March 2010


Yosh. Jom berusaha lagi.

Esok ,akan masuk kerja. Masuk ke alam baru. Setiap hari , perlu belajar benda baru. Alhamdulillah, proses perpindahan dari nagaoka ke koufu, berjalan dengan baik. Segala kemudahan yang Allah hadiahkan, aku panjatkan rasa penuh kesyukuran.

Esok , bersama Kameo san, kami akan berbasikal menuju ke pejabat Takata Seiko. Pekerja baru seramai 20 orang. 6 orang merupakan lepasan kolej teknikal dan selebihnya lepasan dari universiti. Petang tadi juga, kami telah diberikan sedikit briefing berkenaan perjalanan majlis kemasukan pekerja baru. Taklimat ringkas petang tadi, ditambah dengan suasana ceria pekerja baru , aku mengandaikan kami akan mudah mesra. Kameo san , merupakan sahabat jepun ku yang baru. Tinggal di bagunan atas , kediaman kami. Selesai taklimat ringkas petang tadi, aku menjemputnya ke rumah kecilku. Cukup nakal, apabila Kameo san , sesat jalan ketika hadir untuk taklimat.

Selesai taklimat , dan pulang ke kediaman kami, Kameo san meminta diri untuk ke bandar. Katanya beli basikal baru. Aku telah punyai sebuah basikal tua. Esok, kami berdua akan berbasikal tua.

Kenangan lama, sewaktu aku dan jiranku ,Lutfi berbasikal tua menghadiri kelas tuisyen, cukup nakal. Basikal tua, datuknya. Kini ,zaman berubah. Masyarakat kita rata-ratanya melihat kejayaan seseorang dengan kereta yang mereka miliki ..betul atau tidak ..? Tepuk dada, tanya iman. Esok , aku dan Kameo san akan berbangga dengan basikal tua kami.

Basikal tua , orang muda. Perjalanan kembara. Belajar perlu setiap masa. Apa yang kamu fikir, mencorakkan apa yang kamu pandang. Rendahkan diri, rajinkan bertanya. Mesrakan diri , tidak mudah berputus asa.

Selamat berusaha, buat sahabat-sahabat dalam setiap bidang.

sakura

Kedatangan di koufu, disambut dengan keindahan alam. Minggu sakura kembang. Alam berzikir , adakah aku masih lagi lupa bertasbih ..

rumah

Bangunan putih, kediaman kecilku. Bersebelahan dengan ladang buah. Kata Kameo san, macam ladang anggur. Semangat tanaman membuahkan hasil . Erti hidup pada memberi.

maizuru jyou

Istana lama jepun. Hikayat Takeda Samurai . Bersebelahan dengan koufu eki. Ada kisah yang cukup menarik. Ada peluang, akan cuba dikongsi di lain masa.

Esok :

8:00  berkumpul semua pekerja baru

8:00 ~ 8:10 pengenalan pekerja baru

8:10 ~ 8:25 ucapan ringkas dari pengarah syarikat

8:25 ~ 8:27 ucapan dari senior lama

8:27 ~ 8:30 ucapan dari wakil pekerja baru

8: 30 bergambar

Mula kursus selama hampir 2 minggu. Hari-hari yang tegas dengan masa. Hari- hari yang cukup bermakna.

Dengan lafaz bismillah, moga hari esok lebih baik dari hari ini. Moga hari ini, lebih baik dari semalam. InsyaAllah.

Advertisements

” Bila kita tidak mampu buat banyak kebaikan, mulakan dari kebaikan yang kecik-kecik. Teruskan buat yang kecik-kecik ,lama-lama datang rasa nak buat yang besar. Dari asas, akan terbina binaan yang kukuh. ”

Jom solat dhuha selalu. Selagi ada peluang . Selagi kita diberi ruang. Selagi Allah pinjamkan dunia ini untuk kita.

Sebuah doa waktu dhuha yang cukup manis dan lembut  :

” Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu dhuha-Mu, keindahan itu ialah keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu, dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika rezekiku di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar dipermudahkanlah, jika haram, sucikanlah, jika masih jauh, dekatkanlah berkat waktu Dhuha-Mu, keagunganMu, keindahanMu, kekuatanMu, dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh. “

Sabda Rasulullah saw, diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a :

” Sesiapa yang mengerjakan solat Dhuha, akan diampun dosanya oleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih lautan. ”

Ada ruang, ada peluang, jom sahabat-sahabat kita berlumba solat dhuha..

InsyaAllah.

Wanita yang solehah tersenyum dalam kesusahan,

Mendapat kekuatan melalui doa,

menenangkan hati melalui istighfar,

Dan mendidik diri melalui solat yang khusyu’ ,

Susah itu tarbiyah ,

sabar itu indah.

-sumber dari sebuah blog sahabat.

anak soleh

sumber gambar anak solehah

Berharap agar lebih ramai lagi , yang mampu mengusahakan usaha seperti ini.

Juga satu usaha dakwah yang cukup kreatif daripada sahabat di bumi anbiya’.

Assalamualaikum wbt.

sakura

Salam tamat belajar.

A journey of a thousand miles must begin with a single step.

Lao Tzu

Alhamdulillah.

Esok , 19 hb 3 ; insyaAllah ana akan menghadiri majlis graduasi. InsyaAllah, bercadang untuk memulakan langkah baru. Azam untuk cari lebih banyak perubahan pada diri dan berusaha untuk beramal pada ” erti hidup pada memberi . ” Semangat dan keazaman Ustaz Hasrizal banyak beri motivasi.

sahabat

sahabat ana , pada majlis graduasinya

Berazam untuk memulakan perjalanan baru dengan ikhlas dan lebih tegas. InsyaAllah.

Al- Imam Asy Syahid Hasan Al-Banna berkata :

Yang saya maksudkan dengan ikhlas ialah setiap muslim mestilah mengharapkan keredhaan Allah dan ganjaran pahala dari-Nya. Semua perkataan, amalan dan jihad tidak memandang kepada sebarang keuntungan, kemegahan, gelaran, kedudukan terkemuka atau mundur. Dengan itu beliau menjadi tentera fikrah dan aqidah, bukan tentera yang mengejar sesuatu atau kepentingan.

Kaizen Fatihah, Kaizen Diri

Pesanan dari sahabat jauh.

sahabat dunia akhirat

akhi musab yang ana kasihi

Buat diri…

1. Ya Akhi ( duhai saudaraku yang dikasihi ) ,

Islahun-nafs ( proses pembaikan diri ) yang kamu cari tidak ada jalan ke arahnya kecuali satu sahaja, iaitu jalan qudwah hasanah ( contoh teladan yang baik ) yang bersambung dengan Allah, yang mendapat bekalan langsung daripada limpah kurnia-Nya.

Qudwah hasanah ( akhlak yang baik ) itu tidak lain daripada bangun malam, qiam dan bermunajat di kala gelita.

Tidakkah kamu membaca al-Quran dan mendengar firman Tuhan yang bermaksud:

“Wahai orang yang berselimut!. Bangunlah sembahyang Tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), Iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu, Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah Al-Quran dengan “Tartil”.  ( Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya). Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya. (Al-Muzzammil: 1)
2. Ya Akhi,

Orang yang tidak mempunyai sesuatu tidak akan dapat memberikannya.

Hati yang terputus hubungannya dengan Allah, bagaimana mampu memimpin manusia ke arah-Nya. Peniaga yang tidak punya modal, dari mana keuntungan hendak diraih?

Guru yang tidak mengetahui manhajnya, apa cara dia akan mengajar muridnya?

Orang yang tidak mampu memimpin dirinya, bagaimana dia akan memimpin orang lain?

Maka tahukah kamu betapa berhajatnya kamu kepada jihad jenis ini? Sekiranya kamu dapat membawa orang-orang yang berjanji dengan kamu untuk beramal melakukan perkara ini, maka itulah sebenarnya kejayaan. Tiada lagi kejayaan selain itu.

Sesungguhnya sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. adalah rahib-rahib di waktu malam dan penunggang kuda di waktu siang. Adakah kamu lihat mereka hanya memiliki salah satu daripada sifat itu sahaja ?
3. Ya Akhi,

Berusahalah sedaya mampu untuk menggali perbendaharaan Ilahi di waktu malam supaya dapat kamu agihkan kepada saudara-saudaramu di waktu siang.

Sumber muhasabah.

Renungilah firman ALLAH SWT ini ikhwah sekalian,

“katakanlah: Kematian yang kamu jauhi akan segera menjemputmu, dan kamu akan dikembalikan pada Yang Mahu Tahu, baik yang rahsia maupun bukan, dan Dia memberitahumu (segala kebenaran mengenai) hal-hal yang kamu kerjakan!” (SurahAl-Jumu’a (62)

Setiap makhluk yang hidup pasti akan mati. sesungguhnya kematian tetap akan menjemput insan untuk kembali kepada Penciptanya.

Sejauh manapun kita cuba hindari, namun kematian akan tetap mengekori kita..semakin kita ‘lari’ semakin ‘dia’ menghampiri..

Pernahkan kita berhenti sejenak, dan bertanya pada diri kita sendiri, apa yang terjadi pada kita di malam pertama ketika kita meninggal?

Apa yang telah kita persiapkan untuk kematian—sesuatu yang pasti datang kepada kita? Apakah kita akan berada di tempat yang baik ataukah di tempat yang buruk? Seberapa sering kita mengingat mati? Fikirkanlah sejenak, saat dimana tubuh kita dimandikan dan akan segera dikuburkan.

Pernahkah kita memikirkan saat dimana orang-orang membawa tubuh kita ke pekuburan? Dan ketika semua keluarga kita menangis.

Pernahkah kita memikirkan saat tubuh kita diletakkan di dalam liang lahad? Semuanya gelap, dan hanya tanah dan tanah belaka.

Di saat itu, kita sedar kita sendirian. Tak ada orang lain, dan semuanya begitu sempit. Tulang-tulang kita bahkan saling berdesakkan.terasa begitu sempit sekali..

Mungkin saat itu kita tengah menyesali semua perbuatan buruk kita di dunia. Kita mungkin baru menyesali akhlak kita terhadap orang tua kita, kita menyesal mengapa kita tidak menginfakkan diri kita untuk terus BERJUANG dan BERJIHAD meneruskan amanah yang diwariskan para Anbiya’.

Pada masa itu tidak ada perhiasan yang yang menemani kita.. Yang ada hanya semua perbuatan kita.

Ikhwah Sekalian,

Dan ketika kita ditinggalkan bersendirian, mungkin kita ingin berteriak dan menyeru semua orang agar jangan pergi dari kuburan kita. Tapi kita tak bisa mendengar. Kita mendengar langkah kaki mereka menjauhi kita. Dan kemudian, di situlah kita berada, rumah masa depan kita yang pasti akan kita tempati.

Ingatlah Ikhwah sekalian umur kita semakin bertambah dan jangka masa hidup kita semakin berkurang.
kubur

Demi umurku, yang sudah 22 tahun…

*****

Syukran jaziilan dan jazakallah atas taujihat.

Lembut benar, nasihatmu ,seniorku.

Next Page »