Syukur.

Alhamdulillah.Masih diberi peluang untuk berkongsi.Hari ini, diberi nikmat lagi oleh Allah untuk menghadiri Konvensyen Tarbiyah Anak Muda Kelantan 1433H,bertempat di PUTIK,Pengkalan Chepa.Program selama 2 hari yang berlansung mengariskan 5 objektif utama;

1. Memahami tanggunjawab dan peranan sebagai pendokong gerakan islam.

2. Memahami seni operasi kerja islam semasa menghadapi pihak lawan

3. Membina hubungan 2 hala mantap antara pimpinan dan pelapis pimpinan

4. Meningkatkan semangat juang dan kesedaran tinggi

5. Menghimpun idea atau muhasabah terhadap tindakan yang telah dan akan dilaksanakan

Aku sempat menghadiri hari yang ke-dua sahaja.Hari pertama,akibat kekangan kerja,aku tidak dapat turut serta. Tidak menghadirkan diri pada hari pertama,menyebabkan aku tidak dapat bertemu dengan Murabbi Hj Yahya Othman.Hanya dapat melihat namanya sahaja pada senarai atucara majlis.Murabbi Hj Yahya Othman,merupakan individu sebaris dengan Tok Guru,bagi PAS.

Jatuh hati dengan gerakan islam PKS.

Pagi ke-dua,Sabtu;aku hadir dan terus mendaftar. Program dimulai dengan Sesi 1,pengisian dari Tetamu Partai Keadilan Sejahtera,Indonesia; Pak Wibawo. Sesi 1 bertajuk ; Kita dan gerakan islam global,menghadapi cabaran masa kini. Pengisiannya padat dengan istilah-istilah tarbiyah. Banyak perkataan baru juga aku pelajari. Pelbagai video turut ditayangkan. Gerak dan hala tuju PKS. Strategi tarbiyah, kemahiran leadership dan konsep qiyadah di pelbagai peringkat juga diberi gambaran.

PKS diberi amanah di Indonesia.PAS diberi amanah di Malaysia.

Antara perkara menarik yang dikongsi,adalah kekuasaan atau dengan kata lain,kemenangan politik ; perlu disokong oleh sumber ekonomi yang utuh.Ekonomi pula disokong dengan asas sosial dan pendidikan yang kukuh.Ertinya, kestabilan sosial dan kesedaran perlu sentiasa di beri kepada semua,dan digiatkan dengan pelbagai platform.

Ekonomi Turki,kebangkitan keadilan islam.

Jika PKS,di Indonesia untuk PEMILU 2014, jika PAS/PR di Malaysia untuk PRU 2013 ;matlamatnya sama iaitu memenangkan kebenaran dan keadilan.Hari ini,kita dapat melihat bukti bila PR mentadbir beberapa buah negeri,dan ekonomi negeri-negeri terbabit naik mendadak.Hal ini,membuktikan bahawa sebagai anak muda,aku tidak akan teragak-agak untuk menyokong PR.Memberi sokongan untuk PR. Di turki, sebelum AKP mengambil alih leadership , tukaran LIRA berbanding DOLAR sangatlah rendah.Tapi hari ini,nilai LIRA semakin meningkat.Ini bukti jelas,dengan konsep keadilan islam yang diterapkan oleh AKP,ia memberi kemajuan.Benar,islam adalah rahmat untuk segenap alam.

Sesi soalan terbuka.

Dengan tema konvensyen untuk anak muda,banyakn soalan dari golongan remaja dan warga kampus berkisar tentang taadud jemaah. Jawapan dari Pak Wibawo cukup baik dan bersikap terbuka tetapi berteraskan prinsip yang kukuh. Kita hendaklah sama-sama saling berlapang dada.Hanya perlaksanaan kita sahaja kadang-kadang berbeza,namun matlamat kita sama untuk memenangkan islam.Pada pendapatku, andai pilihan raya jalan untuk memenangkan keadilan,maka semua kader  di pelbagai lapisan jemaah,MESTI menyatakan sokongan terhadap PAS dan PR.

Mahasiswa Indonesia, Tragedi Trisakti dan Semanggi Bridge-Kuasa Siswa.

Aku sempat menanyakan soalan pada Pak Wibawo. Melihat video tayangan rapat umum di Indonesia,suasananya cukup aman. Warga kampus juga dapat melahirkan suara dan harapan mereka dengan baik sekali di jalanan.Aku pun melontarkan pandangan, adakah di Indonesi tiada akta AUKU. Adakah kuasa siswa di sana tidak dikekang oleh FRU atau sebarang campur tangan luar? . Soalan ini dijawab dengan tayangan 2 video. Jawapan tanpa ucapan, namun bukti jelas siswa di sana lebih di tentang. Tragedi Trisakti dan Semangi Bridge pada 1998, merupakan era kebagkitan suara siswa di Indonesia. Jika kita ,pada 1998,Anwar menjadi mangsa.Namun, disebarang Indonesia, nyawa siswa dan orang awam jadi taruhan. Di youtube juga,ada diceritakan kisah tragedi ini. Bahasa yang satu,adalah bahasa keadilan.
pks

Anak muda, golongan mahasiswa;sama-sama kita bangkit.

Dengan ilmu, kita meningkatkan diri.

Apalah erti hidup…kalau tanpa teman, kawan-kawan…lebih malang kalau tanpa IMAN, tak kenal tuhan.

-Falah Azizan.

kehidupan

Teman hidup.

Teman-teman dalam hidup.

ketenangan

Tahniah kepada Naim Othman, yang baru saja selesai majlis mendirikan masjid, berteman hidup.

Semoga hidup bahagia dunia akhirat, insyaAllah.

http://falah.fotopages.com/?&page=0

Alhamdulillah, dapat jugak menulis. Sudah dekat 2 bulan bekerja di Kelantan. Rohm Wako. Berjalan kaki , lebih kurang 5 minit ke syarikat rohm. Dulu, hampir satu jam . Makan pagi pun, sedap. Berlumba-lumba semua pekerja. Rehat tengahari , makanan di beri harga separuh dari biasa.  Semoga dapat syukur selalu. Dulu, makan tengahari sekali dengan 20 orang satu batch, di jepun . Sekarang,  makan tengahari, dapat makan dengan lebih ramai pekerja-pekerja lain.

LED ROHM

Sekarang , diamanah berada di bahagian QC, LED. Dulu, waktu kerja di Jepun ; bahagian QC lah yang selalu kene balik  lewat. Hujung minggu pun, ada hari kena standby. Teringat sungguh aku pada geng baikku, Kameo kun.Kameo, seorang saja yang terpilih masuk QC. Kameo ; budak yang nakal-nakal sikit. Tapi, ulat buku jugak kadang-kadang . Dan perokok . Selalu berbasikal sekali ke syarikat. Selalu kongsi cerita pasal kamen rider. Selalu pinjam duit aku, waktu tak cukup duit . Kameo…Kameo…

Satu hari, waktu mahu pulangkan balik duit yang dipinjam , ditampalnya duit kat depan pintu rumah.

“no money, no life “. Nota yang di lekatkan sekali ngan duit.Nakal.

PERBANDINGAN

Sekarang, di tempat kerja baru, tak banyak berubah. Waktu balik kerja; lebih kurang sama. Cuma suasana kerja, lebih tenang. Bukan bermakna, masa lapang ada banyak. Selalu teringatkan syarikat dulu dan sekarang. Teman-teman dulu dan sekarang.

Dulu, hujung minggu; main futsal dengan budak-budak yamanashi university. Kadang-kadang , main futsal dengan rakan jepun. Bergabung syrikat di tokyo dan di yamanashi. Dan ada kala jugak, pi keluar pergi outlet sekali dengan kawan jepun. Ataupun, jalan-jalan hujung minggu dengan Badrul dan Shuhei kun.2 sahabat baik , jumpa di luar waktu kerja. Silaturahim, hadiah dari Allah.

Sekarang, main futsal bersama operator , technicion dan engineer-engineer kilang. Kadang-kadang keluar pergi latihan dikir barat. Satu ruang jugak untuk bergaul, kenal lebih ramai orang dan belajar bahasa kelate. Program tabiyah berjalan slow sangat. Sempat jugak pergi dengan ketua bahagian ke ceramah di Masjid Mukim Che Kok. Lepas kerja, pi dengar ceramah. Tapi, baru jah sekali. Sedang cari ruang lagi.

Hari ni, baru start cuti tahu baru. Ada rakan sekerja yang akan berhenti untuk sambung master. Banyak perkara yang boleh belajar dalam setiap hari.

QC

Rakan-rakan sekerja. Satu persahabatan.

Fastaqim.

1. Kereta Besar. Besar tangkinya untuk jalan dakwah.

2. Rumah Besar. Besar ruangnya untuk ketenangan.

3. Isteri Besar. Besar agamanya, untuk kesolehan anak-anak.

4. Harta Besar.Besar hartanya, untuk yang memerlukan.

http://redefinemuslimyouth.wordpress.com/page/2/

Sebelum mata terlena, aku akan berusaha ! Aku student sepenuh masa.

Alhamdulillah. Syukur, masih dapat meneruskan kehidupan pada hari ini. Hari-hari yang lepas, menjadi pengalaman berharga. Sekarang , akan memulakan tanggunjawab dan amanah baru sebagai seorang jurutera di Rohm Wako, Kelantan.

Setelah berusaha dengan 5 buah syarikat di Jepun, dihadiahkan Allah satu peluang kerja di sana, di sebuah syarikat yang cukup hebat. Takahata Seiko ; sebuah syarikat mekanikal. Dan sekarang, telah kembali bekerja di Kelantan, bumi sendiri. Rohm Wako Electronic ( Malaysia ), anak syarikat Rohm.Co.Ltd .Ada kebaikan dan begitu juga keburukan.

Matlamat kehidupan sekarang adalah bekerja dengan bersungguh-sungguh. Bertanyalah dengan sesiapa sekalipun. Yakin diri dan tidak sombong.Kehidupan ni, benar satu hadiah ! (Dari jurutera IndaHayati )Bagaimana kita menghargai anugerah Allah ini.. Tidak mudah..Sama-sama kita merebut setiap kelebihan kehidupan ini, yang Allah sediakan.

Suasana di jepun, persahabatan di sana, selalu jadi kayu ukur dan perbandingan. Hujan emas di negeri orang memang lebih BAIK dari hujan batu di negeri sendiri. ( Dari jurutera Zalina ) . Setiap daie, adalah jurutera yang membina manusia.

rohm

kelantan

Kota Bharu Clock Tower

Erected in 2005, it was presented
by Mr Yosuke Yoshioka, the
Chairman of Rohm-Wako, Japan in line with the co-operation
and declaration of a Twin City
between Kota Bharu (Kelantan)
and Kasaoka (Japan).

Syurga Allah mahal harganya.

http://www.suhaibwebb.com/islam-studies/the-bliss-of-paradise/

 

ustaz

“Ayat apa tadi akhi?, surah apa?”

Tanya sang murabbi dengan cerlungan mata pada peserta program.

“Ayat apa yang akhir ana cakap tadi…?” Tanya beliau dengan tegas, peserta  akan menunduk.

“Mengapa enta tak menulis semasa ana berkuliah?”  Tanya sang Murabbi dengan tatapan tajam disebalik bingkai kaca mata kepada peserta tamrin.

“Mengapa tak menulis dalam jawi?” Tanya Ustaz lagi pada seorang peserta yang duduk di barisan hadapan, teman ini pucat, lulusan kampus tempatan ini adalah produk dasar pendidikan negara yang tidak bersahabat dengan tulisan jawi.

“Ana sayangkan antum semua ini, antum semua anak ana, antum semua masa depan perjuangan Islam” kata sang murabbi dengan lirih, mata beliau berkaca dengan patah kata yang tersekat.

– tulisan ustaz riduan.

Gembiralah dengan hidup ini kerana hidup ini indah dan jadikanlah ia sebagai hamparan untuk setiap kebaikan

Allah Subhanahu wa Ta’ala mencintai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang menyucikan diri. Bahkan, Allah sangat senang dengan taubatnya seorang hamba. Inilah kesenangan yang lebih besar dibandingkan kesenangan seseorangyang berada dipadang pasir bersama tunggangannya, yang dia atas punggungnya terdapat perbekalan makanan dan minumannya, tetapi kemudian tunggangan itu lari darinya sehingga dia hampir berputus asa untuk menangkapnya kembali.

Setelah itu dia duduk bersandar disebuah pohon menanti ajal menjemputnya, hingga ia tertidur. Selang beberapa saat ia bangun dan tiba-tiba unta yang membawa makanan dan minumannya itu berdiri berdekatan kepalanya, maka dengan serta-merta is memegang tali unta tersebut seraya menjerit kerana gembira yang amat sangat, dan mengatakan:”Ya Allah, Engkau adalah hambaku dan aku adalah Tuhanmu”(salah dalam berucap kerana gembiranya)

Maha Suci Allah Yang Maha Agung lagi Maha Pengasih. Allah Subhanahuwa Ta’ala senang dengan taubat hambanya itu, sehingga menyebabkan dia beruntung untuk meraih syurgaNya dan mencapai keredhaanNya. Allah Yang Maha Tinggi menyeru kepada hamba-hambaNya yang beriman untuk bertaubat melalui firmanNya:

………dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.(Surah An-Nur:Ayat31)

Bertaubat adalah mencuci hati dengan air mata dan membakarnya dengan kobaran api penyesalan. Bertaubat adalah pembakaran didalam hati, pengekangan nafsu, keluhuran didalam hati dan titisan air mata. yang demikian adalah awal perjalanan yang ditempuh oleh orang-orang yang bertaubat, modal orang-orang yang berjaya, langkah awal mereka yang menghendaki Allah dan kuci istiqamah mereka yang hatinya condong kepada Allah.

Seorang yang bertaubat harus berkeluh-kesah, menyesal dan menangis. Bila orang lain merasa tenang dari ‘azab Allah’ maka hatinya tidak akan merasa tenang dan selalu dihantui rasa takut bahawa taubatnya tidak diterima. Bila orang lain merasa tenteram, dia tidak pernah berhenti menangis tersedu-sedu. Bila orang lain beristirehat dengan tenang, dia tidak bosan-bosan merintih sampai tubuhnya mengigil. Bila dia mengingat besarnya dosa dan kesalahannya, kesedihannya akan menjadi-jadi, api nuraninya makin membara, air matanya bercucuran, nafasnya tersengal-sengal dan berlumba-lumba menghadapi hari-hari esok. Dia meremehkan segala urusan dunia agar mampu melalui shirath(jambatan) yang berada di atas neraka jahannam dengan secepat kilat.