Assalamualaikum wbt

Membaca beberapa tulisan sahabat – sahabat , kadang – kadang mudah menaikkan semangat untuk berusaha . Alhamdulillah.

InsyaAllah, pada tulisan ini, suka untuk ana kongsikan sedikit tulisan dari senior . Berkaitan dengan ‘pemuda’.

PEMUDA ITU

“Pemuda yang lahir dalam sebuah bangsa yang hidup aman sejahtera dengan kemajuan melimpah ruah akan lebih mementingkan diri sendiri daripada nasib agama dan bangsanya.

“Namun, pemuda yang lahir dalam sebuah negara yang sedang berjuang kerana agama dan bangsanya sedang dijajah, akan berjuang bermati-matian untuk mengembalikan hak, khazanah serta kebebasan mereka yang telah dirampas dan dinafikan.

“Bagaimanapun, gagasan akan berjaya jika wujud empat asas iaitu keimanan dari hati yang bersih, keikhlasan dari jiwa yang suci, semangat dari keinginan yang kuat dan usaha melalui keazaman yang membara. Semua itu ada pada orang muda.”

504

Gambar teman-teman.

Teman – teman ,

Indah hidup ini, bila islam bersinar kembali.

Ana mendoakan agar sahabat-sahabat sentiasa berada dalam saff perjuangan untuk memenangkan agama Allah. Doakan ana sekali , moga – moga sentiasa berada dalam proses pengislahan diri.

Advertisements