May 2010


Alhamdulillah, dapat juga menulis. Bulan 4 tamat sudah. Bulan 5 mengambil tempat. Berjuang dan berperang dengan diri sendiri , ada ketika kalah dan menang. Bermula dengan peralihan di suasana kerja, menjalinkan perkenalan dengan komuniti baru , seterusnya kembali untuk berada di landasan kembali. InsyaAllah, mahu laju lagi pecut ke hadapan.

Usrah adik-adik.

Petang ini juga, aku sudah memulakan bacaan al-quran , dimulai dengan surah-surah kecil bersama adik-adik nakalku. Berkomunikasi dengan adik-adik kecil, menuntut diri sendiri juga berada di tahap mereka. Sesuai dengan pemikiran mereka. Seronok, kelakar dan serius , kadang-kadang perlu berganti.

adik-adik

Adik-adik nakal ku. Aqil ; yang bijaksana. Dan Ahnaf ; yang berpegang teguh pada agama.

Maksud nama mereka.


Cuti 5 hari lepas.Cuti panjang di jepun.

Aku sempat berkunjung ke program anjuran ipij. Seronok dan dapat re-charge balik suasana tarbiyah. Bertemu adik-adik baru , dan abang-abang bekeluarga. Banyak perkara yang ingin dikongsi, namun jika tidak terus di tulis, atau kurang catatan , perkara tersebut akan mudah hilang.

sahabat2

Dekati alam , terapi rohani.

Senior yang tidak hadir ke program, beri tarbiyah secara tidak lansung.

Ada seorang seniorku, yang tidak dapat hadir. Aku dan dia, serta isterinya berasal dari sekolah yang sama. Kolej Islam Klang, dan kini bermusafir di rantau orang. Melatih diri , seterusnya ingin terus berkongsi dan memberi.

keluarga solehahKeluarga solehah , Brother Khairuddin dan Sister Hanisah . Bersama baju ipij.

Doakan kami.

Hari ini juga hari ibu, kata masyarakat jepun.

Okaasan, arigatou. Ibu, terima kasih.

Alhamdulillah, telah selamat menghabiskan kursus kerja di bahagian yang pertama dalam tempoh sebulan. Sebelum masuk syarikat , dikehendaki menghadiri 2 buah kursus motivasi pekerja baru . Anjuran syarikat swasta . Pada permulaan kerja, rasa letih berbeza ketika waktu belajar. Nikmat petang hari Jumaat, cukup bermakna.

balik kerja

Balik kerja !

20 pekerja baru , merupakan pengambilan yang agak ramai. Berbanding suasana pada tahun lepas, iaitu 10 orang. 6 orang, merupakan pengambilan untuk bahagian pengurusan , manakala bakinya untuk bahagian kejuruteraan. 20 sekawan, pelbagai ragam dan karakter masing-masing. Ada kala, kami terlalu letih dan ada ketika , kami akan sama-sama seronok.

Di awal tempoh kerja di jepun, aku banyak memerhatikan apa yang beza, berbanding suasana belajar. Aku masih teringat kata-kata dari seorang adikku. ” Kerja di jepun , jadi robot ker ? ” Aku tersenyum.

Sehingga kini, aku mampu untuk mengatakan bahawa persahabatan selama sebulan ini, lebih aku rasai berbanding selama 3 tahun berkawan dengan teman-teman jepun.

Orang jepun tidak banyak berbeza dengan orang kita. Perbezaan budaya mereka, aku raikan ; budaya kita , mereka hormati. Malah, kadang-kadang mereka lebih kedepan. Di waktu kursus , sebelum aku minta kebenaran untuk tempat khas solat, sudah ada temanku yang tolong bagitahu. Dapatlah aku solat di sebuah bilik mesyuarat khas.

Subhanallah. Banyak sungguh nikmat Allah, yang sering aku lupakan.

Sekarang, cuti khas di jepun selama 5 hari. Cuti Goden Week. Semalam berborak panjang dengan member baikku, Kameo.

Kameo, Takuya dan Kentarou

Akan berusaha untuk berkongsi cerita lagi dari jepun.

Salam persahabatan buat semua sahabat-sahabat.