Assalamualaikum wbt

Pada musim panas , masa siangnya cukup awal. Subuh yang masuk waktu berbeza pada biasa, menjadikan waktu siang lebih panjang. Di kesempatan yang ada, kami telah mengadakan rehlah ringkas pada cuti hujung minggu. Bertiga , bersama junior , Faiz dan Haris ; kami bercadang untuk pusing kampung Nishi Katakai Chou, bermula jam 4 pagi. Terbit matahari pada waktu tersebut, lebih kurang jam 4. Kampung Nisihi Kataki Chou, merupakan kampung yang dikelilingi gunung- gunung.

bukit2

Bukit belakang. Waktu musim sejuk . Gambar dari koleksi Calvin.

Sempat juga dengar cerita dari seorang penjaga Mezium Peperangan di Nagaoka, beberapa hari lepas, bahawa suatu ketika dulu , sebelum bom jatuh di Nagasaki dan Hiroshima, bom juga telah jatuh di Nagaoka. Ramai juga penduduk pada waktu itu lari menuju ke arah gunung dan bukit-bukit , berhampiran kampung kami.

padang golf

Padang golf di belakang kolej

Berbalik dengan kisah asal, rehlah kami untuk menawan kampung , lari dari waktu asal yang dirancang. Fusei kun, sahabat satu kuliyahku, telah datang ke bilik. Datang dengan tujuan dakwah. Ana dida’wah nya. Fusei kun, merupakan seorang sahabat satu kuliyah ku, yang sedikit nakal. Namun, bab – bab agama, dia lebih banyak tahu ; berdasarkan maklumat yang ana perolehi dari tutorku. Shinto – Budha dan sedikit perkongsian agama lain dikongsi. Apa yang menjadi sebab utama pertemuan kami pada pagi itu, adalah bila mana ,ana bertegur ringkas sewaktu berjumpa di tandas asrama. Ohayou . Ucapan selamat pagi yang jadi kebiasaan kami.

Setelah masuk ke bilik ku, ” Gomen ne, chotto kusai nioiga…” . Fusei meminta maaf, sebab bau mulut yang sedikit berbau. Bukan dia baru bangun pagi tidak gosok gigi ! Sebaliknya, dia baru lepas minum sake ; sejenis arak jepun. Katanya , sami -sami ( orang-orang alim budha ) ni, suka minuman sake. Itu sebab dia minum . Hendak percaya atau tidak ..

Kami terus bertukar- tukar cerita. Hampir 2 jam. Tambahnya lagi , dulu 3 tahun yang lepas, bila mana kolej mengalami gempa bumi yang kuat, sebab utamanya adalah tuhan tidak suka dan tidak sayang kampung kita ini. Banyak benda – benda jahat yang berkeliaran. Anasir- anasir buruk dan syaitan mungkin. Sempat juga , Fusei melukis gambar naga yang menjadi penjaga sebuah kawasan berbukit yang berdekatan dengan kampung kami.

Hujjah Fusei ,dan ceritanya ,kadang-kadang aku dengar, nak tergelak. Aku sedaya upaya menahan gelak. Bilik juniorku, didepan bilikku. Andaikatalah, mereka dengar sekali episod nakal ini, pasti ada yang pecah dari tahan gelak. Berbalik pada kisah Fusei tadi. Kadang – kadang ,ana juga mencari ruang untuk bercerita tentang islam. Sedikit mula bercerita, ” Haa, islam ..tero …” , dipotong . Walaupun belum habis cerita. Aduuh. Panas telinga… Kadang-kadang agak sukar untuk menerangkan dengan lebih lancar. Mungkin, dinding bahasa. Nasihatku , buat sahabat-sahabat di jepun, asahlah bahasa jepun antum, untuk agama. Berdakwah itu manis. Sama-sama berusaha .InsyaAllah.

Masuk jam 6 pagi, akhirnya ,ana mengeluh lega. Internet asrama mula beroperasi. Buka komputer, cari di youtube. Kisah orang jepun, masuk islam. Belum habis video lagi, Fusei menyambung kisah berkenaan ketuhanan. Peluang dan ruang, banyak dimenangi di pihaknya. Aku menganalisa. Tapi, kadang- kadang, Fusei bercakap dalam keadaan mabuk. Sake yang diminumnya mengeluarkan kesan mungkin. Lantas , ana mencari ruang untuk menamatkan segera perbincangan kami. Jenuh , edeng mendengar ! Rehlah dengan junior pun dah terlajak 2 jam. Aduh. Usrah perlu tegas dari segi masa. Namun , boleh fleksibel.

kouhai

Junior – junior, ketika tawan separuh pusingan kampung.

Kenangan manis bersama Fusei kun ,akan ana kenang sampai bila -bila. Banyak yang dapat ana pelajari. Kekurangan diri. Akan cuba diperbaiki lagi.

” Saya percaya kamu ,orang islam ada tuhan . Allah, kan … Saya pun ada tuhan. Saya juga percaya orang Kristian juga ada Tuhan. Dalam banyak – banyak tuhan, Tuhan saya lah yang jadi ketua. Tuhan – tuhan agama lain, berada di bawah tuhan saya. ” .

– Hujah Fusei kun, sewaktu kami makan bersama di dewan makan asrama.

Dalam hatiku , ” ceh.. ingat tuhan- tuhan ni, macam jaringan internet ker.. ada kabel- kabelnyer …” .

Dalam gurauan.

*****

Semoga Fusei kun, lebih dekat dan jujur dalam mengkaji ketuhanan. Ana juga sedang berusaha untuk memperbaiki diri. Moga – moga , penjagaan Allah yang terbaik buat sahabatku. Fusei .

fusei

Fusei dan penjaga naga yang dilukis.

naga

Mungkin, ini lah naga yang di maksudkan . Belakang kolej.

Orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) serta orang-orang musyrik, tidak akan terlepas (dari kepercayaan dan amalan masing-masing) sehingga datang kepada mereka bukti yang jelas nyata.

(Surah al-Bayyinah : 1) – Dari KAIZEN FATIHAH.

*****

Kampung kami , ada padang golf . Ada lapangan ski dan snowboard. Ada juga rumah orang- orang tua. Tempat perkemahan, zoo kecil , taman bunga, taman haiwan ternakan serta ladang ternakan lembu & kuda.

Pendek kata, sesuai untuk cadangan tempat program . ご検討 ,  宜しくお願いします。

Advertisements