Pesanan dari sahabat jauh.

sahabat dunia akhirat

akhi musab yang ana kasihi

Buat diri…

1. Ya Akhi ( duhai saudaraku yang dikasihi ) ,

Islahun-nafs ( proses pembaikan diri ) yang kamu cari tidak ada jalan ke arahnya kecuali satu sahaja, iaitu jalan qudwah hasanah ( contoh teladan yang baik ) yang bersambung dengan Allah, yang mendapat bekalan langsung daripada limpah kurnia-Nya.

Qudwah hasanah ( akhlak yang baik ) itu tidak lain daripada bangun malam, qiam dan bermunajat di kala gelita.

Tidakkah kamu membaca al-Quran dan mendengar firman Tuhan yang bermaksud:

“Wahai orang yang berselimut!. Bangunlah sembahyang Tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), Iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu, Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah Al-Quran dengan “Tartil”.  ( Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya). Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya. (Al-Muzzammil: 1)
2. Ya Akhi,

Orang yang tidak mempunyai sesuatu tidak akan dapat memberikannya.

Hati yang terputus hubungannya dengan Allah, bagaimana mampu memimpin manusia ke arah-Nya. Peniaga yang tidak punya modal, dari mana keuntungan hendak diraih?

Guru yang tidak mengetahui manhajnya, apa cara dia akan mengajar muridnya?

Orang yang tidak mampu memimpin dirinya, bagaimana dia akan memimpin orang lain?

Maka tahukah kamu betapa berhajatnya kamu kepada jihad jenis ini? Sekiranya kamu dapat membawa orang-orang yang berjanji dengan kamu untuk beramal melakukan perkara ini, maka itulah sebenarnya kejayaan. Tiada lagi kejayaan selain itu.

Sesungguhnya sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. adalah rahib-rahib di waktu malam dan penunggang kuda di waktu siang. Adakah kamu lihat mereka hanya memiliki salah satu daripada sifat itu sahaja ?
3. Ya Akhi,

Berusahalah sedaya mampu untuk menggali perbendaharaan Ilahi di waktu malam supaya dapat kamu agihkan kepada saudara-saudaramu di waktu siang.

Sumber muhasabah.

Advertisements