May 2009


Salam Semangat Juang !

Jazakallah kepada ustaz Nazrul kerana telah memperkenalkan ana kepada sebuah kisah tarbiyah.
tarbiyah
Kecenderungan untuk melihat episod filem ini di youtube, wujud setelah membaca kupasan daripada beliau.Sumber. Filem ini cukup sesuai untuk membangkitkan semangat belajar !

” Hiduplah untuk memberi dengan sebanyak-banyaknya, bukan menerima dengan sebanyak-banyaknya. “-pesan Mudir (pengetua Madrasah Muhammadiah).

“Aku suka miskin. “

Inilah antara 2 mutiara kata yang cukup melekat pada diri ana.

laskar

” Aku suka miskin ” – merupakan antara ucapan yang cukup memberi makna buat diri ana menerusi filem ini.Sepanjang pemerhatian dalam hidup, ana yakini bahawa kemiskinan dan kesusahan akan melahirkan kejayaan yang cukup gemilang.Filem ini mengambarkan banyak suasana kampung suatu ketika dulu.Kadang-kadang ingin sekali kembali ke waktu itu.Ingin sekali, mengajak anak-anak masa depan menghidupkan kembali suasana dulu.

Sedutan Ustaz Nazrul :

” Saya tertarik dengan kata Pak Harfan (Pengetua Sekolah di dalam Laskar Pelangi), sekolah sebegini perlu diteruskan walaupun muridnya sedikit, kerana ianya bukan dibina atas dasar material, sebaliknya atas dasar Iman. Maka perlu dan wajib untuk diteruskan.”

Jesteru, di kesempatan ini, ana menyarankan sahabat-sahabat yang ingin merehatkan fikiran seketika dari mengulangkaji pelajaran atau menjalani research untuk cuba mencuri ruang melihat filem ini.

Sumber : Laskar Pelangi -Satu siri filem tarbiyah pendidikan dari Indonesia.

*****

Salam diskusi juga buat Kaunselor Ustaz Hasrizal.

Mencelah sedikit ruang untuk berkongsi pendapat di artikel ‘ Buntunya Bapa terhadap pendidikan anaknya. ‘

Antara point yang  ingin disentuh :

1) Pendidikan – isu pendekatan.

2) Pendidikan – jauhkan sentuhan politik.

Rata-rata komen terdiri dari ibu bapa yang punyai anak-anak.Ana juga ingin turut memberi, dalam ruang yang sedikit ini.Pertamanya, ana ingin hadiahkan filem Laskar Pelangi ini buat Saiful islam ,mungkin sebagai pengisian cuti hujung minggu.Melihat situasi pendidikan sekarang, ana mendoakan moga sistem pendidikan di negara kita akan bertemu dengan fitrah asas pendidikan.Bagaimana untuk membentuk manusia ..Bagaimana untuk membina unsur manusia..

Ana juga ingin turun mendidik manusia.

Ana cukup yakin, jika kerisauan yang besar ini, mampu di bawa dengan lebih kedepan; ia satu langkah yang kena pada masanya.Menyedari akan hakikat pendidikan mampu mengubah modal insan dan intelek masyarakat, ana menyeru dan berharap agar akan bangkit sekelompok cendekiawan untuk mengangkat isu ini.Jika dirasakan isu ini besar,apatah lagi demi membina masyarakat beragama, idea ini PERLU dicanang dengan lebih SERIUS.

Jika 2 hari lepas, Korea Utara menyatakan bahawa mereka telah berjaya melaksanakan ujian nuklear bawah tanah , lalu dengan pantas pada tengah hari keesokannya,kerajaan Jepun menubuhkan Jawatankuasa untuk mengkaji isu ini dengan lebih serius dibawah pentadbiran PM Aso Taro.

Lalu dengan cuba mengambil sisi persamaan iaitu pantas dalam tindakan untuk mengatasi perkara utama, ana menyeru dan berpendapat bahawa isu ini harus dipikul oleh pihak berwajib.Maaf, kerana hasrat yang besar ini, begitu sukar untuk dilaksanakan.Semoga keinginan yang sedikit untuk memberi pendapat  ini, dapat turut sama menyumbang dalam diskusi.

*****

Berkaitan dengan point 2, ana tidak ada keupayaan untuk mengulas panjang.Sekadar rasa hati, agar pendidikan di tanah air bebas daripada pengaruh politik.Jauhkan sekolah dari politik.Usah biarkan lagi pertambahan sekolah yang jatuh bangunnya atas titik lintang pukang pemain-pemain politik.Biarkan pemain-pemain politik dipentasnya, mencanangkan idea untuk kita; sebagai rakyatnya.Biarlah pendidikan dipegang oleh individu-individu yang ikhlas ingin melihat anak bangsanya kedepan dengan akhlak dan beragama.Tampilkanlah individu yang bebas pengaruh politiknya untuk mengemudi bahtera pendidikan. Risau juga memikirkan adik-adik yang kini masih belajar.Beban mereka mungkin lebih besar dari usiaku waktu kecil,sebaya umur mereka.

” Dulu ada kanak-kanak tidak kenal erti kelas tuisyen.Tapi kini, tuisyen seakan-akan menjadi kelas yang wajib ! Ibu bapa berlumba-lumba menghantar anak-anak ke kelas tuisyen.Tidak terbebankan kah anak-anak ? Tidak bersalahkah ibu bapa ? Wujudkah profession baru dalam bidang kerjaya di tanah air iaitu guru tuisyen ? ” – sekadar ingin mencetus rasa.

Pandangan kecil dari seorang pelajar yang masih berada di bangku sistem pendidikan.

Peserta Program Motivasi IPIJ bersama Ustaz Hasrizal.2008.

Advertisements

Alhamdulillah, penuh lafaz kesyukuran.

Ramai teman yang sedang menulis.Jazakallah azizi, sahabat yang menjadi jambatan penghubung ukhuwah lama.Ana juga masih terus belajar untuk sedikit memberi.Melihat teman-teman disekeliling, daripada sahabat-sahabat ipij, jepun ; ana sesekali mencari sedikit bacaan teman-teman satu sekolah,buat bekal semangat.Baik dalam menuntut ilmu dan belajar mendidik diri.Sudah 5 tahun, ana meninggalkan zaman sekolah menengah.

Awal pagi ini, ana terjumpa dengan blog seorang senior yang cukup ana rindui.Kadang-kadang melihat wajah seseorang sudah boleh menitiskan air mata.Sentiasa teringat kata-kata tadzkirah dan suasana tarbiyah dulu yang cukup dirindui.Teman-teman yang sudah berpangkat abang-abang; yang pernah memberi sesuatu yang sangat beharga buat diri ini.

akh nazrul

budaya kampung

abg nazrul dan ayah beliau

akh nazrul dan ayahnya

Blog ustz nazrul, juga blog  kenangan kehidupan beliau.Rindu sekali ana akan perilakunya.Tidak ubah dari dulu sehingga sekarang.Kadang kala, kata-katanya penuh dengan ketegasan,juga terselit jenaka yang mendidik.Loghat utara yang cukup pekat.

Semoga, senantiasa di medan juang dan berjuang.

Ana menanti dan mendoakan kelahiran permata pewaris nabi ,insyaAllah.

Salam tarbiyah dari junior.

Ardhu tarbiyah 03/04.Muhandis min yaaban,insyaAllah.

perjuangan hambaMu

Muhasabah perjalanan sebuah kehidupan.

Pagi ku ingat,petang ku alpa…begitulah silih berganti.

Salam raudhah,salam kebahgiaan hati buat semua.Moga kalian berada dalam kerendahan dan kebahagian jiwa.Bukankah dengan mengingati Allah itu,hati akan menjadi tenang..Lunakkanlah hatimu selalu, dengan ingatan padaNya, duhai diri.

Kebelakangan ini, banyak benar perkara yang ingin dikongsikan.Beberapa hari yang lalu juga, aku telah menerima kata-kata nasihat dari seorang penulis.Zaid Akhtar dengan penulisan yang turut menyisipkan konsep dakwah didalamnya, memberikan aku sedikit kekuatan untuk menulis.Buat sahabat-sahabat yang ingin tahu siapa beliau dan pemikirannya, aku cadangkan sebuah buku Sesegar Nailofar.Bunyi tajuknya, lebih menjiwai sifat lembut wanita,namun sisi dalamnya berkisar perjuangan anak muda membantu perjuangan islam.Sumber.

Banyak  isu kebelakangan ini yang turut ingin dibincang sama.Sejak bermulanya wabak selsema teruk yang melanda dunia ; merupakan satu musibah,renungan dan satu siri peringatan dari Pencipta.Media Jepun juga tidak dapat duduk diam ! Kini, isu Taliban ( gerakan kebangkitan pelajar ) di Afghan, yang dikepung dan di ganyam sehabis-habis oleh tentera kuffar dan munafik ! Atas nama banteras terrorism, kalian (musuh Allah) bebas memperlakukan saudara seakidah kami !
ummah diikat?

Palestin jua, yang masih dijajah..-aku turut membaca satu laporan semalam yang menyatakan bahawa kerajaan pimpinan Haneyya;iaitu penguasa tanah asal Palestin ,menggesa seluruh pemimpin dunia islam untuk mengiktiraf Jurusalem sebagai ibu kota Palestina.Sumber.

Beberapa hari lepas, bekas perdana menteri Korea Selatan meninggal dunia kerana rasuah.Diberitakan sebagai membunuh diri.Seorang pemimpin tertinggi sebuah negara,pastinya berbekalkan ijazah dan sanjungan yang tinggi.Aku menilai dan kalian juga menilai.Namun setiap satu yang berlaku, pasti ada penilaian yang agung dari Pencipta.

2 hari lalu, aku diberi peluang untuk mengikuti kuliyah Palestina:Masihkan kita berqunut nazilah ?-anjuran dari IPIJ.Sumber. Jazakallah penganjur atas inisiatif menganjurkannya.Aku hanya sempat mengikuti sebahagian kecil kuliyah sahaja.Tidak ketinggalan aku juga sempat bertanyakan soalan tentang 2 orang tokoh yang selalu aku minati.Namun aku sering tertukar dengan peribadi,susuk tubuh mahupun nama mereka ! Khaled Masyal dan Ismael Haniyya, umpama Syuhada’ Sheikh Ahmad Yassen dan Syuhada’ Dr Aziz ar-Rantissi.Di tanah air juga, ada 2 tokoh aku kagumi, tak ubah persis 2 syuhada’ agung ini.

Dunia terus memutarkan usia.Pelbagai perkara silih berganti.Manusia diuji dan terus diuji.Ada yang tabah akan terus menghadapinya dengan berlapang dada, ada yang rebah terus menyalahkan Ilahi.Manusia itu lemah sifatnya.Hanya pada Dia lah,segala pergantungan dan pengharapan.Di mana aku dalam menilai semuanya ? Dimana kalian ?
indahnya islam

Tadzkirah buat diri..

Salam Memperbaiki Diri.

Alhamdulillah, lafaz kesyukuran di atas segala nikmatNya yang masih dapat dirasai.Nikmat iman dan islam yang masih sedang bertarung saban waktu dan ketika.Nafsu juga yang sedang berlumba-lumba ingin mengajak diri melakukan kebaikan dan keburukan, berusaha menawan puncak hati iaitu qalbu.

Jika baiklah seketul hati,maka baiklah seluruh jasad.Jagalah hati, sebelum mati !

1

Nafsu dan hati merupakan 2 anasir yang sukar sekali untuk dipisahkan.Kerana nafsu jualah,hati mudah menjadi rosak.Sebaliknya,kerana nafsu jugalah, hati mudah terdidik.Hebat bukan ciptaan Ilahi ! Maha suci Allah di atas segala penciptaanMu.

Ana teringat pesanan nasihat dari ustaz Aagym dari Indonesia:  ” Nafsu ini umpama kuda,andaikata kita mampu memacu dan mengawalnya dengan baik dan cekap,lantas percayalah ia akan semakin membara menuju ke arah kebaikan.”

Lantaran itu, pandulah kuda kalian dengan neraca islam.Sahutlah nasihat ini,duhai diriku dan sahabat-sahabat.

2

densya

*foto kredit buat Ariff

Beberapa hari sudah, program Ikatan Persaudaraan Islam Jepun(IPIJ) melabuhkan tirai , menampakkan tunas-tunas dan pucuk-pucuk yang cukup mekar.Tiada lafaz sebaik dan setinggi syukur buat Allah swt, kerana dimana-mana sekalipun akan lahir pencinta-pencinta islam.

Program kali ini, cukup bermakna bagi ana.Ada yang datang sejauh dari Kyusyu di penghujung bawah dan dari penghujung dataran atas bumi jepun,iaitu Hokkaido.Jarak bukan pemisah untuk menuntut ilmu.Harta dan wang ringgit bukan halangan utama ! Namun, tanyalah bisikan hati, sejauh manakah aku ingin berusaha untuk mendapatkan ilmu agama, mencari nilaian ukhuwah dan bertemu si pemilik hati-hati yang rindukan; bertemu kerana Allah dan berpisah jua keranaNya…!

Faqulna hasbunallah huwani’ mal waqiil.Cukuplah pelindung kami adalah Allah.

3

Wajah-wajah baru yang datang ke program, cukup bermakna buat kami. Kebun-kebun  dan ladang-ladang kecintaan islam akan terus berwajah harapan.Subur dengan tautan kasih dan sayang,insyaAllah.

Buat penanam dan pekebun-pekebun lama, percayalah tunas-tunas ini akan terus bersemi.Suka juga ana memetik kata-kata seorang pekebun lama ;

“Alhamdulillah, nampaknya perjuangan Islam di tanah sakura subur, ya sepertinya sakura pada saat musim semi. Cuma, sakura perjuangan ini takkan ada musim-musim luruhnya.”

InsyaAllah, ya akhi.Doakan semoga sakura perjuangan ini tidak akan ada waktu luruhnya.Mungkin sesekali ia akan disapa dengan angin kuat, namun percayalah sakura perjuangan ini tidak akan mudah jatuh menyentuh tanah.

tunas-tunas

4

Buat sahabat-sahabat ajk ipij, masih banyak kelemahan yang wujud sepanjang program.Semoga sisi baik dapat diteruskan lagi dan diharapkan segala sisi buruk yang hadir sepanjang program dapat kita perbaiki dari semasa ke semasa.Kecuaian dan kelekaan dari segi tanggunjawab dan amanah sepanjang berlansungnya program, ana dahulukan dengan ucapan kemaafan dari diri sendiri.

Semoga proses mendidik diri ini akan senantiasa dihiasai dengan mutiara-mutiara nasihat dan teguran  dari sahabat-sahabat.

Semoga kekal berada dalam biah solehah dan mendidik diri menjadi musleh dan solehah.

Selamat berjuang di medan pelajaran dan tarbiyah.Selamat melayari bahtera kehidupan.

Moga bersua lagi dengan perubahan demi perubahan pada diri antum dan antunna.

Baarakallahu fiikum.Fastabiqul qairaat.

船は僕の夢