemudi Islam bagi mencapai qawamah (penguasaan) Islam terhadap diri, keluarga, masyarakat dan dunia ialah, kita perlu Kenalpasti tahap kemampuan ada yang sebenar, Beri tumpuan kepada kekuatan-kekuatan ada, Tanamkan rasa percaya kepada diri sendiri, Sediakan diri anda untuk menjadi orang yang terbaik , Ambil pelajaran daripada kesilapan yang telah anda lakukan , Belajar menerima teguran yang membina, Perakui kejayaan anda, sentiasalah merendah diri, Terus memperluaskan pengetahuan dan pemikiran ada dan yang paling penting Bersyukur kepada ALLAH SWT di atas apa yang diberikanNya.

InsyaALLAH dengan kita memahami dan menghayati saranan di atas semoga kita dapat menjadi insan yang mulia, mempunyai sifat mahmudah dan kembali ke jalan yang benar, apa-apa yang baik itu datang dari ALLAH SWT dan yang buruk itu datangnya dari kejahilan kita sendiri, semoga ALLAH SWT memberi keizinan dan kekuatan untuk kita meneruskan perjuangan ini dengan satu tekad, azam dan iltizam yang baru..

senior

Melihat kepada pakaian yang dipakai oleh senior ana sahaja, sudah cukup untuk memberi teladan.

Senior yang cukup ana sayangi, ketika berada di Sana’a, bumi Yaman.

*****

Nasihat diatas merupakan tulisan dari seorang senior, yang cukup ana sayangi di jalan Allah. Berada di tempat orang, kadang-kadang kita akan terbawa dengan suasana. Baik pemakaian , baik perubahan kata-kata, suasana alam pergaulan dan sebagainya. Qudwah iaitu teladan yang baik dan Quwwah ,iaitu kekuatan pada diri , merupakan kunci kepada pemuda pemudi islam. Terus maju ke hadapan, tidak akan mudah mengalah untuk terus memperbaiki diri, sedia untuk ditegur , cekal membina diri , rendahkan hati mengadu pada Allah.

Bagaimana qiyamku ..Bagaimana bangun malam ku..



Assalamualaikum wbt

Pada musim panas , masa siangnya cukup awal. Subuh yang masuk waktu berbeza pada biasa, menjadikan waktu siang lebih panjang. Di kesempatan yang ada, kami telah mengadakan rehlah ringkas pada cuti hujung minggu. Bertiga , bersama junior , Faiz dan Haris ; kami bercadang untuk pusing kampung Nishi Katakai Chou, bermula jam 4 pagi. Terbit matahari pada waktu tersebut, lebih kurang jam 4. Kampung Nisihi Kataki Chou, merupakan kampung yang dikelilingi gunung- gunung.

bukit2

Bukit belakang. Waktu musim sejuk . Gambar dari koleksi Calvin.

Sempat juga dengar cerita dari seorang penjaga Mezium Peperangan di Nagaoka, beberapa hari lepas, bahawa suatu ketika dulu , sebelum bom jatuh di Nagasaki dan Hiroshima, bom juga telah jatuh di Nagaoka. Ramai juga penduduk pada waktu itu lari menuju ke arah gunung dan bukit-bukit , berhampiran kampung kami.

padang golf

Padang golf di belakang kolej

Berbalik dengan kisah asal, rehlah kami untuk menawan kampung , lari dari waktu asal yang dirancang. Fusei kun, sahabat satu kuliyahku, telah datang ke bilik. Datang dengan tujuan dakwah. Ana dida’wah nya. Fusei kun, merupakan seorang sahabat satu kuliyah ku, yang sedikit nakal. Namun, bab – bab agama, dia lebih banyak tahu ; berdasarkan maklumat yang ana perolehi dari tutorku. Shinto – Budha dan sedikit perkongsian agama lain dikongsi. Apa yang menjadi sebab utama pertemuan kami pada pagi itu, adalah bila mana ,ana bertegur ringkas sewaktu berjumpa di tandas asrama. Ohayou . Ucapan selamat pagi yang jadi kebiasaan kami.

Setelah masuk ke bilik ku, ” Gomen ne, chotto kusai nioiga…” . Fusei meminta maaf, sebab bau mulut yang sedikit berbau. Bukan dia baru bangun pagi tidak gosok gigi ! Sebaliknya, dia baru lepas minum sake ; sejenis arak jepun. Katanya , sami -sami ( orang-orang alim budha ) ni, suka minuman sake. Itu sebab dia minum . Hendak percaya atau tidak ..

Kami terus bertukar- tukar cerita. Hampir 2 jam. Tambahnya lagi , dulu 3 tahun yang lepas, bila mana kolej mengalami gempa bumi yang kuat, sebab utamanya adalah tuhan tidak suka dan tidak sayang kampung kita ini. Banyak benda – benda jahat yang berkeliaran. Anasir- anasir buruk dan syaitan mungkin. Sempat juga , Fusei melukis gambar naga yang menjadi penjaga sebuah kawasan berbukit yang berdekatan dengan kampung kami.

Hujjah Fusei ,dan ceritanya ,kadang-kadang aku dengar, nak tergelak. Aku sedaya upaya menahan gelak. Bilik juniorku, didepan bilikku. Andaikatalah, mereka dengar sekali episod nakal ini, pasti ada yang pecah dari tahan gelak. Berbalik pada kisah Fusei tadi. Kadang – kadang ,ana juga mencari ruang untuk bercerita tentang islam. Sedikit mula bercerita, ” Haa, islam ..tero …” , dipotong . Walaupun belum habis cerita. Aduuh. Panas telinga… Kadang-kadang agak sukar untuk menerangkan dengan lebih lancar. Mungkin, dinding bahasa. Nasihatku , buat sahabat-sahabat di jepun, asahlah bahasa jepun antum, untuk agama. Berdakwah itu manis. Sama-sama berusaha .InsyaAllah.

Masuk jam 6 pagi, akhirnya ,ana mengeluh lega. Internet asrama mula beroperasi. Buka komputer, cari di youtube. Kisah orang jepun, masuk islam. Belum habis video lagi, Fusei menyambung kisah berkenaan ketuhanan. Peluang dan ruang, banyak dimenangi di pihaknya. Aku menganalisa. Tapi, kadang- kadang, Fusei bercakap dalam keadaan mabuk. Sake yang diminumnya mengeluarkan kesan mungkin. Lantas , ana mencari ruang untuk menamatkan segera perbincangan kami. Jenuh , edeng mendengar ! Rehlah dengan junior pun dah terlajak 2 jam. Aduh. Usrah perlu tegas dari segi masa. Namun , boleh fleksibel.

kouhai

Junior – junior, ketika tawan separuh pusingan kampung.

Kenangan manis bersama Fusei kun ,akan ana kenang sampai bila -bila. Banyak yang dapat ana pelajari. Kekurangan diri. Akan cuba diperbaiki lagi.

” Saya percaya kamu ,orang islam ada tuhan . Allah, kan … Saya pun ada tuhan. Saya juga percaya orang Kristian juga ada Tuhan. Dalam banyak – banyak tuhan, Tuhan saya lah yang jadi ketua. Tuhan – tuhan agama lain, berada di bawah tuhan saya. ” .

– Hujah Fusei kun, sewaktu kami makan bersama di dewan makan asrama.

Dalam hatiku , ” ceh.. ingat tuhan- tuhan ni, macam jaringan internet ker.. ada kabel- kabelnyer …” .

Dalam gurauan.

*****

Semoga Fusei kun, lebih dekat dan jujur dalam mengkaji ketuhanan. Ana juga sedang berusaha untuk memperbaiki diri. Moga – moga , penjagaan Allah yang terbaik buat sahabatku. Fusei .

fusei

Fusei dan penjaga naga yang dilukis.

naga

Mungkin, ini lah naga yang di maksudkan . Belakang kolej.

Orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) serta orang-orang musyrik, tidak akan terlepas (dari kepercayaan dan amalan masing-masing) sehingga datang kepada mereka bukti yang jelas nyata.

(Surah al-Bayyinah : 1) – Dari KAIZEN FATIHAH.

*****

Kampung kami , ada padang golf . Ada lapangan ski dan snowboard. Ada juga rumah orang- orang tua. Tempat perkemahan, zoo kecil , taman bunga, taman haiwan ternakan serta ladang ternakan lembu & kuda.

Pendek kata, sesuai untuk cadangan tempat program . ご検討 ,  宜しくお願いします。

Alhamdulillah dan jazakallah pada senior , atas nasihat.

*****

Melalui Email :

keje kaisya jepun nih byk gak bende yang elok yang kita boleh blaja ,tp ade gak bende yang kita patut elakkan.

日本の会社

A.Bende2 yang elok untuk di’amal’kan
1. Be puntcual,jangan lambat. Cam biasa aa, ni mesti top of the listnye kat jepun.
paling2 pon 5min awal.Kalau lambat, atau sakit( nebou ke ape ke ) renraku kat tantousha (joushi aa biasanye) cakap lambat. renraku pakai denwa.

2. Houkoku-renraku-soudan ( Hou Ren Sou, bukan ‘bayam’ ,nama spesis sayur !  )
Houkoku:
Nih pon bende asas gak kat jepun.Apa2 yang ko buat, make sure ko houkoku
kat joushi supaya dia sedar akan shinchoku ko nye keje walaupun dia tak mintak  pon ko houkoku.

tapi janganla tiap2 5 min ko gi hokoku.nanti joshi pon naik rimas dan gile.hehehe.
Contohnye aku biasa plan dulu ape nak wat arituh.pagi2 bagitau bos aku nye keikaku ( walopon dia tak tanye ). pastuh dia la yang akan bgtau cara aku btol ke..aku patut buat bende keje lain ke. atau dia akan kasi keje baru ke. bila dah petang..aku gi houkoku kekka arinih nye keje.ikutla suasana keje camner.

Renraku:nih macam kes lambat tuh aa.rujuk no 1.

Soudan: ni rujuk no 3.

3. Kalau tak paham,JANGAN MALU dan TANYA! (tak kesah le senpai ke sape ke )
biasa la bila budak baru banyak kita tak paham . so, jangan malu bertanya.tapi ada  teknik nye which are

a: pikir dulu pasal mondai tu sendiri walopon 5-10min.jangnla tak paham terus je  tanye sbb ni akan menunjukkan kita ni malas berpikir dan lemah berusaha untuk menyelesaikan mslah (mondaikaiketsuryoku ga nai).

b. kenali senpai dan pilih senpai yang senang tanye.ada org yg ko tanye malas nak jawab ataupun bagi jawapan yg tak memuaskan.tak semestinya joushi ko je ko tanye.

c: tgokla senpai tuh tgh busy ke tidak.kalo dia tgh busy gile..kikizurai ne.

d. rujuk no 4

4. (SANGAT PENTING) Jangan mudah down bile kena kritik ngan joushi ke senpai ke nihonjin.diorg mmg camtuh.

cth: bila tanye satu soklan ada kebarangkalian ko akan ditanye balik
“sonna koto mo wakannai no?anta gakkou sotsugyoushita darou?”
pergh.panas gak dengar kan?buat dek je dan telinga besar.

fahamilah psikologi jepun suke kritik gila2 kat kita.tapi sebenarnye diorg takle hebat mana pon.bile diorg wat silap, biasanya diorg akan senyap dan anggap bende tuh takde ape2.tapi kalo kita yg wat silap…huh..siap .hehehe

5.Yakinlah dengan diri sendiri.(jishin o motsu koto)
Allah dah pilih  ..maknanya Allah tahu ..So sekarang ni kita la yang kena yakin dengan diri kita sendiri.Walau apa pon org cakap, kalo kita yakin bende tuh betul,buat la sehabis baik dan setsumei sesenang yang mungkin.

6.Mulakan pagi dengan ibadah
Tak kesah le baca quran ke mathurat ke tahajjud ke..penting amalan2 pagi nih.Dia kasi kekuatan untuk menghadapi satu ari nye keje.

7.Keje dengan kualiti bukan kuantiti
Kikis sikap “tak apa”.Ko pon tau desho level jepun macam mana.kanari takai to  omou.Buat keje sehabis baik dan niatkan kerana Allah, inshallah ada keberkatan

8.Senyum dan rajin tegur (aisatsu) kat orang.
Ice breaking.Kalau dalam Islam kira kasi salam la kan.Ni supaya org senang dengan kita, mudah terima dakwah dan senang jugak nak buat keje nanti yang melibatkan org.

9.Bersedia untuk buat keje2 yang pelik
shinjin kadang2 angkat bentou,ade souji.macam kenkyu gak.

10.dah blank dah.nanti aku ingat aku msg lgik.

B:Bende2 yg patut ko jauhkan
1. Jangan jadi pak sanggup …sanggup zangyou smpai 12 malam
Sekali ko dah tunjuk kat diorg ko sanggup buat camtuh..maka diorg pon tak akan teragak2 nak kasi keje banyak2 kat ko.Kalo ko tegas nak balik ke..nak solat ke..nak cuti ke..diorg tak brani la nak kasi keje melampau banyak.

2.Jangan jadi hipokrit:pura2 busy tapi sbnarnye hima.
Nih keje tak berkat nih

*****

sinar motivasi

InsyaAllah, akan bersambung.  Jazakallah, sahabat.

Next Page »