May 2008


sensei bahasa german

ドイツ語の先生

‘TGF’-Thanks God its Friday ; satu ungkapan yang seringkali diluahkan oleh seorang sensei (guru) bahasa inggeris ana.Kenapa? Oleh kerana hari ini adalah hari terakhir bekerja,esok merupakan hari pertama untuk berehat.Mungkin begitulah idea bernas yang ingin disampaikan oleh sensei tersebut.

Mari berkenalan dengan sensei bahasa german ana.Beliau merupakan seorang sensei yang cukup mesra apabila mengajar di dalam kelas.Apa tidaknya,sasaran utamanya adalah pelajar asing termasuk ana.Berada di dalam kelas seramai 40 orang,seperti sebiji telur putih di kalangan himpunan telur hitam.:)

Sebenarnya,pelajar jepunlah yang berkulit cerah,sedangkan ana seorang sahaja yang berkulit gelap.

Rata-rata sensei jepun mengajar dengan penuh ketekunan.Penuh kesungguhan.Penuh rasa tanggunjawab.Mungkin inilah serba ringkas pemerhatian yang dapat ana simpulkan.

Mungkin ramai di kalangan kita yang beranggapan bahawa orang jepun kaya-kaya.Namun,hakikatnya ada juga kawan ana sendiri yang tidak pernah menyentuh kamera digital.Memang itulah fitrah manusia.Ada kaya,ada miskin.Ada miskin harta,ada kaya jiwa.InsyaAllah.

Tidak semua orang jepun mampu memakai kereta sport,dan tidak semua orang jepun mampu untuk tinggal di bangunan-bangunan mewah.Alhamdulillah,ana ditempatkan untuk belajar di sebuah kolej teknologi yang terletak di kawasan kampung.Kampung jepun.Kampung yang indah.Kampung yang dikelilingi sawah padi dan bendang.Kampung yang penuh keindahan alam ciptaan Allah swt.

bersyukurkah kita dengan ciptaanNya ?

きれいな田圃

warkahraudhah@tamanpersuratan.com

Alhamdulillah,hari ni dapat jugak ana berkasih sayang bersama sahabat-sahabat sekuliyah.Ensoku;satu aktiviti riadhah tahunan.Berjalan sejauh 3~5 meter dan berkelah.Begitulah serba ringkas pengenalan berkenaan aktiviti yang baru petang tadi berakhir dengan kekalahan team kuliyah kami dalam futsal.

gambar sebelum bertolak

集合の写真

Tahun ini,kami telah mengusulkan masakan ringkas jepun; okonomiyaki.Alhamdulillah,sebagai ganti daging khinzir,ana telah dibekalkan dengan udang sebagai gantinya.Untuk makluman semua,okonomiyaki pada pandangan ana,tidak ubah seperti martabak,akan tetapi martabak lagi sedap.Ada kalanya,ia seperti roti yang berisi sayuran,khususnya kobis dan seafood.Caranya agak mudah.

yutaro sedang mengacau telur

お好み焼きを作っている

Sedap jugak masakan kuliyah kami,walaupun dengan ketiadaan seorang pun anak gadis jepun.Sempat jugak ana tolong masak.Tapi,alhamdulillah,rasa geli lagi dengan kemerahan dan kesegaran daging khinzir yang nampak menyelerakan.Daging halal lagi sedap,kata ana dalam hati. 🙂

menunggu giliran futsal

フットサルの時間を待っている時

Kekalahan futsal memberikan satu peluang baru bagi ana untuk bermesra setelah menang untuk 2 perlawanan.Kami sempat pulang bersama-sama dan berbual mesra.Sempat jugak ana mengajarkan beberapa patah perkataan ibunda untuk memecahkan hening suasana di tengah-tengah bendang dan sawah padi jepun ketika dalam perjalanan.Mahu sekali rasanya,ajar perkataan berunsur islam.InsyaAllah,lepas ni,boleh ana ajar lagi.Apa yang sempat mereka belajar termasuklah perkataan cinta.Sepatutnya ana patut ajar perkataan lain dulu.:)

bergambar kenangan dalam perjalanan pulang

思い出すの写真、帰る道

Jepun bukan sekadar negara membangun,jepun sebuah negara yang kaya dengan kasih dan sayang.InsyaAllah,ana akan cuba untuk menyelaminya.

Kutiplah setiap kebaikan,kerana kebaikan itu adalah kehilangan bagi orang islam.Itu pesan kekasih Allah,Rasulullah saw dalam hadisnya.InsyaAllah.

kanak-kanak tadika Jepun,teringat adik-adik di kampung

幼稚園の子供たち

Sekeping gambar semasa dalam perjalanan yang memberi seribu harapan.Semoga anak-anak kecil jepun ini dapat mengenali kemanisan islam.Islam itu indah,adik-adik.

warkahraudhah@tamanpersuratan.com

Banyakkanlah ingat Allah dan RasulNya,duhai diri ana dan sahabat-sahabat,

Semoga kita menjadikan hala tuju pejalanan hidup ini kerana Allah.

Ikhlaskan hati,salinglah nasihat-menasihati.

Sahabat,

Kejarilah kasihsayang Allah swt,

Carilah ketenangan bersama ingatan Rasulullah saw,

Tabahlah selalu dalam perjuangan hidup,

Pujuklah diri dengan sirah dan ibrah dari kisah Rasulullah saw,

Ingatlah dan sebutlah nama sahabat-sahabatmu,dalam bingkisan doa.

Sahabat,

Panjatkanlah doa kepadaNya,

Semoga kita bertemu kerana Allah.

Ingatlah Allahu Rabbi.

Selamat berjuang sahabat ana,walau dimanapun kalian berada.Ukhuwah fillah

warkahraudhah@tamanpersuratan.com

Semoga sahabat-sahabat yang punya masa, pelajarilah kehidupan ini untuk membuat perubahan dalam diri. Belajarlah untuk berkorban lebih dari apa yang kita inginkan. Seluar mahal, sepatu mahal, cita-cita tinggi melangit hingga lupa akhirat. Semua itu tidak berkekalan, gembira biarlah dengan memberi dan berkorban

Pesanan dari seorang sahabat yang sedang berjuang di jalan Allah.Semoga sahabat dapat mendidik diri ana menjadi hambaNya yang bertaqwa.

Hari ini ana masih lagi sanggup untuk memakai baju yang bergaya,memancar erti ‘kemewahan’ pada dunia yang menjadi saksi kepada manusia saban hari.Subhanallah,semoga Allah swt sentiasa memimpin diri ini dalam mengejar kasih sayang dariNya.Ya Allah,ana hambaMu yang mudah lalai.Tabahkanlah hati ana dan sahabat-sahabat ana,ya Allah.Didiklah diri kami dengan pengorbanan di jalanMu,insyaAllah.

warkahraudhah@tamanpersuratan.com

Senyum tanda mesra,senyum tanda kasih sayang.Begitulah sifat fitrah pada sahabat soleh ana.Rindu ana pada mereka,insyaAllah hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.Bahkan sukar sekali untuk mengungkapnya dengan kata-kata.Subhanallah,semoga kita bertemu kerana Allah dan berpisah jua kerana Allah.Syukran jaziilan,sahabat atas segala nasihat dan segala teguran.Jazakallah,ikhwah dan akhowat seperjuangan.Semoga Allah menjadi hala tuju kehidupan kita.

Sesiapa yang menolong agama Allah,nescaya pasti dan pasti Allah akan menolong mereka.

warkahraudhah@tamanpersuratan.com

Ya Allah,tatkala ana mendengar rintihan sebuah nasyid Raihan,ana di beri sedikit kekuatan untuk mencoret sedikit tazkirah buat diri ana dan sahabat-sahabat yang saling berkasih sayang kerana Allah.

Ana sering melakukan dosa padaMu,ya Allah.Maafkanlah kejahilan hambaMu ini.Bilakah diri ini akan kembali pada fitrah sebenar,ya Allah.

Pimpinlah ana,ya Allah.Ana sering berjanji,namun seringkali ana memungkirinya,ya Allah.

Tatkala ana menangis padaMu,mudah jua bagi ana untuk ketawa kembali,ya Allah.Engkau Maha Pengampun,ya Allah.Ya Allah,ana tak layak untuk ke syurgaMu,tapi,ana takut untuk ke nerakaMu,ya Allah.

Perhiasilah akhlak ana dengan akhlak para kekasihMu,ya Allah.Matikanlah ana dalam mengejar syahid mencari keredhoanMu bersama mujahid-mujahid yang mendamba cintaMu.

Salam perjuangan buat diri yang butuh lemah selalu.Ingatlah perjuangan Rasulullah saw.Ingatlah,duhai diri,perjuangan tidak pernah mudah dan kesukaran adalah fitrah.Berjuang ertinya terkorban,relakanlah dirimu.Relakanlah terhina kerna kebenaran.

Dunia yang fana atau syurga,pilihan ditentukan oleh gerak langkah enta.

InsyaAllah.

warkahraudhah@tamanpersuratan.com