Assalamualaikum wbt

Azam 1431 H

Membaca azam pada laman saifulislam , suka juga untuk saya menzahirkan azam pada tahun baru islam ini untuk melakukan perubahan kepada diri. Ana akan berusaha untuk lebih menyusun kerja dengan lebih teratur. Saya juga berazam untuk lebih menjaga masa. 10 muwafasat tarbiyah ingin dijadikan azam dan kayu ukur terbaik pada tahun ini.

Berprogram untuk mengisi Cuti musim sejuk

Malam ini juga, bersama sahabat-sahabat akan mula bertolak menuju ke Nara ken. Semoga perjalanan untuk menuntut ilmu ini dikira sebagai sebahagian amal disisiNya. Laman untuk sahabat-sahabat pembaca . Laman 1. Laman 2.

Bekal  dari As-syuhada’ Zainab al- Ghazali al -Jubaili  dibawa ke program

InsyaAllah, ana akan cuba hadir ke program, berbekalkan sebuah kisah pembakar semangat dari mujahidah islam iaitu pengasas kepada Jamaah Saidatina Muslimah. Tidak lain dan tidak bukan ,tubuh dai’e muslimah ; Syuhadah Zainab al-Gahazali al-Jubaili.

Kisah Zainab al-Ghazali meninggalkan satu kisah pengorbanan dan ujian yang cukup hebat. Sebuah kisah yang menjadi teladan buat generasi-generasi mendatang.

Kisah episod 1, 2 ,3 dan 4.

Semoga aku terus berpegang dengan bara istiqomah.

Advertisements