July 2009


teman2 Alhamdulillah ,baru selesai 2 paper untuk exam pertengahan semester.InsyaAllah ,akan sambung semula pada minggu depan.

PENGAJIAN KOLEJ

Pengajian di kolej teknologi jepun, seakan-akan sama, tapi sedikit berbeza ,jika dibandingkan dengan politeknik atau sistem kolej-kolej teknologi di malaysia.

Berada dalam program bekembar , kami perlu menempah tiket masuk ke universiti terlebih dahulu, sebelum tamat pengajian di kolej.Berbeza dengan sistem di tanah air, ( khusus buat pelajar-pelajar kampus ), jika ingin menyambungkan pengajian ke peringkat seterusnya, CGPA akan diukur.CGPA juga dapat diperolehi setelah tamat pengajian keseluruhan semester.

KOUSEN

Namun, diperingkat kolej teknologi, atau lebih dikenali sebagai kousen di jepun, para pelajar akan berdikari, berulang alik ke universiti-universiti yang menyediakan ruang kemasukan untuk menerima pelajar.Ada juga yang akan mendapat suisen iaitu sistem recomendation daripada pensyarah pusat pengajian/kousen.

Kebanyakan pelajar malaysia dihantar ke jepun, akan terus diterima masuk ke universiti.Namun, ada juga satu program yang menuntut pelajar menerima pengajian selama 3 tahun di peringkat diploma dan ditambah selama 2 tahun diperingkat ijazah.Jika tidak silap ,sistem ini juga digunapakai untuk sesetengah pengajian di negara lain.

SEMUA DAH LEPAS

Kini ,musim menempuh ujian kemasukan ke universiti bagi pengajian diploma di jepun ,semakin tamat. Melihat rakan-rakan sekeliling yang sudah menerima tiket masing-masing, kadang kala diri akan terasa sedikit lemah.Namun, sikap negatif tidak akan kemana, sebaliknya sentiasalah ubat diri dengan kata-kata semangat.InsyaAllah, Allah akan berikan jalan terbaik.

KASIH SAYANG IBU

” Ada orang akan dapat cepat, adakala Allah nak bagi lambat sikit…semua tu, ujian dari Allah…”,nasihat dari ibu.

” Sayang ibu, sayang selalu. Sayang ayah, sayang menurut kata.Sayang sahabat, sayang sesama ada. “, begitu pesan datuk.

Tadzkirah dari sahabat ana, Naim; ketika di meja makan asrama, masih segar.

Kadang kala, kejujuran kata-kata sahabat mudah kita pegang,apatah lagi jika kata-kata tersebut terbit sambil ada air mata yang sedikit tumpah dipipi sahabat ana ini.

Benar…

Fitrah seorang ibu, jika anak dia baik, ibu lagi sayang.

Jika anak ibu, kurang baik atau nakal, ibu sayang juga.

Jika anak ibu cerdik dan pintar, ibu lagi sayang.

Jika anak ibu kurang pintar ,ibu akan tetap sayang.

*****

Pendek kata, kasih sayang seorang ibu tidak berbelah bagi.Sayang selalu.

Sayang sokmo, kata orang sebelah timur.Begitu, Naim dan ana menyimpulkan pada perkongsian rasa kami.

Buat sahabat-sahabat yang menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran, baik menempuh imtihan dan segala ikhtibar, ana doakan semoga ana dan antum semua sentiasa tabah, terus bersemangat dan tidak mudah menyerah.perjuangan

Biar sedikit sekali harapan yang masih ada, tapi sentiasalah perbaharui ia dengan doa padaNya.Biar seluruh manusia memandang rendah padamu, cukuplah hanya ada Allah sebagai sandaran.

Salam Syaaban buat semua.Semoga bertambah amalan di bulan mulia ini.InsyaAllah.

Bantu dan lorongkanlah kami ,jalan yang baik di sisiMu, duhai Tuhanku.

Advertisements

” Orang beriman, hatinya sejuk mengingat TuhanNya.

Bila jatuh ,ingat pada Tuhan.

Bila senang, kembali ingat pada Tuhan.

Bila sedih, hati ingat pada Tuhan.

Pokok pangkalnya, segalanya kembali pada Tuhan.

Bila berhadapan dengan manusia, bermanis muka..

Bila berbicara dengan Tuhan, rendah diri dengan air mata..

Indah sekali ,ujian dari Tuhan. ”

Semalam ,sempat mendengar beberapa minit kuliyah pelembut hati dari ustaz Aagym.Kuliyah ulangan.Tapi, tak jemu-jemu.Kadang-kadang bila kita solat, kita selalu ingatkan benda lain yang di luar solat.Solat itu, pokok pangkalnya tiang pada agama.

Jika dikaitkan pada belajar, ketika belajar, ada kala fikiran ingat pada benda lain.Tidak khusyuk sudah ertinya dalam belajar.Pokoknya lagi, khusyuk itu bagaimana ya?- Tidak ingatkan apa-apa ?-Itukah erti khusyuk ?

Pesan ustaz Aagym lagi, khusyuk itu sejauh mana kita tumpu pada konsentrasi.Bila solat, sekali fikiran terawaaang aja, cepat-cepat kita tangkapnya semula.Sekali fikiran terlepas lagi, sekali lagi kita berusaha menangkapnya.

Rasulullah saw dulu, ketika ada bayi menangis di belakang, di saff makmun, lalu dicepatkan solat baginda.Tidak khusyukkah baginda, sebab terganggu dengan tangisan bayi itu? -pastinya tidak, sebaliknya rasulullah saw ingin supaya hati ibu bayi tadi, tidak bisa terganggu dan gusar hati dengan bayinya.Mulia sekali rasulullah saw,bukan.

Ada cucu baginda saw, naik atas pundak belakang rasulullah saw, lalu baginda memanjangkan waktu sujudnya.Tidak khusyukkah juga baginda kerana cucunya ?- tidak sekali . Tapi, itu tandanya kasih Rasulullah saw pada cucunya.Indah sekali akhlak baginda, bukan.

Maha suci Allah, kisah ini masih lagi dapat kita renungi.
kasih sayang

Belajar juga begitu, sekali fikiran kita lari, cepat-cepat berusaha tangkapnya kembali.Sekali lagi fikiran kita jauh terawang lagi, sekali lagi kita kembalikan semula.Kembalikan pada jalannya yang benar.Kembalikan pada fitrah.

Belajar itu amanah.Amanah dari ibu bapa. Belajar itu harapan. Harapan dari adik-adik. Belajar itu neracanya kejayaan dan kegagalan.Berusahalah lagi dan lagi.

Allah

” Usaha itu hak kita, keputusan itu hak DIA.” -begitu pesan nasihat dari seorang sahabat.Jazakallah.

Bersangka baiklah selalu dengan Allah.

doa

Bismillah.

Rata-rata pelajar di jepun akan menghadapi musim exam pertengahan semester.Dan ada yang akan bercuti panjang.Ada juga yang berpeluang untuk merasai ibadah ramadhan di tanah air.Masing-masing dengan perancangan.Semoga berisi kebaikan.

*****

Beberapa perkara yang ingin dikongsi sama pada minggu ini,  termasuklah kehilangan Syuhadah Marwa (KLIK :BACA LAGI) di bumi serba canggih, German; tapi masih jauh ketinggalan dari sudut penghormatan sesama manusia!! Mahu tahu lebih lanjut, sila kunjungi disini.( ada himpunan video supaya lebih TAHU dan meningkat SEDAR )

Juga apa yang berlaku di China.Etnik Uighur (BACA LAGI) ; adakah mereka umpama penduduk asli di dataran China ?
grandfather urumqi Etnik Uighur -Turkistan Timur- Islam di China ; merupakan beberapa istilah yang berkait. Dari seorang anak muda yang tidak lari dari jiwa untuk merantau, ana sering menanam azam untuk menjejakkan kaki di tanah islam, bumi China yang bebas.

Ingin sekali mengetahui sejauh mana penglibatan muslim China dalam pembinaan Tembok Besarnya.Ingin tahu lebih lagi tentang seorang sahabat nabi yang sanggup merantau jauh demi untuk membebaskan manusia dan bumi china kepada pengibadatan hanya kepada Dia  yang Esa.

syuhada' malcom x

Muslim sering dijatuhkan.

Sekilas ingatan buat syuhada’ Malcom x.

*****

China ; tidak banyak yang ana tahu.Belum pernah ke sana.Mungkin, kini ana hanya bersahabat dengan beberapa teman berbangsa cina.Mungkin segala kebaikan yang terdapat pada mereka, turut sama dimiliki oleh muslim di China, juga anak-anak kecil muslim di sana.

Malah pastinya lebih lagi, kerana mereka berjiwa muslim !

Dunia islam, warganya muslim !

*****

Melihat penderitaan dan kesusahan mereka, ana seringkali merenung.Membandingkan dengan kesusahan diri yang kecil, tika di uji.Duhai Allah ,kuatkanlah hati-hati kami.

Perteguhkanlah ikatan kasih sayang sesama kami.Lapangkanlah dada kami.Jauhkanlah dunia dari hati-hati kami.

Duhai Allah, tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Labuhkanlah kecintaanMu pada kami, insan yang berjiwa hamba.

Tiada kekuatan melainkan dariMu.KepadaMu lah, tempat kami mengadu dan bermohon.Duhai Allah,tetapkanlah ingatan kami padaMu.

doa pelembut jiwa

Alhamdulillah, walhamdulillah, walhamdulillah a’la kulli ni’mat.Syukur kepada Allah swt atas segala nikmat yang dianugerakanNya.

hokuriku

tokai

tohuku

Semalam, saya sempat menghadiri satu slot sehari mencari ilmu agama bersama program Jalinan Ukhuwah IPIJ.Diantara 3 program yang dianjurkan, saya berpeluang untuk menghadiri programnya yang terakhir sahaja iaitu Jalinan Ukhuwah Hokuriku 09.Hokuriku merupakan bahagian jepun yang menghala ke bahagian atas.

Sepanjang mengikuti program ini, bermula dari waktu rasminya iaitu jam 10 pagi dan tamat sekitar jam 4.30 petang, banyak mutiara peristiwa yang ingin dikongsi bersama.Talk disampaikan oleh scholars di lingkungan tempatan.Pada program kali ini, penyampainya terdiri dari Brother Khalid dari Egypt dan Brother Fauzi dari Malaysia.Lokasinya adalah di masjid Nigata yang baru saja dalam proses dibangunkan.Masih belum siap sepenuhnya.

Sebuah masjid yang dibina atas dasar pergantungan penuh dengan Allah swt.Sebuah masjid yang dibina atas dasar taqwa yang cukup tinggi.Kenyataan ini, dapat saya simpulkan setelah saya sendiri mendengar proses dan peristiwa yang membawa kepada tertubuhnya masjid Nigata ini.

Masjid yang cukup baik kemudahan dan perancangan infrastrukturnya.

Masjid yang menitikberatkan kelansungan jangka panjang, baik dari sudut dakwah kepada masyarakat sekitarnya; juga kepada kemasukan income kewangan yang dijadikan sumber pusingan modal untuk kewangan masjid pada masa akan datang.

” Ramai orang tidak sangka dengan tempoh tertubuhnya masjid ini.Dimana sumber kewangannya yang datang.Hanya pada Allah swt, DIA lah yang mempermudahkan segala-galanya. “-pesan Bro Khaled diakhir kata-katanya ketika sesi penerangan kepada tertubunhya masjid.

*****

Kami tiba awal di masjid ini.Malam sebelum program.

Jadi, kami ( beberapa junior; bai, haris,faiz dan seorang senior; naim ) merupakan tetamu awal yang bermalam di masjid tersebut.Alhamdulillah.Sempat juga kami berbincang kisah keluarga masing-masing setelah bacaan surah al-Mulk.Perjumpaan ringkas, tapi banyak makna dalam mendekatkan lagi tautan hati antara kami.Usrah di luar usrah.

usrati di perantauan

sahabat-sahabat

usrati 2

Ketika proram berlansung, segalanya berjalan dengan baik.Kehadiran peserta juga cukup positif.Tahniah kepada tuan rumah ,warga universiti Nigata dan ajk ipij yang terlibat.Kerana usaha kalian, saya dan sahabat-sahabat yang lain juga dapat merasai kemanisan islam.(juga segalaNya dari Allah)

Suasana talk , saya rasakan cukup meriah.Sambil mendengar kuliyah, di sebelah kanan, kedengaran translation dari bm ke english untuk brothers dari egypt.Di sebelah kiri pula,kedengaran kata-kata translation dari bm ke bahasa jepun.(nihongo) .Kehadiran Fitri, atau nama sebenarnya Sase Takumi, seorang saudara islam baru; cukup membuatkan program kali ini lebih manis.Fitri, kembali kepada fitrah ; merupakan seorang pelajar kejuruteraan mekanikal tahun akhir, diperingkat ijazah.Jernih wajah nya, cukup membuatkan diri ini terasa betapa luhurnya hati saudara baruku ini.

Fitri, moga bersua lagi.InsyaAllah.

*****

Program kali ini juga lebih bermakna lagi, apabila isi kuliyah nya banyak berkisah pada basic islam.Tapi disampaikan dengan kaedah yang lebih segar.Kecantikan islam harus lebih disebar luaskan lagi.Seharusnya, polis jepun juga akan tertarik dengan kebaikan dan keindahan islam ! Tidak lagi dengan hujjah terrorist dan terma terrorism ! AbuLahab dan Abu Jahal juga pernah mencuri dengar bacaan Al-Quran dari Rasulullah saw dan bertembung dimalam hari gara-gara curi dengar ! Semua terpahat dan terususun baik dalam lipatan sejarah islam.Indahnya Islam.

*****

Brother Khaled ;  kadang- kadang ada air mata yang menitis lembut dipipinya.

” …pernah suatu malam , ana melihat 3 orang anak muda islam minum arak di tepi jalan.”-cerita Brother Khaled.

Jika tidak silap pemerhatian saya, 2 kali titisan lembut air mata ,mengalir di pipi Brother Khaled.Pertamnya, ketika dialog diatas kerana terluka dengan peristiwa tersebut dan kerendahan nilai moral pelajar islam.Dan buat kedua kalinya, ketika kisah peperangan Yarmuk ,bilamana umat islam gentar dengan kekuatan bilangan musuh.Namun, kata seorang sahabat ,aku berani maju kedepan dan ingin syahid.Inilah tujuan kita! Nanti, bila di syurga Sana, aku akan bertemu dengan Rasulullah .Aku akan bertemu dengan sahabat baginda.Aku akan bertemu dengan Saidina Umar radhiallahuanhu! Aku akan bertemu dengan Saidina Abu Bakar radiallahuanhu! Aku akan bertemu dengan ramai lagi sahabat baginda…!

bro khaled

Lalu, ada air mata yang mengalir membasahi pipi Brother Khaled.Allahuakbar ! Subhanallah ! Dah lama, saya tidak melihat sendiri ada insan yang menitis air mata, tika ingatan pada Rasulullah saw dikisahkan.Ya, saya cukup rindukan suasana itu. Ia sebahagian dari tasawwuf hati.

Point penting ,dari talk beliau yang ingin dikongsi buat masa ini adalah hatta di jepun,atau dimana-mana sekalipun, jangan sesekali segan untuk memperlihatkan identiti islam dan muslim.Jagalah solat pada waktunya.

InsyaAllah, akan saya ceritakan lagi di penulisan akan datang.

masjid nigata

Masjid Nigata, dalam proses akhir pembinaan.

*****

Semoga kami dapat singgah lagi kesana,insyaAllah.

sahabat

Sahabat,

Semoga bertemu lagi.

sahabat fillah

Dari jauh, salam dikirim.

moga terus berukhuwah.

ceria sekali peribadi seorang sahabat ini,

menjadi teladan di medan prs.

sahabat hingga di Sana

hafiz yang makin berisi 🙂

moga dapat bersua dengan kalian semua,

senyum kalian, tenang.

moga berkongsi kebaikan bersama.

*****

” Benar sekali, islam laksana api yang menyala, menerangi teman dan juga sahabat.Bahang panas yang membakar lawan.Di celah itulah, kami mengatur langkah.Disini bara tak pernah padam.

Masih basah ,kenangan indah.Zaman cemerlang,era gemilang.Ketika Rasul ada disisi.Para sahabat mentadbir bumi.Zaman Nubuwwah, era khilafah. ” –petikan nasyid dunia baru islam, Ustaz Pahrol & Nazrey , kumpulan nasyid the zikr.

Video Klip perkongsian DiSINI

Benarlah kata-kata dari sahabat ana, penulis laman SangPelangi.Siri Pelangi bukan ada 7 siri warna, sebaliknya masih ada satu siri lagi….

iaitu siri merenung diri.

Semoga terus berusaha buat semua sahabat-sahabat dimana pun kalian berada.

Buat yang akan pulang ke tanahair, peluk dan ciumlah ibu dan ayah kalian.Hargailah peluang yang hadir dengan sebaik yang mungkin.

Buat teman-teman di tanahair, selalulah bertanya khabar buat kedua-dua insan tersayang kalian, biarlah sesibuk mana aktiviti kalian.

Peduli.

Ambil tahu.

Cuba berkongsi.

Ingin mencari solusi.

Penyelesaian.

Mungkin merupakan beberapa konotasi kata dan istilah yang berkait rapat dengan golongan yang bergelar siswa atau maha siswa.

Siswa itu dasar bagi kosa kata siswazah.Golongan yang memburu ijazah.Namun bila disebut maha siswa, satu perkataan yang turut terlintas difikiran adalah maha guru.Mengapa kalimah ‘ maha ‘ digunakan ?

Saya bukanlah penuntut khusus di bidang sastera.Walaupun ia bukanlah satu alasan yang mutlak, namun secara jujurnya saya tidak tahu menahu, dibalik  falasafahnya apa itu erti ‘ maha ‘ di sudut kalimah ” maha+siswa ” …

Namun, saya tidak besar diri untuk jarang mengucapkan kalimah besar yang juga mengandungi ucapan ‘ maha ‘ :

bismillah

Dengan nama Allah, Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Penyayang.

Maha itu adalah satu erti kata yang cukup agung.Mulia.Tinggi darjatnya.

Begitu firasat saya cuba meneka.

Jesteru kaitan perbincangan asal iaitu mahasiswa merupakan golongan yang diberi anugerah oleh Allah ,untuk mebimbing masyarakat.Intelek yang ada tidak wajar diumpamakan seperti cantuman kepingan besi yang bernama robot.Kerana manusia itu , amanah kehidupannya adalah sebagai seorang hamba dan khalifah.

Selaku hamba, pengabdiannya kepada yang Esa.Allah menjaga hambaNya serapi-rapinya, mengapa kita sering alpa dari menjaga Allah serapi-rapinya..! Amanah khalifah jua, natijahnya adalah berkaitan dengan tanggunjawab.

Jesteru, kembali kepada tanggunjawab mahasiswa, saya ingin berkongsi sebuah laman ‘ TALK BATLE ‘, sebuah rancangan diskusi ilmu dari media Jepun.Penuh karisma pada pembawaan isunya.Laman ini saya tujukan perkongsiannya khas buat adik-adik serta teman-teman lain di jepun, agar dengan sedikit penguasaan bahasa dan keterbukaan medan ilmu ini, patut kita raikan sebijak-bijaknya.

Siswa harus luas rasa kepeduliannya.

Peduli itu satu elemen dalam aspek tanggunjawab.

Touron.(  討論 ) – talk battle.

Souten.( 争点)- point of issue.

Sebuah rancangan media yang juga dikompilasikan di internet, menampilkan barisan kepimpinan jepun, golongan cendikiawan seterusnya hadir di meja bulat, mengisi sebuah petemuan ,mencari titik kemajuan pada jatuh bangun negara jepun.

Ekonomi dibahas.Isu-isu tempatan.Cukai (Zeikin) .Dan pelbagai lagi istilah ilmu yang bersifat berat dan berunsur kemasyarakatan.Mungkin, pelajar-pelajar senior jepun, akan lebih mudah memahami arus perbincangan dengan kelebihan penguasaan bahasa mereka dan pengalaman jangka masa keberadaan mereka dalam suasana komuniti jepun.Penguasaan bahasa saya masih ketinggalan berbanding senior-senior yang lain.

Saya masih cuba bertatih untuk memahami dan menganalisis.Proses dan perubahan dari fasa bertatih, berjalan dan berlari patut dikongsi sama bersama semua.

Moga rakan-rakan siswa yang lain turut sama kita belajar peduli.

Cuba peduli …Kerana kalian adalah mahasiswa.

Sumber perkongsian :Link Battle Talk, perbincangan debat meja bulat jepun.Klik disini.
battle talk

Nota kaki bagi sebuah perkongsian, kearah berlatih peduli masyarakat untuk ujian temuduga kemasukan universiti.

Buka minda, celik hati ,luas pandangan.Mutiara kebaikan itu adalah kehilangan buat islam.Dimana kalian jumpai, maka ceduklah ia untuk sisi pengislahan.

Next Page »