Assalamualaikum wbt

Pada 9 hb 10 2009 , hampir 5 bulan yang lepas , ana diberi peluang oleh Allah untuk melawat bagunan Parlimen Jepun . Atau lebih dikenali sebagai 日本の国会。 Keputusan untuk menyertai rombongan lawatan ,dibuat pada saat-saat akhir.

parlimen

Secara sekilas pandang

国会見学 - Laporan lawatan ke Parlimen

Perjalanan menaiki Shinkan-sen , dari kolej di Nagaoka terus menghala ke Tokyo, memakan masa 1 jam 45 minit.  Sebelum memulakan lawatan, kami di minta berkumpul di sebuah eki bawah tanah. Setelah semua berkumpul , perjalanan menuju ke kawasan parlimen dimulakan. Peserta rombongan disertai hampir 50 orang dari pelbagai latar negara dan bidang kerja. Peserta terdiri daripada Pensyarah dan beberapa wakil diplomat.

Suasana dalam Parlimen

Jika diperhati pada masyarakat Jepun, ana boleh mengakui bahawa mereka berkiblatkan negara Amerika. Begitu juga halnya, di dalam bangunan Parlimen ini. Barang – barang mewah yang dimegahkan , banyak dibawa dari negara Amerika, khususnya. Tombol pintu, peti telefon lama dan beberapa barang antik yang lain. Namun apa yang menarik , bangunan di bahagian dalamnya, tidaklah secantik bahagian luarnya. Hal ini kerana, dinding dibahagian dalamnya agak berlubang-lubang. Bukan batu – bata yang digunakan. Sebaliknya , merupakan ketulan batu besar di perairan laut jepun. Dikatakan tahan terhadap 地震  gempabumi.

duta2

Sudut menyambut duta-duta besar

Speaker dewan Perlimen

teman2

Speaker Dewan dan sahabat-sahabat

7 tahun, memegang jawatan yang sama. Setelah berlaku peralihan kuasa,  beliau masih diberi ruang kerana kredibiliti yang dimiliki. Dikesempatan lawatan ini, ana sempat juga menyimpan kenangan bersama beliau.

Sempat juga bertanyakan soalan ketika sessi soal jawab. ” Apakah hala tuju parti baru ? Adakah masih mengikut telunjuk kerajaan pimpinan Obama ? Ataupun dengan stand tersendiri ? ” . Speaker dewan tersenyum.

bergambar akhir

di parlimen

Banyak sekali maklumat yang tidak dapat dirakam dengan baik . Masih belajar – belajar untuk terus berkongsi.

Advertisements