Alhamdulillah, telah selamat menghabiskan kursus kerja di bahagian yang pertama dalam tempoh sebulan. Sebelum masuk syarikat , dikehendaki menghadiri 2 buah kursus motivasi pekerja baru . Anjuran syarikat swasta . Pada permulaan kerja, rasa letih berbeza ketika waktu belajar. Nikmat petang hari Jumaat, cukup bermakna.

balik kerja

Balik kerja !

20 pekerja baru , merupakan pengambilan yang agak ramai. Berbanding suasana pada tahun lepas, iaitu 10 orang. 6 orang, merupakan pengambilan untuk bahagian pengurusan , manakala bakinya untuk bahagian kejuruteraan. 20 sekawan, pelbagai ragam dan karakter masing-masing. Ada kala, kami terlalu letih dan ada ketika , kami akan sama-sama seronok.

Di awal tempoh kerja di jepun, aku banyak memerhatikan apa yang beza, berbanding suasana belajar. Aku masih teringat kata-kata dari seorang adikku. ” Kerja di jepun , jadi robot ker ? ” Aku tersenyum.

Sehingga kini, aku mampu untuk mengatakan bahawa persahabatan selama sebulan ini, lebih aku rasai berbanding selama 3 tahun berkawan dengan teman-teman jepun.

Orang jepun tidak banyak berbeza dengan orang kita. Perbezaan budaya mereka, aku raikan ; budaya kita , mereka hormati. Malah, kadang-kadang mereka lebih kedepan. Di waktu kursus , sebelum aku minta kebenaran untuk tempat khas solat, sudah ada temanku yang tolong bagitahu. Dapatlah aku solat di sebuah bilik mesyuarat khas.

Subhanallah. Banyak sungguh nikmat Allah, yang sering aku lupakan.

Sekarang, cuti khas di jepun selama 5 hari. Cuti Goden Week. Semalam berborak panjang dengan member baikku, Kameo.

Kameo, Takuya dan Kentarou

Akan berusaha untuk berkongsi cerita lagi dari jepun.

Salam persahabatan buat semua sahabat-sahabat.

Advertisements