January 2010


Alhamdulillah , dikesempatan ini ,suka untuk ana kongsikan bersama semua pembaca dan tetamu yang dirahmati Allah, sebuah artikel pelembut jiwa.

Juga khas buat adik-adikku , ketiga-tiga Raihan ; Raihan Asyikin, Raihan Afifah dan Raihan Alyaa. Semoga terus tabah dan beroleh sesuatu yang bermanafaat sebagai bekalan kita bersama. InsyaAllah.

*****

“Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan ‘dia’ yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui…”

InsyaAllah. Jemput sahabat-sahabat baca artikel asalnya. Disini.

Advertisements

Nota kuliyah dan tambahan dari sahabat-sahabat :

* h  : Ikhlas, output dari fahmu

* i  : Pemahaman yang benar sahaja, dapat membantu mewujudkan amal yang benar, dan dapat memelihara seseorang itu dari tergelincir

* i : Orang ikhlas yang beramal, tetapi tidak memiliki pemahaman yang benar dan tidak mampu menempatkan sesuatu pada tempatnya, boleh tersesat jauh dari kebenaran.

* l : Maraatib/lapisan-lapisan :

1) Individu
2) Keluarga
3) Masyarakat
4) Negara
5) Kerajaan islam
6) Kesatuan kerajaan2 islam
7) Khalifah islam

* n : dan bila berpeluang untuk amal kat peringkat2 lain, kena join setakat mampu, tak boleh kata “aku belum jadi individu muslim yang mantap, jadi tak nak tolong bahagian yang lain dulu”

* h : saya teringat maksud jihad secara bahasa, yang dikupas sheikh anwar awlaki. maksudnya bersungguh2. boleh jadi berjihad di jalan syaitan. boleh jadi berjihad di jalan Allah. dua2 pun dipanggil jihad,dari segi bahasa.

Speaker sempat juga memberi satu quote :

” Tiada alasan sebenarnya bagi kita untuk tidak berjihad dalam sehari-hari. “

Allah
Cabang-cabang dan dahan-dahan jihad :

1)semangat cintakan kemuliaan islam
2)kefahaman konsisten yg sentiasa berfikir dan berusaha meneroka kekuatan2 baru utk islam
3)korbankan waktu dan harta utk bangunkan islam dan bantu muslim
4)amar maaruf, nahi mungkar
5)tentang yg mengingkari agama dan memusuhi mereka yg memusuhi islam
6)menjadi tentera Allah,mewakaf harta dan jiwa utk islam
7)bangunkan keadilan utk umat manusia
8)jika tak mampu semua, perlu kasihi org2 yg berjihad

Allah

Cuaca sejuk

Cuaca sejuk di nagaoka seperti biasa. Sekarang juga , baru saja balik dari bermain ski dan snowboard anjuran pihak kolej selama sehari. Biasa saja perasaannya. Kadang-kadang terasa kosong. Kehidupan..

Ketika berada di atas puncak, teringat kadang kala, maha hebat Allah yang jadikan gunung-gunung tidak bertiang. Megah. Suatu ketika nanti, Allah akan hancur leburkan binaannya. Berkecai dan berderai-derai . Maha benar Allah dalam firmanNya. Yakinlah sahabat-sahabat dan diriku, nescaya jika kita bermujahadah menjaga hak-hak Allah, akan pasti Allah akan menjaga hak-hak kita dengan lebih lagi.

Salji dan Banjir

Tahun ini merupakan tahun yang ketiga di nagaoka. Kadang-kadang tidak tahan sejuk. Bila agaknya ,salji akan berhenti. Salji ini umpama banjir. Banjir itu ibarat salji. Ada betul dan ada salahnya.

Setelah pulang ke kolej dan selesai solat isyak, sempat ana basuh karat di hati dengan beberapa kuliyah. Hadiah dari junior.

Nikmat iman ,rasanya bagaimana ? Kuliyah yang cukup menyentuh berkenaan nikmat iman dan islam.

Ingin aku ajak semua sahabat-sahabat pembaca untuk mengambil manfaat sebanyak mungkin.

” Kenapa saya pilih Masjid dan saya Tinggal Salib . ” Dulu, pernah baca dan dengar kisah ini. Sekarang dapat tengok secara terus dari youtube. MasyaAllah. Paderi yang menerima NUR dan berkongsi hidayah. Kini, pendakwah berjaya dunia akhirat.

Kuliyah 1.

Kuliyah 2.

Kuliyah 3.

Ana teringat pesan dari seorang ustaz nazrul, jika tidak mampu jadi orang agama, usahalah jadi orang yang beragama. Ingin, aku tanamkan keazaman untuk melatih diri dan keluarga serta sahabat-sahabatku jadi golongan yang beragama. Nikmat islam dan nikmat iman itu. Selamanya akan aku cuba hayati.


Salam selamat berjuang lagi. Paksa diri .

Taubat nasuha untuk hari esok dan minggu ini .Moga minggu ini lebih cemerlang dari minggu lepas.

Dengarkan juga dari pelajar sekolah pesantren al-Junied di Singapura.Zikir. Islam megah dimana-mana.

TAHI BERCAMPUR AIR KENCING

Perkongsian Oleh Mohd Dzul Khairi Mohd Noor

Seseorang dibawa ke tandas. Lalu kepalanya dimasukkan ke dalam tandas dan diflash. Apabila diangkat kepalanya, penuh dengan kekotoran dan bau busuk yang amat. Rupanya kelihatan buruk sekali dan baunya bengit. Saya menutup hidung.

Busuknya busuk sekali. Kemudian seorang yang lain dibaringkan dan tangannya diikat. Kakinya dirantai. Lalu seorang yang berupa bengis menuangkan air panas lalu dituangkan ke dalam matanya. Menggelepar ia. Matanya hancur menahan panas air. Ia meronta-ronta cuba membebaskan diri namun tangannya diikat kuat.

Lalu seseorang yang lain dibawa ke tengah-tengah khalayak. Ia dibentak dan diterajang. Terdengar suara berkata, “Bawalah Abu Jahal itu ke tengah-tengah khalayak. Tuangkan air panas ke atas kepalanya.”

“Guru, saya seorang pencinta maksiat. Layakkah saya menginap syurga yang indah?” Guru terdiam. Seorang pencinta maksiat mahu masuk ke syurga? “Anakku, syurga hanya tempat orang yang mencintai akhirat dan takutkan azab seksa.”

Seorang murabbi yang bergelumang dalam tarbiah. Ia boleh masuk ke neraka apabila ia berasa kagum dengan kejayaannya. Kata guru, “Kamu sebagai murabbi, sebelah kakimu dalam neraka dan sebelah kakimu di syurga. Namun peluang kamu ke neraka lebih luas kerana kamu terdedah dengan rasa sombong dan ujub.

Seorang yang bertaubat boleh terdedah kepada dosa. Kata guru, “Dalam bertaubat, mengingati dosa yang kamu lakukan, air mata yang mengalir, tiba-tiba kamu terasa nikmat dosa.” Saya kurang memahami, bahkan tidak memahami. Guru menjelaskan, “Kamu teringatkan dosa, lalu kamu terasa nikmatnya dan indahnya dosa itu. Lalu Iblis mencampakkan rasa cinta kepada maksiat lalu taubatmu tidak berguna.”

“Apa tujuan kamu?” Saya bertanyakan adik-adik usrah saya. “Apa tujuan kamu melakukan program PMI?” Adik-adik usrah saya menjawab, “Kami melakukan program untuk melonjakkan nama PMI dan menjayakan misi kepimpinan.” Saya menggeleng-geleng kepala.

“Alangkah rendahnya impian kamu, adik-adikku. Sepatutnya tujuan kamu melaksanakan program adalah kerana kamu ingin mengajak yang lain mencintai syurga dan merinduinya.”

Kawan saya seorang motivator berjumpa saya. Saya bertanya, “Apa tujuan anta membuat program motivasi?” Ia menjawab, “Meningkatkan kekuatan emosi dan memberikan keyakinan.”

Saya turut menggeleng-geleng kepala. Impiannya juga rendah. “Akhi, sepatutnya program motivasi dibuat agar dirinya semakin bersemangat untuk melakukan amal ibadah dan berasa benci dengan kegiatan dosa.”

Ramai yang bercinta. Namun tidak meletakkan matlamat yang tinggi dalam bercinta. Cinta mereka hanyalah, agar dapat mereka membina rumah tangga yang bahagia. Sedangkan saya ingin berpesan kepada semua, “Bercinta adalah untuk memastikan pasangan kamu bersedia dengan bekal Iman yang tinggi dan bersedia untuk berkahwin dengan akhirat sebelum berkahwin dengan kamu.”

Maka pasangan yang bercinta itu, jika mereka berkahwin dengan akhirat, maka mereka bertambah seronok bertahajud. Mereka akan tambah gembiar membaca al-Quran. Mereka akan tambah ghairah berzikir kepada Allah.

Maka hantaran kahwin mereka adalah zikir kepada Allah. Bukan hantaran mereka mashaf al-Quran, tetapi mereka sendiri adalah al-Quran. Orang yang menghadiahkan al-Quran, mereka hanya memberikan mashaf namun ramai yang tidak berusaha menjadikan dirinya al-Quran yang bergerak.

Seorang naqib yang berjaya, setiap kali kakinya melangkah ke usrah, ia akan berdoa dan berdialog dalam diri, “Ya Allah, aku melaksanakan usrah agar kami akan bertambah cinta kepada-Mu ya Allah.” Cinta kepada perjuangan adalah konsep yang sempit. Ini kerana ramai yang cinta dengan perjuangan tetapi bibirnya malas sekali berzikir. Hatinya gelap daripada bertafakur. Ia hanya cinta kepada perjuangan bukannya Tuhan kepada perjuangan.

Lalu apabila saya berhadapan dengan masalah, saya ada pesan kepada diri saya. Saya sebutkan kepada rakan seusrah, “Jika saya berhadapan dengan masalah, saya tau bahawa itu bermakna saya bermasalah dengan Allah.”

Orang yang bermasalah dengan Allah, akan bermasalah dengan manusia.

“Kenapa begitu Bang Zul?” Adik saya bertanya. “Ini kerana Allah benci kepada pelaku maksiat. Maka seluruh makhluk akan turut membencinya.”

Tahi yang bercampur dengan air kencing. Itulah hidangan ahli neraka.