Tulisan Kaunselor Ustaz Hasrizal.

Sesungguhnya nilai sesuatu sering kita abaikan. Sehinggalah ia hilang dari genggaman, baru kita tersedar akan kehilangannya. Ya Allah, janganlah Kau biarkan kami alpa tentang nilai hidup ini, hingga hanya mampu tercelik selepas mati, bahawa tiada lagi peluang amal. Tiada lagi peluang menyelamatkan diri…

Jangan seksa jiwa dan hatimu. Dia merintih mahu pulang dari perantauan di dunia yang melekakan ini. Bawalah hati kita kembali ke asalnya. Asalnya yang sentiasa `dekat’ dengan Allah…

Kembalilah!

ABU SAIF @ http://www.saifulislam.com
68000 AMPANG

*****

Lembut benar nasihat ustaz. Laman wajib, sumber motivasi ana. Rasanya kisah diatas adalah kisah ulang semula oleh al-fadhil ustaz. Tapi, memang benar tazkirah itu , satu peringatan. Di ulang untuk lebih diingati. Ditambah hujungnya dengan doa lembut dari ustaz. Semoga hidup kami untuk islam, insyaAllah.

Semoga keberkatan mengiringi hidup ustaz sekeluarga dan tidak jemu-jemu memberi kepada kami, anak-anak didik jauh.

Advertisements