Kenapa mahu jadi penulis blog ? Kenapa mahu jadi penulis muda?

Sedikit sebanyak bacaan dari catatan senior dibawah ini, memberi pesan bahawa profession sebagai penulis merupakan seorang yang suka berfikir. Lalu ,berfikirnya untuk apa, untuk siapa .. ?

Memetik beberapa persoalan yang diajukan oleh senior kepada penulis Habiburrahman El-Shirazy ;

senior

Pertemuan penulis dengan Habiburrahman El-Shirazy di KLIA.

Pemikir untuk novel islamik dari Indonesia.

3- Jadi, apakah cara yang terbaik untuk penulis muda?

Dekati Masyarakat

Ya, saya sendiri suka untuk mentadabbur alam dan situasi masyarakat untuk mencari ilham. Dengan cara kita duduk dalam masyarakat seperti menaiki kenderaan awam dan sebagainya, mata kita mampu melihat lalu dianalisis oleh otak.

4- Apakah sumber utama yang wajar dirujuk sebelum menulis?

Sumber yang sudah Menjadi Kebiasaan Kita

Pertama ya Al-Quran. Dengan cara mentadabbur Al-Quran sahaja kita akan peroleh banyak ilham dan petunjuk. Kemudian menjadikan Sunnah Rasulullah dan Para Sahabat untuk rawatan dan pendekatan terbaik. Sebagai contoh dalam masalah perceraian. Tindakan Khalifah Umar dalam memelihara perkahwinannya wajar menjadi panduan bagi si suami. Ketiganya rujuk peninggalan alim ulama yang begitu santun menangani masalah umat. Terakhirnya, melalui pemerhatian dan analisa terhadap masyarakat kini.

5- Masalah karya terhenti separuh jalan, apa solusinya?

Penulis juga seperti Engineer.

Sebelum membina gedung. Tentunya sudah siap satu grand design untuk menyiapkan satu bangunan. Berapa ukurannya? Bagaimana bentuknya? dan sebagainya.

Sama juga seperti penulis, perlu ada big picture awalan, pertengahan dan akhir ceritanya. Nasihat saya tulis sehingga habis kemudian kita berhak untuk menukar jalan ceritanya.

Kita sudah ada matlamatnya. Seperti mahu berjalan, destinasinya sudah ada, jalannyakan pelbagai.

SUMBER

Berazam untuk terus menulis dengan lebih baik. Mahu berkongsi lebih lagi berkenaan cara hidup masyarakat di sekelilingku ini. Dalam usaha mengenali mereka, aku juga lebih kenal siapa diriku.

Dalam usaha mengenal siapa Pencipta diri. InsyaAllah.

Advertisements