November 2009


sahabat dunia akhirat

Saudara Azzam dan sahabat-sahabat

” Tanpa rasa penat jemu, teruskan perjuanganmu . ” – Sebuah kata-kata hikmah dari seniorku .

Pesan seniorku lagi :

Saya sertakan tiga cadangan untuk bekalan buat kita sebagai generasi penerus perjuangan Islam :

1 Kita sebagai generasi muda perlulah sentiasa meningkatkan kualiti ruhiah kita untuk menjadi bekalan diri kita agar kita dapat mendidik generasi berikutnya.  – Hubungan dengan Allah.

2 Ketika kita melihat umat yang semakin menyimpang dari Islam, kita sebagai pemuda mesti melakukan perubahan atas perkara tersebut dengan kesungguhan dan istiqamah. – Kemanisan Istiqomah.

3 Seorang pemuda itu harus mempunyai idealisme tinggi, berjiwa besar dan berani melakukan perubahan dimulai dari diri, keluarga dan masyarakat. – Positif dan tegas.

4 Pemuda sebagai dai’e yang terbaik, kita adalah dai’e, ini kerana semenjak kita lahir kita sudah punyai kewajiban untuk menjadi dai’e, yakni menyeru manusia kearah kebaikan dan mencegah manusia dari melakukan kemungkaran. – Amar ma’ruf dan nahi munkar.

Advertisements

Salam kajian

Golongan antiCrist lebih hebat daripada golongan yahudi – Zionist. Aku membuat kesimpulan setelah mendengar talk daripada Dr Azzam Tamimi di Tokyo , cuti musim panas yang lepas.

Kini, aku cuba berdamping dengan kajian berkenaan siapa itu FreeMason , dan gerakan Iluminasasi. Licik benar musuh. Aku cukup tertarik dengan kajian seorang senior dalam mendedah kelicikan strategi mereka. Gerakan mereka cukup hebat. Menelaah usaha mereka cukup mencuri masa.

Aku mencabar diri untuk lebih mengkaji tindak tanduk mereka. Supaya dapat aku lebih kenal siapa MUSUH !

Semoga Allah membuka jalan kepada usaha seniorku dalam membongkar lagi.

sahabat

Kembara di Yokohama , 2 tahun yang lalu

Ali- ‘Imra 3 : 14

Al-An’am 6 : 32

Pesan dari sahabat dunia akhiratku :

” Jadilah da’ie yang mencari perjuangan, bukan perjuangan yang mecari da’ie . “

” Dakwah bukan sebahagian dari aku. Tapi aku adalah dakwah dan dakwah adalah aku. “

” Pertemuan kita kerana perjuangan. Dan kerana perjuangan kita bertemu. “

” Perjuangan memerlukan jiwa-jiwa yang besar. Jadilah pejuang yang besar jiwanya. “

” Perjuangan juga memerlukan sokongan, dan sokongan yang paling ampuh dan kukuh adalah dari isteri yang solehah. “

” Perkahwinan jangan nampak mudah. Sungguh, tidak senang. ” – Aku mendalami maksud kiasan ini.

Jazakallah teman.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamarfiratuh wa ridhwaanuh.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Alhamdulillah ,aku masih lagi berpeluang untuk menulis. Salah satu nikmat dari Allah swt.

Marhalah Kerja

Hampir 5 bulan saja lagi, aku akan tamat pengajian di kolej teknikal. Seterusnya akan masuk marhalah baru. Marhalah kerja. Peringkat atau alam pekerjaan. Dari sekarang ,aku perlu lebih jelas untuk pandang ke depan.

Sebagai manusia , aku kadangkala lemah. Tidak gagah selalu. Namun, aku suka untuk mengambil teladan sirah sebagai pengajaran. Mengimbas kisah-kisah perjuangan. Mengenang saat berjuang bersama teman-teman. Kadang-kadang aku juga takut dan bimbang, bila persoalan ” benarkah aku sedang berjuang ? ” , aku ajukan buat diriku sendiri.

Nikmat Allah tidak terhitung

Bulan lepas, aku sempat ke Nagano. Perjalanan pulang dari Nagano ke Nagaoka memakan masa hampir 5 jam, jika laluan dengan train diguna. Tiba di Stesyen Keretaapi Nagaoka untuk ke kolej, aku memilih untuk naik bas.Aku memilih sudut di kerusi yang paling belakang. Didalam bas, ada sesuatu pengajaran yang cukup mendidik diriku.

Di saat aku sedang berfikir ,merancang dan mengatur perjalanan masa depanku ,aku dapat melihat sebuah keluarga yang bahagia di satu sudut bas tersebut. Seorang ibu berbangsa jepun dan 2 orang anak kecil perempuan. Sangat comel.

Melihat kerenah mereka ,aku teringat keluargaku. Si anak bertanya sesuatu, si ibu lekas membalas. Aku membaca pertuturan mereka. Sekalipun tidak faham. Aku cuba memahami. Benar nikmat Allah itu luas ! Kasih sayang Allah itu agung ,tak terkira.

Anak- anak kecil perempuan yang comel itu berbahasa dengan bahasa isyarat. Si ibu membalas dengan kasih sayang. Air mata ku menitis. Aku hambaMu yang hina ,duhai Allah. Aku seringkali mencari kelemahan kasih sayang Mu.Pimpinlah aku ,duhai Allah.

Ketika Ramadhan, klip video INI kerap jadi teman tarbiyahku. Tapi, selepas Ramadhan berlabuh, Allah hadiahkan aku pengalaman yang cukup bermakna.

AKAN KUSYUKURI NIKMATMU SELALU,DUHAI ALLAH.