November 2008


Tajuk yang mungkin wajar ditulis adalah “aku budak jahat”.

*****

Petang,setelah pulang daripada kuliyah,aku sempat menghirup udara sejuk dari tingkap luar.Udara sekarang tidaklah sejuk yang melampau.Mungkin jua sekadar sejuk yang sederhana,pada pengamatanku.

snow

Namun,di puncak gunung di belakang kolej,salji sudah menampakkan kehadirannya.Walaupun masih ada pohon yang bewarna,tinggalan musim luruh.

Bunyi burung gagak,atau barangkali jenis yang serupa dengan spesiesnya,memancing telingaku untuk memerhatikan pergerakan kumpulan mereka.Sudah 2 hari gelagat burung-burung di belakang kolejku,dapat ku perhatikan.Hari pertama,sempat juga aku merakam videonya,sekitar 3,4 minit.Ingin sekali,aku perlihatkan pada adik-adikku.

“Asrama kolej abang,seperti zoo haiwan di belakangnya.”,mungkin itulah antara perbualan yang ingin ku sampaikan secara berseloroh kepada adikku,ahnaf dan aqil di kampung.

burung Burung ohh burung.Kadang-kadang teringat jua aku pada lagu burung oh burung mengapa kau….seirama dengan dendangan lagu katak ohh katak.Namun,beberapa hari ini,aku sangat terkesan dengan kisah burung yang datang ke rumah jenazah syuhada’ Bali.Adakah mereka jua,seperti syuhada’ Memali…?

Hanya Allahlah yang lebih mengetahui akan nasib hamba-hambaNya yang dikasihi.Tanah Bali dan tanah Memali,seakan-akan menyimpan peristiwa bukti dan saksi yang punyai persamaan.Bagaimana pendapatmu??

*****

Kadang-kadang aku teringatkan kisah manusia yang tinggal di tengkolok burung hijau setelah mereka meninggalkan dunia yang fana ini.Kuliyah Ustaz Fauzi sewaktu aku memang seorang pendiam,yang kerap kali aku menjadi pemerhati PBB di dalam kelas,kembali di kenang tika waktu bersendirian.

Ada kala,aku teliti mendengar,dan ada kalanya jua,aku bermimpi terawang-awang entah ke mana.Adakah aku tertidur,atau sengajakah aku tidur.Duhai,diri..sekarang baru aku rindukan kuliyah-kuliyah agama.

Benar sekali sifat manusia,seringkali rasa tidak cukup dengan apa yang ada,sebaliknya sentiasa mencari dan terus ingin menggali apa yang tiada.Tidakkah lebih baik,engkau terus belajar untuk bersyukur dan mensyukuri?

Berbalik dengan kisah burung tadi,kuliyah yang disampaikan adalah kelas tafsir.Seingat aku,ada sebuah hadis yang mengisahkan tentang mujahid yang telah bertuah menemui janji tuhanNya.Namun,andai aku tidak lupa,antara isi lainnya adalah mujahid itu tidak mati seperti yang dianggap oleh orang kebanyakan.Akan tetapi,mereka hidup di sisi TuhanNya.

Ku doakan semoga roh-roh para mujahidin di tempatkan di tempat yang diredhoiNya.Juga diriku,yang pantaskah beroleh gelaran seperti mereka, andai akhlak ku tidak semulia mereka?

*****

Aku budak jahat.

Sewaktu kecilku,antara hobi kegemaran aku dan adikku yang ke dua,adalah menjual tikam.Kami juga begitu kreatif menjualnya sehingga keuntungannya berlipat kali ganda.Kami membelinya di pasaran gelap iaitu di sebuah rumah taukeh besar cina.

Aku juga pernah mencuri di kedai di hadapan sekolah.Teknik aku begitu berkesan.Tidak mudah untuk aku di kesan,malah amat sukar untuk aku di tangkap.Aku juga pernah mencuri buah di rumah musuhku sewaktu usai sekolah rendah.Siap aku lari lintang pukang,kerana di kejar ayahnya.Aku bukan budak baik.Tapi aku ingin sekali jadi baik.

Aku juga sangat sayangkan budak jahat sebagaimana aku juga sayangkan diriku sewaktu aku jahat.Manusia tidak dapat berubah andai dia sendiri tidak berusaha untuk berubah.Itukan sudah janjiNya.

Maka aku perlu terus berubah.Berubah untuk hari esok yang lebih baik pada hari ini.Berubah untuk menunaikan tanggunjawab yang akan terpikul pada hari esok dengan lebih bersedia.Juga berubah untuk bercita-cita mempelajari akhlak para mujahid Allah.

ketenangan Moga hidup kalian gembira di dalam tengkolok-tengkolok burung disisiNya.Aku sangat merindui kalian.

Semoga jiwa-jiwa yang tenang,
kembalilah kepada tuhanMu dengan hati yang redho dan di redhoiNya.
Semoga keredhoan Allah,itu matlamat dirimu.

Musuhilah selalu dirimu yang bisa berpijak di dataran kemaksiatan.

1:01 Pagi.Catatan kendiri.

Advertisements

bola la Tamat sudah sebuah pertemuan besar antara team-team bola.Kesempatan menjadi sebahagian daripada gerak kerja program,merupakan satu peluang yang beharga.Kesempatan yang kadang kala meletihkan,namun mungkin jua berjaya untuk berubah menjadi sebuah ruang untuk lebih mengenali diri sendiri.Mengenal apa erti usaha sama.Mengambil tahu erti puas hati.Serta tidak mudah mengalah dengan kewujudan rasa marah yang kadang-kadang tenggelam timbul kerana aku jua seperti kalian,adalah manusia yang di ciptakan dengan nafsu.Sering jua melakukan keburukan.Dan memang banyak kesalahan yang telah ana lakukan padaNya.

Otsekaresamadeshta kepada semua. (Semoga segala keletihan semua terbalas olehNya)

Semoga ketemu lagi di program yang akan datang.Rindu jua bertemu kalian,duhai roh-roh islam.Namun,kadang kala tidak berkesempatan diri ini untuk mengungkapkan segalanya.

*****

Hari ke dua sebelum perlawanan bola diadakan,padang kolej sudah menebal dengan salji yang turun selama 2 hari tanpa henti.Namun,ketika hampirnya ke hari program,alhamdulillah salji semakin mencair.Mungkin inilah taikai (pertandingan) yang paling sejuk pernah diadakan.

“Naze konna jiki….sakka taikai yaruu no?”

( mengapa tika musim sejuk begini,kamu semua anjur taikai bola ? )

Teringat aku pada kata-kata jenaka,yang diucapkan oleh tutor japaneseku sebelum mendirikan khemah untuk program.Mungkin tidak lagi pada tahun akan datang,monolog aku sendirian.

*****

sahabat “Razif,dai (universiti) mana sekarang ? Gunma dai? Dah tahun 2,ke tahun 3 ? “,tanyaku tanpa segan.

Razif,kenalanku yang agak istimewa.Bertemu kami juga atas jejak sebuah pemusafiran.Bertemu kami di perhentian bas,ketika menghantar aku untuk berlepas ke klia.Sebuah dakapan dari sahabat,semoga selamat perjalanan sampai ke bumi nihon,untuk hijrah kali yang seterusnya.Sedar-sedar,razif sudah berada di tahun akhir pengajian.Tahun depan,akan graduate.InsyaAllah. “Aku ni dah tahun 4.Ha ha.Tahun depan,dah nak balik.Kau tu masih lama.Banyak lagi misi…..”,begitu pesannya.Arigatou atas hadiah ringkas darimu.Moga kita ketemu lagi,atas perancangan dariNya.

*****

Di kesempatan ini juga,aku ingin memberitahu bahawa ada seorang sahabat yang sedang menerima rawatan perubatan di sebuah hospital,setelah kemalangan dalam perjalanan pulang dari taikai.Beliau telah menerima beberapa jahitan di kepala.Keadaannya sudah stabil dan bertambah baik.Doakan jua,semoga dapat kembali genki (sihat) semula.Doa dari kalian,itu ucapan yang paling ku harapkan.Walaupun tanpa kenal,namun cukuplah semoga roh kita pernah ketemu suatu ketika dulu,atas sebuah janji dan semoga akan bertemu kembali di tempat yang di redhoiNya.

Catatan 9:25 pagi.Meja study.

*Ingin sekali cerita tentang sebuah projek besar.Kalian mahu tahu….

moga ketemu lagi. jom

KLIK SINI

Bismillah
sahabat Arigatou sahabat.

“Setiap amalan ada ketika semangatnya.Dan semangat itu jua,ada ketika futurnya(lemah semangat).
Penyelamatnya adalah jiwa yang menerangi dan himmah(semangat) yang berterusan.”

Namun,teman dan sahabat jualah,yang mampu menjadi penyelamat,andai kita bisa terlalai.

Sahabat,teman dan saudara seakidahku,
andai semalam,bisa engkau menasihatiku dengan kata-kata semangat,
maka percayalah,bukan kata-kata ucapan terima kasih dan syukran jazilan yang ingin sekali ku lafazkan,sebagai balasannya.

Namun,jauh di sudut hati ini,
sebagai adik beradik,
andaikata hari semalam atau hari ini,
kau mampu memberi kata-kata nasihat buatku,
untuk terus bersemangat di lapangan dakwah dan pelajaran ini,
ku sangat berharap moga hari-hari ESOK jua,
kau mampu menasihati ku lagi.
InsyaAllah.

hadiah

hadiah tulus

village

“Sumimasen,sumimasen,sensei.Neboushimashita.”
“Mintak maaf,minta maaf,pensyarah.Terlajak tidur.”

Masuk ibe dan sahabat baiknya ke bilik kuliyah dengan muka yang bersalah.

Minggu ni merupakan minggu yang paling ramai pelajar  terlewat masuk ke bilik kuliyah.Lebih-lebih lagi pada waktu kuliyah yang pertama.

Selang 30 minit kemudian,masuk lagi seorang pelajar lain.

“Hontouni sumimasen.neboushimashita”

“Benar-benar bersalah,mintak maaf.Terlewat bangun.”

Balas ibi pula menjawab pertanyaan ringkas sensei ku,yang menanyakan alasan kerana lewat.

*****

Kuliyah di papan hitam,terus disambung semula.Tidak banyak persoalan yang di tanya,begitu juga sebaliknya.Tidak banyak jawapan yang sudi di berikan oleh teman-teman jepun ku yang lain.Senseiku kembali menumpukan kepada syarahan kuliyahnya,sambil kapur putih menari-nari laju mencatatkan nota.

Minggu ini,sedikit perubahan yang kurang baik berlaku kerana semakin meningkat jumlah yang terlewat hadir ke kuliyah atas alasan terlepas tidur.Aku mengandaikan,mungkin teman-temanku sedang berusaha bersungguh-sungguh,sehingga berjaga di lewat malam.Aku juga ingin menyertai mereka,namun aku berharap agar tidaklah terlewat hadir ke kelas. 🙂

Lewat 20 minit,kuliyyah di anggap tidak hadir.10 saat atau 1 minit lewat sekalipun,di anggap LEWAT.

Masa,masa dan masa.Manusia sering bertarung dengan mu.Kerana masa jua,ramai manusia yang tergolong menjadi insan yang berada dalam kerugian.Aku juga seringkali rugi…

*****

Pada tahun pertama kedatangan ku ke kuliyah,ku dapati sensei-sensei ku agak tegas dan kata orang sebelah sini;agak “kibishi sugiru kana” (terlampau tegas,barangkali).Namun,setelah menjejakkan kaki ke tahun kedua ini,dapatlah aku membaca hati budi sensei-senseiku sedikit-demi sedikit.

“Orang jepun sangat pentingkan masa,usaha dan kesungguhan.Jadi,berusahalah bersungguh-sungguh.Jangan buat malas dalam kelas.Dan patuhi masa dengan baik.”-begitu pesan salah seorang seniorku.

Secara umum dan kasarnya,begitulah pemikiran sensei-sensei jepun.

*****

Begitu jualah,natijah kepada sebuah kehidupan ini.Dia akan menguji sejauh mana usaha kita.Biar sekalipun,manusia lain yang mengukur dan mentafsir kita dengan penilaian dunia yang berbeza.Ada yang kurang berjaya,namun lebih di ujiNya,kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.Masa dan waktu jua,yang menjadi saksinya.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan kemarin.

Salam kembara,
maple “Boleh kamu terangkan tentang apa yang kamu suka dan apa yang kamu paling tidak sukai ketika musim luruh?”,soal Paul sensei memulakan sesi kuliyahnya.

“Antara perkara yang paling saya suka ketika musim luruh adalah warna dedaunan maple.Kemudian,buah persimon dan kesegaran buah epal tempatan.”

“Lagi satu perkara,makanan yang di masak tidak perlu di masukkan ke dalam peti sejuk.Letak di luar pun,tidak mudah rosak.Mungkin kerana suhunya.”,aku berteori mudah.
maple “Suasana daun yang jatuh juga merupakan salah satu perkara yang di sukai.Kemudian,yang terakhirnya,sangat mudah ‘jatuh’ tidur.”,aku terus menambah point seterusnya.

Begitulah suasana perbentangan ketika kelas oral communication kami,bersama seorang sensei dari Canada;Paul sensei.Apa yang menariknya,perjalanan kuliyah oral seakan-akan menyoroti perjalanan alam,menelusuri ragam manusia dan cuba membaca situasi semasa.Baru-baru ini,sempat juga kami berbincang berkenaan pemilihan dan kemenangan calon Presiden America yang baru.

We wait for CHANGE! We PRAY for the better future!

*****

Shinji,betul ke,musim luruh dikaitkan dengan musim membaca di kalangan warga jepun?”,tanya senseiku meminta penjelasan,setelah tertarik dengan hujahnya yang menyatakan sedemikian.

“Bagi orang ‘bahasa jepun’,ops tersilap….bagi orang jepun,musim luruh sering di ‘sinonim’kan dengan season to read,eat food and play sport.”,terang Shinji lagi,disokong oleh fakta dari teman di sebelahku,Gondaira.(nama yang agak menarik,teringat kisah raksasa Ultraman dizaman budak-budak 🙂 )

Aku terus berfikir,sejauh manakah kebenaran kata-kata tersebut,namun jawapan yang memuaskan sukar untuk diperolehi.

“…malam yang sangat panjang,tidak dapat bermain bola di padang luar,makanan akan cepat menyejuk setelah dihidangkan dan yang paling kritikal,adalah pertarungan sengit untuk bangkit dari tidur.”,penerangan perkara yang tidak disukaiku di sudahi.

Sejenak,memikirkan kejadian alam,alangkah indahnya ciptaan Ilahi.Daun-daun pun bewarna-warni,apatah lagi manusia yang bermacam ragam dan recamnya.Setiap yang berlaku pasti terselit hikmat dariNya.

*****

“Pagi,sejuk yang amat sangat.Ketika datang ke kolej dengan berbasikal,tangan sampai menggigil-gigil.”

“Kamu tak pakai ke sarung tangan?” tanya sensei ku,pantas ingin melahirkan perasaan ingin tahunya.

Balas temanku lagi,walaupun telah memakai sarung tangan,namun keadaan sekeliling yang sangat sejuk,kadang-kadang amat menyukarkan.Aku sangat terkesan dengan kata-katanya lagi;”Sewaktu kuliyyah pertama atau kedua,kadang-kadang jari-jari sukar untuk bergerak.Mungkin sebab keras sangat kerana kes sejuk tadi.”

Kami sama-sama tergelak.

Agak lama,kata-kata tersebut terpahat di fikiranku,lantas apa yang dapat ku simpulkan bahawa AKU MESTI TERUS BERUSAHA DENGAN KUAT! Sudah pasti semangat temanku,walaupun orang jepun sekalipun,itulah antara kesungguhan yang di ajar islam.Arigatou sahabat,kerana sudi berkongsi sedikit kesusahan dalam rencah belajarmu.

*****

“Duan,ni lauk ikan dan sedikit kicap.”

teman

“Boleh je.Ikan goreng dan kicap pun sudah mencukupi.”,balasku ringkas,menyahut ajakan Rozaimi sewaktu rehat,kelas agama petangku.

Namun,sedikit kehairanan.Kicap kali ni,rasanya lain dari yang lain.Sedikit masin,namun masinnya,masin yang sedap.Apatah lagi,sedap yang luar biasa. 🙂

“Itulah budu,duan.Ni kita makan nasi,ikan goreng dan budu.Bukan kicap.”,balas Rozaimi sambil ketawa.Aku tergelak sama.-Sebuah kisah lama,hasil galian dari sebuah persahabatan seusai usia 9~10 tahun.

Ada kalanya,kesusahan lebih mendidik kita untuk lebih berjaya.Keperitan lebih mengajar erti kemanisan pada harga sebuah kejayaan.Maka jadikanlah segala pengalaman susah dan airmata,kepada transaksi demi sebuah kejayaan di hari mendatang.Sekalipun,buat bekalan anak-anak cucu.

Sudahkah anda bersusah payah demi harga sebuah kemanisan kejayaan……fall

warkahraudhah@tamanpersuratan.com