Catatan Peribadi


Syukur.

Alhamdulillah.Masih diberi peluang untuk berkongsi.Hari ini, diberi nikmat lagi oleh Allah untuk menghadiri Konvensyen Tarbiyah Anak Muda Kelantan 1433H,bertempat di PUTIK,Pengkalan Chepa.Program selama 2 hari yang berlansung mengariskan 5 objektif utama;

1. Memahami tanggunjawab dan peranan sebagai pendokong gerakan islam.

2. Memahami seni operasi kerja islam semasa menghadapi pihak lawan

3. Membina hubungan 2 hala mantap antara pimpinan dan pelapis pimpinan

4. Meningkatkan semangat juang dan kesedaran tinggi

5. Menghimpun idea atau muhasabah terhadap tindakan yang telah dan akan dilaksanakan

Aku sempat menghadiri hari yang ke-dua sahaja.Hari pertama,akibat kekangan kerja,aku tidak dapat turut serta. Tidak menghadirkan diri pada hari pertama,menyebabkan aku tidak dapat bertemu dengan Murabbi Hj Yahya Othman.Hanya dapat melihat namanya sahaja pada senarai atucara majlis.Murabbi Hj Yahya Othman,merupakan individu sebaris dengan Tok Guru,bagi PAS.

Jatuh hati dengan gerakan islam PKS.

Pagi ke-dua,Sabtu;aku hadir dan terus mendaftar. Program dimulai dengan Sesi 1,pengisian dari Tetamu Partai Keadilan Sejahtera,Indonesia; Pak Wibawo. Sesi 1 bertajuk ; Kita dan gerakan islam global,menghadapi cabaran masa kini. Pengisiannya padat dengan istilah-istilah tarbiyah. Banyak perkataan baru juga aku pelajari. Pelbagai video turut ditayangkan. Gerak dan hala tuju PKS. Strategi tarbiyah, kemahiran leadership dan konsep qiyadah di pelbagai peringkat juga diberi gambaran.

PKS diberi amanah di Indonesia.PAS diberi amanah di Malaysia.

Antara perkara menarik yang dikongsi,adalah kekuasaan atau dengan kata lain,kemenangan politik ; perlu disokong oleh sumber ekonomi yang utuh.Ekonomi pula disokong dengan asas sosial dan pendidikan yang kukuh.Ertinya, kestabilan sosial dan kesedaran perlu sentiasa di beri kepada semua,dan digiatkan dengan pelbagai platform.

Ekonomi Turki,kebangkitan keadilan islam.

Jika PKS,di Indonesia untuk PEMILU 2014, jika PAS/PR di Malaysia untuk PRU 2013 ;matlamatnya sama iaitu memenangkan kebenaran dan keadilan.Hari ini,kita dapat melihat bukti bila PR mentadbir beberapa buah negeri,dan ekonomi negeri-negeri terbabit naik mendadak.Hal ini,membuktikan bahawa sebagai anak muda,aku tidak akan teragak-agak untuk menyokong PR.Memberi sokongan untuk PR. Di turki, sebelum AKP mengambil alih leadership , tukaran LIRA berbanding DOLAR sangatlah rendah.Tapi hari ini,nilai LIRA semakin meningkat.Ini bukti jelas,dengan konsep keadilan islam yang diterapkan oleh AKP,ia memberi kemajuan.Benar,islam adalah rahmat untuk segenap alam.

Sesi soalan terbuka.

Dengan tema konvensyen untuk anak muda,banyakn soalan dari golongan remaja dan warga kampus berkisar tentang taadud jemaah. Jawapan dari Pak Wibawo cukup baik dan bersikap terbuka tetapi berteraskan prinsip yang kukuh. Kita hendaklah sama-sama saling berlapang dada.Hanya perlaksanaan kita sahaja kadang-kadang berbeza,namun matlamat kita sama untuk memenangkan islam.Pada pendapatku, andai pilihan raya jalan untuk memenangkan keadilan,maka semua kader  di pelbagai lapisan jemaah,MESTI menyatakan sokongan terhadap PAS dan PR.

Mahasiswa Indonesia, Tragedi Trisakti dan Semanggi Bridge-Kuasa Siswa.

Aku sempat menanyakan soalan pada Pak Wibawo. Melihat video tayangan rapat umum di Indonesia,suasananya cukup aman. Warga kampus juga dapat melahirkan suara dan harapan mereka dengan baik sekali di jalanan.Aku pun melontarkan pandangan, adakah di Indonesi tiada akta AUKU. Adakah kuasa siswa di sana tidak dikekang oleh FRU atau sebarang campur tangan luar? . Soalan ini dijawab dengan tayangan 2 video. Jawapan tanpa ucapan, namun bukti jelas siswa di sana lebih di tentang. Tragedi Trisakti dan Semangi Bridge pada 1998, merupakan era kebagkitan suara siswa di Indonesia. Jika kita ,pada 1998,Anwar menjadi mangsa.Namun, disebarang Indonesia, nyawa siswa dan orang awam jadi taruhan. Di youtube juga,ada diceritakan kisah tragedi ini. Bahasa yang satu,adalah bahasa keadilan.
pks

Anak muda, golongan mahasiswa;sama-sama kita bangkit.

Dengan ilmu, kita meningkatkan diri.

Advertisements

Apalah erti hidup…kalau tanpa teman, kawan-kawan…lebih malang kalau tanpa IMAN, tak kenal tuhan.

-Falah Azizan.

kehidupan

Teman hidup.

Teman-teman dalam hidup.

ketenangan

Tahniah kepada Naim Othman, yang baru saja selesai majlis mendirikan masjid, berteman hidup.

Semoga hidup bahagia dunia akhirat, insyaAllah.

http://falah.fotopages.com/?&page=0

Alhamdulillah, dapat jugak menulis. Sudah dekat 2 bulan bekerja di Kelantan. Rohm Wako. Berjalan kaki , lebih kurang 5 minit ke syarikat rohm. Dulu, hampir satu jam . Makan pagi pun, sedap. Berlumba-lumba semua pekerja. Rehat tengahari , makanan di beri harga separuh dari biasa.  Semoga dapat syukur selalu. Dulu, makan tengahari sekali dengan 20 orang satu batch, di jepun . Sekarang,  makan tengahari, dapat makan dengan lebih ramai pekerja-pekerja lain.

LED ROHM

Sekarang , diamanah berada di bahagian QC, LED. Dulu, waktu kerja di Jepun ; bahagian QC lah yang selalu kene balik  lewat. Hujung minggu pun, ada hari kena standby. Teringat sungguh aku pada geng baikku, Kameo kun.Kameo, seorang saja yang terpilih masuk QC. Kameo ; budak yang nakal-nakal sikit. Tapi, ulat buku jugak kadang-kadang . Dan perokok . Selalu berbasikal sekali ke syarikat. Selalu kongsi cerita pasal kamen rider. Selalu pinjam duit aku, waktu tak cukup duit . Kameo…Kameo…

Satu hari, waktu mahu pulangkan balik duit yang dipinjam , ditampalnya duit kat depan pintu rumah.

“no money, no life “. Nota yang di lekatkan sekali ngan duit.Nakal.

PERBANDINGAN

Sekarang, di tempat kerja baru, tak banyak berubah. Waktu balik kerja; lebih kurang sama. Cuma suasana kerja, lebih tenang. Bukan bermakna, masa lapang ada banyak. Selalu teringatkan syarikat dulu dan sekarang. Teman-teman dulu dan sekarang.

Dulu, hujung minggu; main futsal dengan budak-budak yamanashi university. Kadang-kadang , main futsal dengan rakan jepun. Bergabung syrikat di tokyo dan di yamanashi. Dan ada kala jugak, pi keluar pergi outlet sekali dengan kawan jepun. Ataupun, jalan-jalan hujung minggu dengan Badrul dan Shuhei kun.2 sahabat baik , jumpa di luar waktu kerja. Silaturahim, hadiah dari Allah.

Sekarang, main futsal bersama operator , technicion dan engineer-engineer kilang. Kadang-kadang keluar pergi latihan dikir barat. Satu ruang jugak untuk bergaul, kenal lebih ramai orang dan belajar bahasa kelate. Program tabiyah berjalan slow sangat. Sempat jugak pergi dengan ketua bahagian ke ceramah di Masjid Mukim Che Kok. Lepas kerja, pi dengar ceramah. Tapi, baru jah sekali. Sedang cari ruang lagi.

Hari ni, baru start cuti tahu baru. Ada rakan sekerja yang akan berhenti untuk sambung master. Banyak perkara yang boleh belajar dalam setiap hari.

QC

Rakan-rakan sekerja. Satu persahabatan.

Fastaqim.

ustaz

“Ayat apa tadi akhi?, surah apa?”

Tanya sang murabbi dengan cerlungan mata pada peserta program.

“Ayat apa yang akhir ana cakap tadi…?” Tanya beliau dengan tegas, peserta  akan menunduk.

“Mengapa enta tak menulis semasa ana berkuliah?”  Tanya sang Murabbi dengan tatapan tajam disebalik bingkai kaca mata kepada peserta tamrin.

“Mengapa tak menulis dalam jawi?” Tanya Ustaz lagi pada seorang peserta yang duduk di barisan hadapan, teman ini pucat, lulusan kampus tempatan ini adalah produk dasar pendidikan negara yang tidak bersahabat dengan tulisan jawi.

“Ana sayangkan antum semua ini, antum semua anak ana, antum semua masa depan perjuangan Islam” kata sang murabbi dengan lirih, mata beliau berkaca dengan patah kata yang tersekat.

– tulisan ustaz riduan.

tok guru ana

hidup beragama

Sultan dan Ulama'

Suasana Malaysia, suasana beragama.

Pinjaman nikmat dari Allah

Alhamdulillah. Diberi peluang dan nikmah oleh Allah berada dalam 10 Ramadhan terakhir. Ramadhan tahun ini, berbeza. Alhamdulillah, diberi pelbagai anugerah nikmah lagi dan lagi oleh Allah. Sebagai ujian buat diri, adakah ana bersyukur dengan segala pinjaman yang diberikan. Adakah ana mampu berkongsi dengan segala pinjaman yang diberikan oleh Allah. Adakah ana amanah dengan pinjaman yang diberikan ? Adakah pinjaman yang diberikan ini, melalaikan ana untuk berada dalam linkungan tarbiyah ? Ya Allah, ana merayu lagi dan lagi. Tempatkanlah hamba Mu yang hina dina ini dikalangan hamba-hamba Mu yang soleh.

Hamba-hamba Mu yang menyerahkan kehidupan mereka hanya untuk mengikuti syariatMu. Hamba-hamba yang Engkau pelihara kehidupan mereka di dunia dan di akhirat. Malu, untuk meminta sedang aku masih jauh dari menyerahkan kehidupan ini untuk agama Mu.Allah, di pagi Ramadhan ini , aku bermohon lagi. Semoga dosa-dosa ku diampunkan. Semoga amal ku, memberi manafaat untuk orang sekelilingku. Ya Allah, bersihkan hatiku. Payah untuk ikhlas, maka permudahkanlah diriku untuk istikhlas. Duhai Allah, dekatkan aku, untuk mengikuti perjalanan hamba-hamba solehMu. Bersedia dan menyiapkan diri untuk berada dalam satu angkatan perjuangan. Pimpinkan lah diri ini selalu, duhai Allah.

Deparment Terakhir.

Pagi ini, ana akan memulakan kursus di syarikat di bawah deparment terakhir. Department lukisan kejuruteraan. InsyaAllah, setelah berakhir, kursus yang terakshir ini, ana akan bertugas di bahagian yang sama bermula bulan 11. Sehari demi sehari berlalu. Banyak perkara yang cuba untuk dicatat. Semalam, berakhir, sesi perbentangan kursus bulanan yang ke lima. 5 buah department, selama 5 bulan. Jadual kursus berubah. Ada sahabat yang mula ditempatkan ke department tetap bermula pada bulan ini.

Lapang dada menerima ilmu.

InsyaAllah, hari-hari akan terus berlalu. Bagaimana untuk ana mengisinya.. Bagaimana untuk ana menghiudpkannya…Bagaimana untuk ana memaknainya..Moga satu hari nanti, kesemua ilmu ini beerti bukan hanya untuk diri.InsyaAllah.

Sahaja aku bekerja esok pagi kerana Allah.

kerja

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, sudah merasai 2 kali tarawih di bulan Ramadhan. Masuk hari ke dua berpuasa. 2 hari dapat bersahur juga, nikmat Allah yang besar. Subuh di Yamanashi ketika ini masuk sekitar jam 3 : 30 pagi. Berbuka puasa pula sekitar jam 6 : 40 petang . Mungkin tidak banyak berbeza dengan tempat-tempat lain di jepun.

Bulan Ramadhan, bulan berinfak.

Semoga kita sama-sama berusaha untuk selalu berinfak.

” Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada  seratus biji.  Allah melipat gandakan bagi siapa yang Dia kehendaki , dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui ” – Al – Baqarah , ayat 261.

Alhamdulillah, syukran jazilan pada sahabat ana, saudara Faiz atas tulisan beliau yang beri semangat untuk ana juga mencatatkan sesuatu. Bulan Ramadhan bulan perlumbaan. Bulan Ramadhan bulan mendidik diri untuk berubah. Alhamdulillah juga, kebetulan awal Ramadhan pada tahun ini, ana mendapat cuti dari syarikat selama seminggu bersempena cuti rasmi di jepun. Namun, masa yang agak singkat kurang memberi ruang untuk pulang ke terengganu. InsyaAllah, rancangnya pada tahun depan.

Sebelum Ramadhan bersama komuniti Yamanashi

1 Memanjat Gunung Fuji

Fuji

2 Camping di Air terjun Ojiro

Pelajaran demi pelajaran

Belajar mengambil peluang untuk tadabbur , dan ada kala leka. Belajar bergaul dan cuba mengenali peribadi sahabat-sahabat di sekeliling. Alhamdulillah, beroleh sebuah keluarga baru lagi di daerah Yamanashi. Semoga persahabatan kami, dipelihara Allah .

Mencari ruang dan peluang untuk memberi pesan dan belajar serta terus belajar tentang kehidupan dari semua manusia di sekeliling. Mesti tekad mentarbiyah diri. Rendahkan diri, tidak mudah mengaku kalah dan sedia belajar !

Azam Ramadhan

1 Menjaga waktu solat dengan lebih teliti

2 Menjadikan al-quran sebagai teman setia

3 Mengambil berat lebih lagi dengan amanah yang sedia ada

4 Menjaga bahan bacaan

InsyaAllah, jom cuba jaga amal islami dengan lebih baik di bulan Ramadan ini. Sebagai bekal kekuatan di 11 bulan yang seterusnya.

Semangat Namlu sebagai pesanan kehidupan

Pada kesempatan ini , suka untuk kongsikan sebuah kisah dari seorang sahabat. Sebuah cerita  tentang  SEMUT . Semoga beroleh pelajaran bersama. Tulisan saudara Kamil Halim dari bumi Korea Selatan.

Salam Ramadhan kareem,

Koufu, Yamanashi,  Catatan pada 2 Ramadhan.

Next Page »