Wsalam, Duan.

Maaf saya terlalu sibuk 2-3 hari lepas dan x sempat nak balas email kamu. Izinkan saya intro myself. Saya berumur 29 tahun, graduate ALAM dan telah 7 tahun berkhidmat bersama MISC. Sepanjang bekerja bersama MISC memang banyak pengalaman dikutip demi persediaan untuk masa depan. Malangnya setelah ekonomi dunia sekarang yang tak menentu kerjaya bersama MISC tidak lagi secure terutama bagi kapal2 mengangkut kontena yg kami panggil liner. Manakala bagi kapal LNG, Chemical & Crude Oil tanker, situasi sedikit lebih baik berbanding liner. Beberapa kapal terpaksa dihentikan perkhidmatan setelah tiada permintaan dari pasaran. Dan dalam masa yg sama MISC mula reconstructure dan membuang pelaut. Saya merasakan situasi ini tidak begitu baik, maka lebih baik saya keluar dan cari peluang dalam syarikat lain.

Setahun sudah saya meninggalkan MISC dan setakat ni dah bekerja di 2-3 tempat. For your info, industry Oil & Gas sedang meningkat pesat di pesisir negara kita. Banyak syarikat2 perkapalan ditubuhkan untuk support O&G industry ni. Duan org tganu kan sure tahu dan paham situasi ni kan. Bagi saya business yang sedang BOOM sekarang ialah O&G, since Vietnam, North Australia menjalankan eksplorasi minyak terbaru.

Kamu boleh cuba dengan MISC since  tahun lepas mereka introduce satu program baru “Bridging Program”(BP)  dimana lepasan university diambil berkerja. Student BP nie kena study di INSTEP setahun dan praktikal di kapal dalam masa 6-9 bulan. Selepas tu saya tak berapa pasti coz program nie masih berjalan, first intake sedang belayar skrg. Ada juga mereka yang memiliki diploma/degree in electrical jadi Electrical engineer di atas kapal MISC.

Kalau kamu berminat kena berhubung terus dengan MISC, detail Duan boleh dapat dari website MISC. Sorry contact number saya tak dpt bagi since dah setahun saya left MISC, entah incharge person pun dah tukar org lain.

Emm pasal cabaran dlm agama tu, saya x berapa setuju lah. Takde plak kami dihalang bersolat di atas kapal. Kecuali solat Jumaat lah kami tak buat kerana x cukup jemaah dan syarat. Yang lain tu InsyAllah masih boleh dilakukan lagi. Semua terpulang pada empunya diri, either you want / not. Saya pernah ke KISAS dulu, sekitar 1996 ketika Nadwah SBP. So saya paham keadaan kamu sedikit sebanyak. Kalau orang kata orang kapal jahat, saya rasa orang di darat lebih berpeluang buat semua tu since “source” depan mata. Tepuk hati Tanya iman.

Okey Duan, moga berjaya dalam apa saja yang dilakukan.

Wassalam.

KOMEN ANA :

Jazakallah khair. Terima kasih atas doa.

hidup

Advertisements