Rasulullah s.a.w bersabda :

“Tiada suatu yang lebih aku suka dari dua titisan, iaitu titisan darah yang tumpah kerana jihad fisabilillah dan titisan air mata kerana takut dan rindu kepada ALLAH S.W.T. ”

Berkata Rabi’ah :

“Aku menangis selama 10 tahun terhadap ALLAH, 10 tahun dengan ALLAH dan 10 tahun lagi kepada ALLAH.Maka tangisan terhadap ALLAH itu kerana takut kepadaNya, tangisan dengan ALLAH kerana mengharapkanNya, manakala tangisan kepada ALLAH kerana rinduku kepadaNya.”

Ramai manusia menangis kerana dunia dan amat sedikit sekali mereka menangis kerana akhirat.

Banyak fadhilat dan keutamaan menangis kerana ALLAH kerana menangis adalah perbuatan yang dilakukan setiap hari oleh para nabi dan rasul serta orang soleh. Antaranya ialah :

1) Melembutkan hati.

– Berkata Ibnu Mubarak bahawa menangis boleh melembutkan hati, menghilangkan kesombongan dan membunuh sifat dengki. Menangid juga menyebabkan tertutupnya pintu syaitan di dalam hati.

2) Masuk syurga.

– Dalam kitab Daqa’iqul Akhbar ada menerangkan bahawa didatangkan seorang hamba pada hari kiamat kelak dan sangat berat timbangan Kejahatannya dan diperintahkan untuk masuk ke dalam neraka. Salah satu daripada bulu matanya berkata, “Wahai Tuhanku, rasulMU Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada ALLAH, maka ALLAH akan mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepadaMu.” Akhirnya, Allah S.W.t. mengampuni hambanya itu dan menyelamatkannya daripada api neraka dengan bekat sehelai bulu mata yang pernah dibasahi air mata kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, “Telah selamat Fulan bin Fulan kerana sehelai rambut.

3) Khusyuk
– Hati yang khusyuk adalah hati yang terbit kerana sering memikirkan Allah,rindu dan cinta kepada kehidupan yang abadi.

4) Menghilangkan kesombongan

5) Menambah Ilmu
– Bukan mudah untuk menangis kerana Allah. Kebanyakkan manusia menangis kerana dunia. Oleh tiu, menangis yang sebenarnya ialah menangis kerana Allah, akan melahirkan beberapa sifat berikut :
a.Menanbahkah keyakinan kepada Allah S.W.T
b.Menguatkan akal fikiran.
c.Menambah kecerdasan,ilmu dan hikmah.
d.Menghilangkan sifat-sifat keji seperti dengki, dendam dan sifat-sifat mazmumah yang lain.

Semoga kita semua diberikan hidayah olehNya untuk menangis hanya keranaNya, denganNya dan kepadaNya. Apatah lagi kita sebagai pejuang agamanya yang tidak sunyi dengan pelbagai mehnah dan tribulasi dakwah.

Sumber asal muhasabah ini.

Advertisements