Cuaca sejuk

Cuaca sejuk di nagaoka seperti biasa. Sekarang juga , baru saja balik dari bermain ski dan snowboard anjuran pihak kolej selama sehari. Biasa saja perasaannya. Kadang-kadang terasa kosong. Kehidupan..

Ketika berada di atas puncak, teringat kadang kala, maha hebat Allah yang jadikan gunung-gunung tidak bertiang. Megah. Suatu ketika nanti, Allah akan hancur leburkan binaannya. Berkecai dan berderai-derai . Maha benar Allah dalam firmanNya. Yakinlah sahabat-sahabat dan diriku, nescaya jika kita bermujahadah menjaga hak-hak Allah, akan pasti Allah akan menjaga hak-hak kita dengan lebih lagi.

Salji dan Banjir

Tahun ini merupakan tahun yang ketiga di nagaoka. Kadang-kadang tidak tahan sejuk. Bila agaknya ,salji akan berhenti. Salji ini umpama banjir. Banjir itu ibarat salji. Ada betul dan ada salahnya.

Setelah pulang ke kolej dan selesai solat isyak, sempat ana basuh karat di hati dengan beberapa kuliyah. Hadiah dari junior.

Nikmat iman ,rasanya bagaimana ? Kuliyah yang cukup menyentuh berkenaan nikmat iman dan islam.

Ingin aku ajak semua sahabat-sahabat pembaca untuk mengambil manfaat sebanyak mungkin.

” Kenapa saya pilih Masjid dan saya Tinggal Salib . ” Dulu, pernah baca dan dengar kisah ini. Sekarang dapat tengok secara terus dari youtube. MasyaAllah. Paderi yang menerima NUR dan berkongsi hidayah. Kini, pendakwah berjaya dunia akhirat.

Kuliyah 1.

Kuliyah 2.

Kuliyah 3.

Ana teringat pesan dari seorang ustaz nazrul, jika tidak mampu jadi orang agama, usahalah jadi orang yang beragama. Ingin, aku tanamkan keazaman untuk melatih diri dan keluarga serta sahabat-sahabatku jadi golongan yang beragama. Nikmat islam dan nikmat iman itu. Selamanya akan aku cuba hayati.


Salam selamat berjuang lagi. Paksa diri .

Taubat nasuha untuk hari esok dan minggu ini .Moga minggu ini lebih cemerlang dari minggu lepas.

Dengarkan juga dari pelajar sekolah pesantren al-Junied di Singapura.Zikir. Islam megah dimana-mana.

Advertisements