April 2010


SESUNGGUHNYA KEJAYAAN ITU BUKANLAH SEBUAH DESTINASI, BAHKAN IA ADALAH SEBUAH PERJALANAN. TEMPUHILAH SETIAP HARI DENGAN BELAJAR DAN MEMBERI KERANA ITULAH KEJAYAAN HIDUP SEORANG HAMBA – saifulislam.com.

Tulisan Kaunselor Ustaz Hasrizal.

Sesungguhnya nilai sesuatu sering kita abaikan. Sehinggalah ia hilang dari genggaman, baru kita tersedar akan kehilangannya. Ya Allah, janganlah Kau biarkan kami alpa tentang nilai hidup ini, hingga hanya mampu tercelik selepas mati, bahawa tiada lagi peluang amal. Tiada lagi peluang menyelamatkan diri…

Jangan seksa jiwa dan hatimu. Dia merintih mahu pulang dari perantauan di dunia yang melekakan ini. Bawalah hati kita kembali ke asalnya. Asalnya yang sentiasa `dekat’ dengan Allah…

Kembalilah!

ABU SAIF @ http://www.saifulislam.com
68000 AMPANG

*****

Lembut benar nasihat ustaz. Laman wajib, sumber motivasi ana. Rasanya kisah diatas adalah kisah ulang semula oleh al-fadhil ustaz. Tapi, memang benar tazkirah itu , satu peringatan. Di ulang untuk lebih diingati. Ditambah hujungnya dengan doa lembut dari ustaz. Semoga hidup kami untuk islam, insyaAllah.

Semoga keberkatan mengiringi hidup ustaz sekeluarga dan tidak jemu-jemu memberi kepada kami, anak-anak didik jauh.

Tulisan Ustaz Idris yang memberi motivasi .

“Contohnya, dalam bekerja mungkin kita ingin agar usaha kita yang bersungguh-sungguh, berkualiti, terbaik dan sebagainya dilihat dan dinilai oleh Bos di tempat kerja kita.Mungkin hasil penilaian akan menyebabkan kita dinaikkan pangkat dan sebagainya. Tetapi mungkin tidak semua kerja kita yang berkualiti tadi dilihat oleh Bos kita kerana dia hanya seorang manusia. Malaikat tidak pernah lalai dalam mencatit amalan baik kita,” tambah Sadik lagi.

“Wah, ini menjadi motivasi mukmin dalam beramal. Walaupun mungkin kecil amalan tersebut, disebabkan kita optimis malaikat tidak pernah lepas untuk mencatit, maka kita akan termotivasi untuk terus melakukan amal soleh dengan istiqamah,” fikir Ustaz Idris.

1. Mulakan dengan ‘ Bismillah’

2. Banyakkan selawat.

3. Syukur selalu pada rezeki Allah.

Beberapa nasihat dari sahabat-sahabat ,

1

“andai perjuangan itu mudah,pasti ramai yang menyertainya. andai perjuangan itu menjanjikan kesenangan di dunia sahaja,pasti ramai yang tertarik padanya..tapi hakikat perjuangan bukan begitu,turun naiknya,sakit pedihnya,umpama kemanisan tak terhingga… Andai rebah,bangkit lah semula..Andai terluka,ingatlah janjiNYA..Selamat bermujahadah dan berjuang buat semua…”

2

tingkatkan amalan sunat.sebelum tidur luangkan masa sedikit untuk buat solat witir dan baca al mulk

Alhamdulillah , sedang berada dalam komuniti baru. Suasana bekerja. Kadang- kadang lalai juga dengan tanggunjawab yang ada di sekeliling. Masih tidak tegas lagi dengan pembentukan diri. Selalu juga tertinggal dengan perkembangan semasa. Baik di dunia islam dan tanah air.

Syukur kepada Allah, dikurniakan sahabat-sahabat jepun yang cukup peramah. Ana juga sudah ada pelajar jepun yang sedang menuntut bahasa malaysia. Sama-sama kami belajar. Saling bertukar-tukar bahasa.

Bekerja tidak sama dengan belajar. Namun, asas bekerja adalah belajar.

Sama-sama berusaha membaiki diri , mencari keseronokan dalam belajar dan bekerja. Didik diri dan sahabat-sahabat dalam jatuh dan bangun kehidupan.

* Semalam , join satu meeting biro ipij , tertidur selepas taaruf. Bangun pagi, baca semula perjalanan meeting di skype. Ana masih perlu belajar banyak lagi dari kesungguhan adik-adik dan sahabat-sahabat. Syukran banyak-banyak.

Matlamat utama persiapan pemuda pemudi Islam hari ini ialah untuk melaksanakan matlamat tercapainya qawamah (penguasaan) Islam terhadap masyarakat dan dunia.

Perkara ini memerlukan para pemuda pemudi Islam bagi memindahkan pimpinan umat dari tangan jahilliyah kepada pemikiran, perundangan dan akhlak Islam.
Menurut Al Marhum as-Syeikh Dr Fathi Yakan, pada hakikatnya usia muda seorang pemuda pemudi ialah Usia yang penuh dengan cita-cita yang tinggi, Usia yang mengalir darah yang gemuruh, Usia yang tinggi idealisme yang luas, Usia yang memberi pengorbanan dan Usia yang menabur jasa.

Menurut Syeikh Dr Yusuf Al-Qardawi pula, tanda-tanda pemuda pemudi Islam yang unggul itu adalah suatu generasi yang mempunyai sifat-sifat yang dinyatakan dengan jelas bagi sesiapa yang membaca Al-Quran atau mempelajari sunnah Nabawiyyah.

Di antara sifat-sifat unik generasi ini adalah,Pemuda adalah Generasi yang percaya kepada realiti dan ilmu, Generasi amal dan membina jama’iy, Generasi rabbani dan ikhlas, Generasi yang bernasabkan Islam, Generasi da’awah dan jihad, Generasi dagang dan hidup bersama orang ramai, Generasi gagah dan agung dan Generasi seimbang dan sederhana.

Manakala menurut Syeikh Mohammad Ahmad ar-Rasyid, terdapat beberapa kesilapan dan fitnah kehidupan yang perlu diberi perhatian wajar oleh para pemuda pemudi Islam. Ini adalah kerana kita sentiasa terdedah kepada pelbagai tekanan luaran dan peristiwa yang mempengaruhi secara beransur-ansur keatas iman terhadap amal dan da’awah.

Beberapa langkah bagi meningkatkan kecemerlangan pemuda pemudi Islam bagi mencapai qawamah (penguasaan) Islam terhadap diri, keluarga, masyarakat dan dunia ialah, kita perlu Kenalpasti tahap kemampuan ada yang sebenar, Beri tumpuan kepada kekuatan-kekuatan ada, Tanamkan rasa percaya kepada diri sendiri, Sediakan diri anda untuk menjadi orang yang terbaik , Ambil pelajaran daripada kesilapan yang telah anda lakukan , Belajar menerima teguran yang membina, Perakui kejayaan anda, sentiasalah merendah diri, Terus memperluaskan pengetahuan dan pemikiran ada dan yang paling penting Bersyukur kepada ALLAH SWT di atas apa yang diberikanNya.

InsyaALLAH dengan kita memahami dan menghayati saranan di atas semoga kita dapat menjadi insan yang mulia, mempunyai sifat mahmudah dan kembali ke jalan yang benar, apa-apa yang baik itu datang dari ALLAH SWT dan yang buruk itu datangnya dari kejahilan kita sendiri, semoga ALLAH SWT memberi keizinan dan kekuatan untuk kita meneruskan perjuangan ini dengan satu tekad, azam dan iltizam yang baru..

senior

Melihat kepada pakaian yang dipakai oleh senior ana sahaja, sudah cukup untuk memberi teladan.

Senior yang cukup ana sayangi, ketika berada di Sana’a, bumi Yaman.

*****

Nasihat diatas merupakan tulisan dari seorang senior, yang cukup ana sayangi di jalan Allah. Berada di tempat orang, kadang-kadang kita akan terbawa dengan suasana. Baik pemakaian , baik perubahan kata-kata, suasana alam pergaulan dan sebagainya. Qudwah iaitu teladan yang baik dan Quwwah ,iaitu kekuatan pada diri , merupakan kunci kepada pemuda pemudi islam. Terus maju ke hadapan, tidak akan mudah mengalah untuk terus memperbaiki diri, sedia untuk ditegur , cekal membina diri , rendahkan hati mengadu pada Allah.

Bagaimana qiyamku ..Bagaimana bangun malam ku..



イノベーションとは古いものに新しいものを結び付けること。

Inovasi / Proses pengislahan kebaikan / Kemajuan merupakan hasil gabungan suatu benda

yang lama dan baru.

Pengalaman .

Kemahiran.

Pengurusan.

Belajar dari kesalahan.

Terus berusaha.

Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan selain Mu ; Engkau yang menciptakan dan aku abdi-Mu, dan aku berada dalam perjanjian dengan-Mu , ikrar kepada- Mu, ( yang akan aku laksanakan dengan ) segala kemampuanku; dan aku berlindung kepada-Mu, dari kejahatan apa-apa yang telah aku lakukan; aku mengakui ( dengan sebenar-benarnya ) nikmat-Mu kepadaku ; dan aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku, kerana tidak ada yang akan mengampuni dosa-doa, kecuali Engkau.

– Doa yang cukup dalam , aku petik dari naskhah kecil ,al -Mathurat. Moga jadi peringatan buat diriku, dan sahabat-sahabat.