Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, sudah merasai 2 kali tarawih di bulan Ramadhan. Masuk hari ke dua berpuasa. 2 hari dapat bersahur juga, nikmat Allah yang besar. Subuh di Yamanashi ketika ini masuk sekitar jam 3 : 30 pagi. Berbuka puasa pula sekitar jam 6 : 40 petang . Mungkin tidak banyak berbeza dengan tempat-tempat lain di jepun.

Bulan Ramadhan, bulan berinfak.

Semoga kita sama-sama berusaha untuk selalu berinfak.

” Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada  seratus biji.  Allah melipat gandakan bagi siapa yang Dia kehendaki , dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui ” – Al – Baqarah , ayat 261.

Alhamdulillah, syukran jazilan pada sahabat ana, saudara Faiz atas tulisan beliau yang beri semangat untuk ana juga mencatatkan sesuatu. Bulan Ramadhan bulan perlumbaan. Bulan Ramadhan bulan mendidik diri untuk berubah. Alhamdulillah juga, kebetulan awal Ramadhan pada tahun ini, ana mendapat cuti dari syarikat selama seminggu bersempena cuti rasmi di jepun. Namun, masa yang agak singkat kurang memberi ruang untuk pulang ke terengganu. InsyaAllah, rancangnya pada tahun depan.

Sebelum Ramadhan bersama komuniti Yamanashi

1 Memanjat Gunung Fuji

Fuji

2 Camping di Air terjun Ojiro

Pelajaran demi pelajaran

Belajar mengambil peluang untuk tadabbur , dan ada kala leka. Belajar bergaul dan cuba mengenali peribadi sahabat-sahabat di sekeliling. Alhamdulillah, beroleh sebuah keluarga baru lagi di daerah Yamanashi. Semoga persahabatan kami, dipelihara Allah .

Mencari ruang dan peluang untuk memberi pesan dan belajar serta terus belajar tentang kehidupan dari semua manusia di sekeliling. Mesti tekad mentarbiyah diri. Rendahkan diri, tidak mudah mengaku kalah dan sedia belajar !

Azam Ramadhan

1 Menjaga waktu solat dengan lebih teliti

2 Menjadikan al-quran sebagai teman setia

3 Mengambil berat lebih lagi dengan amanah yang sedia ada

4 Menjaga bahan bacaan

InsyaAllah, jom cuba jaga amal islami dengan lebih baik di bulan Ramadan ini. Sebagai bekal kekuatan di 11 bulan yang seterusnya.

Semangat Namlu sebagai pesanan kehidupan

Pada kesempatan ini , suka untuk kongsikan sebuah kisah dari seorang sahabat. Sebuah cerita  tentang  SEMUT . Semoga beroleh pelajaran bersama. Tulisan saudara Kamil Halim dari bumi Korea Selatan.

Salam Ramadhan kareem,

Koufu, Yamanashi,  Catatan pada 2 Ramadhan.

Advertisements