MSAJ Annual Meeting

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Pada 15 -17 hb Ogos ,2009 ,bertempat di Hakone, Tokyo ,ana sempat menghadiri Mesyuarat Tahunan MSAJ. MSAJ merupakan singkatan bagi Muslim Student Association in Japan.

hakone

Program tahunan ini diadakan dengan kerjasama ICJ ,iaitu Islamic Centre Japan. Sebuah komuniti muslim di Jepun. Usahasama program ini juga, turut melibatkan WAMY ,iaitu World Assembly of Muslim Youth. Syukur, pada kali ini ,penyertaan dari anak-anak Malaysia cukup memberansangkan. Apatah lagi, penyertaan yang agak banyak juga dari komuniti Ikatan Persaudaraan Islam Jepun ( IPIJ ).

Program 3 hari, 2 malam ini diadakan di Hotel Hakone Academy ,bersebelahan dengan Lake Ashi. Hakone merupakan sebuah tempat perlancongan yang dipenuhi dengan tasik-tasik dan gunung-gunung. Namun, ana tidak berpeluang untuk mencuba beberapa kemudahan yang sedia ada. InsyaAllah ,ada rezeki akan berkunjung lagi.

ship

Perjalanan dari Shinjuku stesyen, menggunakan perkhidmatan Odakyu Line, menuju ke Odawara Stesyen. Kemudian menukar keretapi, sehingga tiba di Hakone Yumoto. Dan pengakutan akhir, iaitu teksi diambil oleh kami bertiga.

Pengisian Program

Ucaptama dimulai dengan bacaan al-Quran oleh Brother Khaled , dari Nigata. Kemudian , pembuka kata dari wakil-wakil ICJ dan WAMY .Pada jam 2 : 00 ~ 3 : 30 petang ,kuliyah dasar yang pertama disampaikan oleh speaker jemputan ; Dr. Azzam Tamimi . Seorang scholar islam , berketurunan Palestin .

” Islamic revival ; compatibility or incompability between Islam and modernity ( secularism , democracy , human rights, etc. ) ” ; menjadi tajuk wacana pertama kami.

dr. azzam

Dr. Azzam Tamimi , cendekiawan islam.

Pada pendapat ana ; kuliyah yang dibawa agak berat. Mungkin, pendapat senior lain pula, berbeza.  Fakta- fakta yang cukup mapan, hendak di hadam dalam masa yang cukup kritikal. Namun, suasana intelek, perbincangan padat , perkongsian bersemangat ; merupakan suatu pengalaman yang cukup meninggalkan kesan kepada diri. Kuliyah kedua dari Dr. Azzam Tamimi menyentuh persoalan dasar berkenaan Palestina. Seterusnya, diakhiri oleh ” The History of Islamic Political Thought “.3 kuliyah dasar, namun kuliyah – kuliyah pengisian yang berkaitan dakwah dan tabiyah juga disentuh oleh wakil-wakil speaker tempatan yang lain.

SEBAB UTAMA MENYERTAI

Setelah berakhir program, ana ditanya oleh seorang senior IPIJ ,mengapa ana beria- ria untuk hadir ke program ini ? Adakah kerana Dr. Azzam Tamimi ..? Andaikata, bukan beliau ,sanggup kah ana datang …? Persoalan yang santai dalam bas , membuatkan ana terfikir sampai ke hari ini. Untuk tujuan apakah , aku hadir ke satu-satu program .. ?

senior ana Jawapannya, tidak mampu untuk ana lahirkan. Antum datang ke program dulu ,dan antum akan jumpai jawapannya.Tiada jawapan kukuh untuk anta, sahabat seniorku. Namun, di satu sudut , memang ana cukup mengagumi sesiapa yang berdarah Palestina. Apatah lagi, mereka yang sedang berjuang. Namun, ia bukanlah faktor utama. Sama-sama kita berdoa, moga ditsabatkan Allah untuk terus istiqomah.

Suasana program

sheikhul

3 hari, 2 malam ; jika bertemu di lobi hotel atau berselisih di luar dewan , ucapan salam sentiasa kedengaran. Subhanallah. Ana merasakan cukup kerdil, bila berada bersama-sama dengan orang-orang hebat. Jiwa-jiwa yang hidup untuk dakwah dan berjuang untuk dakwah di bumi Jepun.

Harapan

Ana juga berharap, agar program ini akan disertai dengan lebih meriah dan kesungguhan yang jitu lagi, dari anak-anak  Malaysia di Jepun, insyaAllah. Semoga dengan usaha kecil untuk mendidik diriku dan sahabat-sahabatku , kami bisa menyumbang untuk agamaMu.

” Tanpa rasa penat jemu, teruskan perjuangan mu .” – kata-kata semangat dari seniorku memberi pesan.

Advertisements