Alhamdulillah, diberi kekuatan untuk menulis. Suasana pagi di koufu , kadang-kadang ada banyak persamaan dengan suasana di kampungku. Bunyi burung hato. Sama seperti bunyi bunyi burung tekukur, peliharaan abang saudaraku. Hujung minggu, aku sempat menziarah sahabat-sahabat lama.

Tidak sabar untuk sama-sama berada dalam satu saff semula. Moga sama-sama kita saling berdoa, agar dipilihNya selalu. Alhamdulillah, kebelakangan ini juga, Allah masih lagi memilih diri ini untuk berkunjung ke surau kecilnya. Surau yang berukuran sebuah bilik. Disana, aku berkenalan dengan brother Badh, seorang muslim dari Algeria. Mesra. Berkahwin dengan orang jepun.

Kami sempat berbual , berkongsi pandangan dan kisah kehidupan. Beberapa hari lepas, beliau mengambil keputusan untuk bermalam dan menetap di surau. Bapa kepada isterinya berusaha untuk mengajaknya kepada agama bapanya. Kehadiran anjing di rumah juga antara faktor, beliau lebih suka beruzlah.

” Akhi, percaya dan yakin pada Allah. Ana beberapa kali dapat rasa. Yakinlah, andai kita tenggelam di tengah laut sekalipun, Allah mampu menyelamat. Uzlah ni ubat bagi mencari  hati yang tenang. ” Aku mentafsir, kata – kata akhi Badhr.

” Terima kasih, jemput datang selalu. Ada masa , boleh kita cakap lagi. ” Aku membalas dengan ;insyaAllah. Moga Allah pilih kami lagi dan sahabat-sahabat pembaca untuk menjadi tetamuNya. Rindu rumah Allah. Rindu solat berjemaah bersama sahabat-sahabat. Rindu berkongsi kisah kehidupan bersama. Allahuakbar.

sahabat

Tautkanlah hati kami, sekalipun kami berjauhan, duhai Allah. Kuatkan hati dan roh kami, moga kami dipilih menjadi pemudaMu yang kuat, cekal dan tabah.

Semoga sahabat-sahabat juga tetap tsabat dalam perjuangan.

Terus memimpin dan bersedia dipimpin.