Yosh. Jom berusaha lagi.

Esok ,akan masuk kerja. Masuk ke alam baru. Setiap hari , perlu belajar benda baru. Alhamdulillah, proses perpindahan dari nagaoka ke koufu, berjalan dengan baik. Segala kemudahan yang Allah hadiahkan, aku panjatkan rasa penuh kesyukuran.

Esok , bersama Kameo san, kami akan berbasikal menuju ke pejabat Takata Seiko. Pekerja baru seramai 20 orang. 6 orang merupakan lepasan kolej teknikal dan selebihnya lepasan dari universiti. Petang tadi juga, kami telah diberikan sedikit briefing berkenaan perjalanan majlis kemasukan pekerja baru. Taklimat ringkas petang tadi, ditambah dengan suasana ceria pekerja baru , aku mengandaikan kami akan mudah mesra. Kameo san , merupakan sahabat jepun ku yang baru. Tinggal di bagunan atas , kediaman kami. Selesai taklimat ringkas petang tadi, aku menjemputnya ke rumah kecilku. Cukup nakal, apabila Kameo san , sesat jalan ketika hadir untuk taklimat.

Selesai taklimat , dan pulang ke kediaman kami, Kameo san meminta diri untuk ke bandar. Katanya beli basikal baru. Aku telah punyai sebuah basikal tua. Esok, kami berdua akan berbasikal tua.

Kenangan lama, sewaktu aku dan jiranku ,Lutfi berbasikal tua menghadiri kelas tuisyen, cukup nakal. Basikal tua, datuknya. Kini ,zaman berubah. Masyarakat kita rata-ratanya melihat kejayaan seseorang dengan kereta yang mereka miliki ..betul atau tidak ..? Tepuk dada, tanya iman. Esok , aku dan Kameo san akan berbangga dengan basikal tua kami.

Basikal tua , orang muda. Perjalanan kembara. Belajar perlu setiap masa. Apa yang kamu fikir, mencorakkan apa yang kamu pandang. Rendahkan diri, rajinkan bertanya. Mesrakan diri , tidak mudah berputus asa.

Selamat berusaha, buat sahabat-sahabat dalam setiap bidang.

sakura

Kedatangan di koufu, disambut dengan keindahan alam. Minggu sakura kembang. Alam berzikir , adakah aku masih lagi lupa bertasbih ..

rumah

Bangunan putih, kediaman kecilku. Bersebelahan dengan ladang buah. Kata Kameo san, macam ladang anggur. Semangat tanaman membuahkan hasil . Erti hidup pada memberi.

maizuru jyou

Istana lama jepun. Hikayat Takeda Samurai . Bersebelahan dengan koufu eki. Ada kisah yang cukup menarik. Ada peluang, akan cuba dikongsi di lain masa.

Esok :

8:00  berkumpul semua pekerja baru

8:00 ~ 8:10 pengenalan pekerja baru

8:10 ~ 8:25 ucapan ringkas dari pengarah syarikat

8:25 ~ 8:27 ucapan dari senior lama

8:27 ~ 8:30 ucapan dari wakil pekerja baru

8: 30 bergambar

Mula kursus selama hampir 2 minggu. Hari-hari yang tegas dengan masa. Hari- hari yang cukup bermakna.

Dengan lafaz bismillah, moga hari esok lebih baik dari hari ini. Moga hari ini, lebih baik dari semalam. InsyaAllah.

Advertisements