1. Amat letih . Esok terakhir exam . Habis exam, bersambung lagi untuk bergerak jauh . Projek belum habis.

Tergelak besar ! Bila baca nukilan sahabat jauh . Jemput baca .Pasti , akan lebih kenal lagi wajah Jepun ! Bahan santai terbaik, ubat letih dari palajar Master. Sasuga. Memang kagum . Teruskan lagi. DISINI. Tulisan saudara Luqman.

” Manusia diciptakan Allah berbeda – beda. Dalam perbezaan itulah kita saling bertaaruf. Dalam perbezaan itulah, kita saling belajar – mempelajari . Dalam perbezaan itulah dunia ini ada warna- warninya .”

2 . Pagi sebelum ke kelas exam, hati PANAS membara ! Tentera Amerika tersilap sasaran di Afghanistan. Rumah rakyat biasa menjadi korban. Rakyat tempatan menjadi mangsa. Berita di baca ,aku mengenggam geram ! Jahanam kau Amerika. Satu lagi siri merobek umat islam ,engkau lancarkan. Duhai Allah , balaslah kebiadapan mereka dengan tentera-tentera Mu. Aku tidak mudah termakan oleh propaganda. Dikatakan mahu memusnahkan ladang sumber dadah, dikatakan mahu menyekat kemaraan Taliban dan pelbagai lagi alasan dan termidologi LAPUK !

Sakit hati bukan kepalang . Tidak dikatakan ummat ,seandainya kamu tidak rasa sesuatu atau rasa kebersamaan , andai ada saudara manusia lain yang ditimpa kesusahan.Apatah lagi mereka dan aku ,seakidah !

Teruskan berjuang ,saudara-saudaraku di Afghanistan. Bumimu subur dengan darah dan ukhuwah syuhada’ dan mujahidin.

Nah ! Kalian baca ini. Allahuakbar. Tiada di media biasa.Fakta tentera musuh lemah di medan.

” Jangan kamu merasa lemah bila berjuang. Jika dikalangan kamu ada yang gugur dan kehilangan harta ,percayalah mereka juga mengalami kekurangan yang sama. Namun, kalian, pejuang islam ada Allah di belakang kalian. Bersama Allah, kalian berjuang ! “

Advertisements