March 2008


Assalamualaikum.Bagi yang bekerja terus memulakan kerjaya,yang sudah tamat belajar ada yang baru mula bekerja,dan yang sudah pulang ke malaysia,ada yang ingin melansungkan perkhahwinan dan mendirikan masjid.Masing-masing meneruskan destinasi dan halatuju perjuangan yang tersendiri tetapi hakikatnya pemusafiran tetap sama.Masing-masing terpikul amanah untuk meneruskan kesinambungan tarbiyah di atas muka bumi Allah ini.

Bermastautin selama 2 hari di yokohama,ana sempat bersua muka dengan akhi jimi,akhi khiaq dan akhi fahmi.

Di samping bertukar-tukar cerita tentang halatuju masing-masing,dalam sedar atau tidak,masing-masing sedang memasang azam untuk menyemarakkan tarbiyah di bumi sakura ini.

warkahraudhah@tamanpersuratan.com

5:30 waktu jepun.

Advertisements

Kenangan mujahid pejuang-pejuang islam.

Mahu sekali ana mencontohi kalian,insyaAllah.

Sejarah silam yang penuh pengajaran.

Takkan ana berdiam diri.

Usah termenung jauh,mak cik.Berbahgialah andai anakmu syahid tekorban.

Mengenang pemergian seorang imam dari selatan Thai yang telah diseksa sehingga maut dan syahid.

warkahraudhah@tamanpersuratan,

10:21 p.m -waktu jepun.

Hidup ini indah jika segalanya keranaNya.”

Kehidupan ini adakalanya penjara buat orang mu’min. Sebaliknya,kehidupan juga merupakan tempat bercucuk tanam bagi ladang dan tuaihan hasil di akhirat kelak,insyaAllah.

Hari ini merupakan pemusafiran hari kedua,memasuki tahun ke dua di perantauan. Setelah keluar dari pesawat mas MH 070,kelas T sekitar jam 6.15 minit waktu tempatan di tokyo,bersuhu 11° C,ana meneruskan pejalanan kembara bersama junior yang bakal memulakan perjuangan baru di bumi matahari terbit ini.

Kehadiran 74 orang pelajar baru dari pusat persediaan kolej teknikal jepun(PPKTJ),UTM,KL bakal bertebaran di seluruh dataran sakura ini demi menuntut ilmu dan mencari keredhoanNya. Begitu juga dengan diri ana,yang masih mentah dalam mendidik diri demi mengenal akan pencipta yang Esa. Daripada perkenalan ukhuwah sejak sebelum berlepas ke lapangan terbang narita,jalinan persahabatan ini dapat diteruskan lagi pada sessi orientasi pelajar baru yang bertempat di kedutaan Malaysia.

Tahun kedua di Jepun pasti berbekalkan keazaman dan tekad yang baru,apa yang pasti ana ingin mendalami ilmu agama dengan lebih bersungguh-sungguh. Pesan seorang ustaz di kolej islam di tanah air,sering menjadi ingatan buat diri ana yang mudah hanyut dengan arus persekitaran.

“Apa yang halal di malaysia,tetap halal di sana. Dan apa yang haram di malaysia,tetap haram di sana. Senantiasalah ambil bahagian dalam program-program yang di anjurkan persatuan islam di sana. Pasti akan menemui kemanisan yang luar biasa.InsyaAllah.”

Kan ana semat sedalam-dalamnya buat tarbiyah diri ini. Teruskan berfikir duhai diri.Ana insan biasa.

warkahraudah@tamanpersuratan,

yokohama,12:36 a.m-jepun,

11:36 a.m-malaysia.

Ana bukanlah seorang yang berani.Ana bukanlah seorang yang bertubuh sasa.Ana insan dan hambaNya yang biasa.Ana seorang insan yang terpundak dosa yang menggunung tinggi.Ana insan hina,Ya Allah.Ya Allah,ana akan berusaha untuk merapatkan diri kepadaMu.Namun ana mengerti,duhai Tuhan Yang Esa,bukan namanya perjuangan andai tidak disertai dengan keazaman pengorbanan dalam menegakkan ad-deenMu.Duhai Allah,pimpinlah hambaMU ini.Seringkali ku bertaubat padaMu,namun seringkali jua ku mengotorinya semula.Indahnya bila dapatku berbicara denganMu.

Ya Allah,siapalah ana disisiMu.Ana mengaku Engkaulah tuhan yang satu,raja bagi segala raja,namun diri ana masih lagi tidak melaksanakan tuntutan kepercayaan ini dengan sebenarnya,Ya Allah.Rasulullah,mampukah ana menjadi umatmu.Ana banyak dosa,Ya Allah.Ya Allah,perteguhkanlah hati ana dengan tauhid,iman dan ukhuwah kepadaMu.Moga dapat ku serahkan seluruh jiwaragaku demi perjuangan agamaMu di atas muka bumi yang fana ini.Bilalah hari kematianku.Duhai diri,bertaubatlah selalu.Berusahalah moga dirimu,menjadi sebahagian daripada tentera-tenteraNya.Perhalusilah wudhu’mu,kerna kelak wudhuk bakal menjadi hujjah bagimu dihadapan Allah taala.Hanya padaMu ku memohon.

HAMBAMU YANG SEDANG BERUSAHA MENCARI REDHOMU.

Malam hari;

23:59(waktu bumi sakura)

00:00(waktu malaysia) .Wassalam.

Air mataku lemah menitis,sejauh manakah pengorbananku? Tabahlah sokmo tok guru.Doa kami,senantiasa bersama tok guru. Sebak rasa hatiku.

Tok guru,kami bersamamu.

Tok guru,kami bersamamu.

This content is password protected. To view it please enter your password below: