February 2009


Bismillah

Salam bumi yang berbudi,
Ana sentiasa merindui sekolah pondok di tengah kota itu.Sekolah pondok yang telah direbut antara beberapa pihak.Sebuah sekolah pondok yang terwujud diatas kesedaran oleh insan-insan yang cintakan islam.Sekolah pondok yang tebina atas air mata dan kesusahan rakyat Tanah melayu.Sekolah pondok yang menanam satu cita-cita agung untuk meniupkan roh islam yang jernih.

Bumi berbudi yang akan dikenang sampai bila-bila,
Ana hanyalah pelajar biasa di sana.Tapi,ana cukup terhutang budi dengan keberkatan yang hadir di sekolah pondok tersebut.Ana juga kerap menitis air mata di sana.Tanah sekolah pondok di kota itu penuh berkat.Keberkatan itu sentiasa mencurahkan kemulian buat tetamu-temamunya.Tetamunya silih berganti-ganti.Tapi roh kemulian itu tetap sama.Utuh untuk terus diberi dan disampaikan kepada tetamu-tetamunya.

Bumi berbudi tanah waqafan,
Sultan kota itu pernah bertitah,beta waqafkan tanah diraja ini buat tempat menuntut ilmu.Beta harapkan moga-moga bakal lahir ramai anak-anak muda yang dapat memberikan harapan islam pada ummah,khususnya di Tanah melayu ini.Dulu,ada tetamu yang hadir menuntut ilmu di sekolah pondok ini,sempat belajar di kandang kuda diraja.Pasti manis sekali,saat itu.

Bumi ukhuwah bumi tarbiyah,
Sekolah pondok ini tidak ingin tertinggal dari segi kejayaan akademiknya.Mahu ditandingi dengan sekolah-sekolah elit orang putih yang lain.Ana merindui sekali sekolah pondok ini.Moga roh sekolah pondok ini memberi qudwah dan teladan yang terbaik.Jangan digadai roh ini,biar harta seisi dunia yang dicagarkan.Roh ini lebih bernilai buat cagaran di hari SANA.

Fastaqim kama umirta.
senior

taman tarbiyahtempat berukhuwah

Semusim bermusafir di rantau orang,aku dan beberapa sahabatku sempat merasa pengalaman berhomestay.Mitseke- shi,merupakan tempat kami dijadikan anak angkat oleh beberapa buah keluarga Jepun.Banyak perkara yang bermain di dalam fikiran sebelum berangkat pergi.Bagaimana dengan makananannya? Bagaimana jika ada anak perempuannya? Bagaimana pandangan mereka(keluarga angkat),jika kami meminta izin untuk solat ? Bagaimana itu dan ini..??

Kini sudah hampir beberapa bulan,kami menjadi anak angkat kepada Okaasan dan Otousan.Baru-baru ini,aku menerima sebuah hadiah dari Okaasan.Hadiah Valentine! Cerita temanku,menjadi adat bagi orang jepun di pihak wanita menghadiahkan sesuatu,khususnya coklat kepada insan yang disayangi mereka.Seorang lelaki dihadiahi oleh seorang wanita.Seorang ibu menghadiahi anaknya.Begitu mungkin,sangkaku.Maka,aku menerima sebuah hadiah coklat daripada Okaasan,dengan sekeping nota kaki;semoga ikatan persaudaraan ini tidak akan terputus dan semoga kita sentiasa berhubung selalu.

これからもなかよくしてね! いつでもれんらくまってます。

Sudah agak lama,aku berfikir-fikir untuk membalas hadiah tersebut.Sewajarnya、ingin sekali aku menghadiahi sebuah hadiah coklat(barangkali) ,dengan disertai sebuah buku islam tulisan jepun.( イスラームという生き方–その50の魅力) Mungkin juga,aku dan sahabatku akan berkunjung lagi kerumah Okaasan dan Otousan.

Okaasan,kalau saya datang lagi,saya akan pesan lebih banyak dadih dari sana.”

Begitu pesanku pada perbualan kami,kali yang terakhir.Okaasan sangat menjaga dan menitikberatkan kandungan makanan kami.Sungguh hormat mereka,fikirku.Maka sebagai menghormati mereka juga,menjadi kewajipan pada diriku untuk berkongsi kemanisan islam bersama Okaasan dan Otousan.

InsyaAllah.

okaasan dan otousan

Temanku Muazam,bersama keluarga Okaasan dan Otousan.

makanan jepun

Nabe-sejenis makanan rebus semulajadi

Nota kaki: Okaasan dan Otousan merupakan panggilan untuk ayah dan ibu bagi masyarakat Jepun.

1.Hati kadang-kadang sering berbolak-balik.Rintangan dikurniakan untuk manusia mengenal erti bangun dari kegagalan dan kemurungan pada sebuah kehidupan.Aku teringat kata-kata Ustazah Zubaidah, ” kadang-kadang Ustazah terfikir bahawa dunia ini dijadikan pentas,dan diri kita sebagai watak utama.pernah atau tidak kamu semua terfikir? “-begitu kata-kata nasihat ustazah yang masih saya teringat-ingat.Celoteh nasihat dari ustazah pada awal pagi itu,disusuli dengan kuliyah Syariah Islamiah,di kelas 402.Ada apa pada sebuah pengisian hati ?

2.Sudah berlalu beberapa detik berada di bumi orang.Kadang-kadang terfikir,aku masih kehilangan sesuatu dari keadaan yang lalu.Aku belajar sesuatu yang lebih jauh dari pelajaranku yang dulu.Aku mengenal ragam manusia yang lebih kompleks untuk difahami perilakunya.Bangsa yang aku kagumi,berada disekililing,yang saban hari memberi contoh pada diriku.Namun aku masih tanduskan sesuatu yang lebih dari itu semua!

3.Hati manusia mudah diganggu gugat.Syaitan dan nafsu bekerja tanpa ada waktu rehatnya.Jika 24 jam diperuntukkan oleh Allah swt kepada syaitan untuk membodek manusia,masakan tidak mudah hati ini lentur dengan pujuk rayunya.Namun janji Allah,kalian(syaitan) tidak akan mampu menggoda hamba-hambaKu yang beriman! Itu janji Allah! Duhai Allah,hindarilah hati kami,hamba-hambaMu dari terus berbolak balik.Perteguhkanlah keyakinan kami.

4.Hati ini sering merindui pengisian fitrah.Hari ini,aku bertemu dengan seorang sahabat baru seakidahku(mua’laf).Hari ini jua,aku dipertemukan oleh Allah swt dengan penulisan pengalaman sahabat-sahabat seakidahku(mua’laf-mua’laf atau lebih mesra lagi dipanggil saudara-saudara seakidahku).Walaupun berada di dalam masyarakat Malaysia yang ramainya beragama islam,namun kenapakah sambutan terhadap islam itu sedikit sekali ? -Malahan betapa ramai yang prejudis untuk menjadi MURTAD!!

5.Aku sering mencari-cari pengisian yang aku hilang selama ini,di medan kuliyahku sekarang.Namun,aku kerap kali gagal menemuinya kembali.Mungkin bukan disini,jawapannya.Mungkin aku wajar berusaha mencari LAGI! Hari ini,hatiku puas membaca sebuah coretan sahabat seakidahku! Namun,disatu sudut,hatiku membenci masyarakat yang memandang sinis pada insan yang memeluk islam kerana pencarian mereka sendiri.Aku yakin,sahabatku lebih mulia dari diriku! Mereka dilahirkan ke dunia baru dengan memeluk islam,seumpama kain yang suci bersih.Tidak seperti diriku,mulai dari mata dibuka sehingga mataku dipejamkan kembali,sudah pasti dosa-dosa memenuhi diri.Pimpinlah kami,duhai Allah.

pilihan jalan hanyalah ISLAM 6.Salam kasih dan sayang buat sahabat seakidahku.Terdetik hatiku untuk melakarkan sesuatu buat bacaan sahabat-sahabatku yang lain,kerana kisah pencarianmu bersama ISLAM! Semoga kita menjadi sabahat dunia akhirat.

Akan tetapi, AKu menjadi semakin dekat kepada NYA. Apakah ini ” HIDAYAH ” ? Wahai Tuhan ku , AKu membenci Mu , namun AKu menyayangi Mu. Yang AKu ketemu hanya kegelapan, tapi AKu terpancar CAHAYA Mu…

Tuhan sinari lah hamba MU ini dengan cahaya kebenaran . AKu mulai meminta hidayat dari NYA… AKU keliru dan tidak ada arah tuju . Namun AKu dapat merasa kan “Kewujadan Nya dalam Ketiadaan NYA dan KETIADAAN NYA , ADA KEWUJUDAN NYA”

Tapi di mana KEYAKINAN ku ?

Sedutan dari kisah Kehidupan seorang Mua’laf.Sahabatku,dirimu bukan saudara baruku,tapi kita baru dipertemukan atas ikatan akidah yang SATU.Moga akan lahir ramai lagi,sahabat-sahabat seperti dirimu,ya akhi.

Juga sebuah laman lagi buat perkongsian sahabatku Perjalanan kepada Islam.Banyak yang perlu kita pelajari dari mereka.Jadikanlah kisah mereka jua sebagai dorongan dan satu motivasi buat kita semua.Andai aku dan sahabat-sahabat punyai masaalah,namun latihlah diri kalian merenung di luar kotak,peritnya dugaan hati mereka untuk merasai anugerah iman dan islam dari Allah,Tuhan yang Esa.

Indah sekali apabila bercerita tentang islam.Islam itu tinggi,dan tiada yang lebih tinggi melainkannya.Islam itu tidak rugi tanpa kita,namun kita akan rugi apabila kita mencampakkan islam.Moga Allah tautkan hati-hati kita semua dalam menyebarkan agamaNya yang mulia.

support palestine

Klik disini : Video perkongsian

leader

Bismillah
sheikh

Sheikh Anwar al-Awlaki

Sumber ilmu yang ingin dikongsi :


1-Dhikrullah.com

2-Hoor al-Ayn.com

3-Kalamullah.com

4-Islamactive.net

5-Anwar al-Awlaki online

Bismillah

Hanya sehari kita pernah bertemu,
Banyak sekali yang murabbi hadiahkan,
Mahu sekali berkongsi lagi,
Moga kita bertemu kembali,insyaAllah.
Dalam satu hadaf yang sama.

seorang murabbi

sensei akhi hazwan

Kadang-kadang manusia ini akan terbutang budi dengan insan yang banyak memberi dorongan kepada dirinya.Biarpun secara sedar ataupun tidak.Jazakallah,akhi hazwan dan murabbi.

“Duhai Allah,tetapkanlah kami atas jalan dakwah!
Ketahuilah diri,
Allah memelihara jalan-Nya,
Agar disusuri hati yang bersih,
Sarat ketaqwaan,
Merindui wajah-Nya,
Jua keredhaan,
Itulah jiwa insan pejuang,
Bimbangilah,duhai diri,
Daripada memiliki jiwa munafik,
Bertopeng ketaatan.”

Ampunilah dosa-dosa semalamku,duhai Allah.Perbaikilah imanku,duhai Allah.Pimpinlah hatiku,duhai Allah.

Proses untuk pulang ke Malaysia berjalan dengan baik pada awalnya,tapi kerana kecuaian tarikh luput visa dan sainyuukoku (sijil kemasukan ke jepun), menyebabkan aku terpaksa berulang alik dari nagaoka ke nigata selama beberapa hari unruk proses pembaharuan tarikh.Perjalanan ke nigata,bertemankan salji alam,ciptaan Ilahi.Lembut mendidik.

Hari Selasa yang lepas,teman-temanku bersama beberapa orang wakil sensei telah mengadakan lawatan ke 2 buah universiti iaitu Nagaoka Teknologi Universiti dan Nigata Universiti.Kunjungan kami bertujuan untuk mengambil sedikit sebanyak ilmu dan gambaran tentang suasana melakukan research.Tahun depan,kami dikehendaki melakukan research dengan lebih serius.

“Mana Nomura? Hilang lagi ker ? “,bunyi suara seorang teman lain ketika masuk ke bilik reseach bawah tanah di Nigata Universiti.Nomura mungkin tersesat jalan.Mungkin dia ke tandas sebentar.

Lawatan kami yang diatur dengan cukup teliti dari segi kawalan masa,menyebabkan masa kami untuk ke tandas pun,membuatkan kami berfikir 2,3 kali.Mungkin,kebimbangan ditinggal oleh ahli kumpulan seperti yang berlaku kepada Nomurakun.Jika difikir-fikir,sepanjang hidupku,lawatan ini merupakan antara lawatan yang paling berkejar-kejar dalam hidup! Teringat Minggu Silaturrahim aka MSR di sekolah Taman Islam,KI.

Setelah lawatan di nigata berakhir pada jam hampir 3 petang,aku meminta izin tannin senseiku(sensei tutor) untuk diturunkan di stesen yang berdekatan.Kata seniorku lagi,waktu pejabat di imegresen nigata berakhir pada pukul 5 petang.Masa lagi menjadi musuh.Berkejar-kejaran ke stesen,sambil stokin dan kasut hampir basah keseluruhan mengharung becak salji di nigata.

Tiba di nigata stesyen,aku terus mengambil teksi.Aduh,sikit pelaburan lagi,kerana musuhku adalah masa.Tiba di lapangan terbang nigata,jam 4:25 petang.Masih berbaki 35 minit,tekaku.Aku terus berlari ke pejabat imegresen nigata yang terletak di bangunan yang sama.

Waktu eigyoujikan (masa bekerja) tamat pada pukul 4 petang -Tertera signboard di pintu masuk pejabat imegresen.Melepas lagi.

*****

Setelah menunaikan solat Asar,aku mengambil bas untuk pulang ke nigata stesyen.Dari nigata stesyen,perjalanan disambung lagi ke Nagaoka stesyen menaiki densya(keretaapi) biasa.Tidak bisa lagi untuk melabur dengan shinkansen.

Perjalanan pulang dari nigata ke nagaoka,memberi ruang untuk ana bermuhasabah.Memerhati gerak laku manusia yang bermacam ragam.Bermacam fesyen.Anak-anak muda Jepun kelihatan letih,baru pulang dari sekolah petang, barangkali..Salji diluar tingkap densya juga kelihatan memutih.Indah sungguh bermusafir keseorangan.

Mashiroodane,”ucap seorang isteri kepada suaminya yang berada di depan kerusiku,sambil memandang suasana memutih diluar tingkap densya.(Putih sekali,saljinya)

Perbualan seorang suami dan isteri diteruskan lagi.Aku masih berminat menyambung pembacaanku.Dalam diam,aku cuba menjadi pendengar.Banyak pengajaran dari cakap-cakap orang tua.Begitu lumrah alam.Tidak sabar untuk pulang ke tanah air.

Next Page »