Tulisan Ustaz Idris yang memberi motivasi .

“Contohnya, dalam bekerja mungkin kita ingin agar usaha kita yang bersungguh-sungguh, berkualiti, terbaik dan sebagainya dilihat dan dinilai oleh Bos di tempat kerja kita.Mungkin hasil penilaian akan menyebabkan kita dinaikkan pangkat dan sebagainya. Tetapi mungkin tidak semua kerja kita yang berkualiti tadi dilihat oleh Bos kita kerana dia hanya seorang manusia. Malaikat tidak pernah lalai dalam mencatit amalan baik kita,” tambah Sadik lagi.

“Wah, ini menjadi motivasi mukmin dalam beramal. Walaupun mungkin kecil amalan tersebut, disebabkan kita optimis malaikat tidak pernah lepas untuk mencatit, maka kita akan termotivasi untuk terus melakukan amal soleh dengan istiqamah,” fikir Ustaz Idris.

Advertisements