Assalamualaikum wbt

ipij selamat hari raya

UCAPAN HARI RAYA

Kehadapan semua pembaca yang dihormati Allah , saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua. Semoga tarbiyah Ramadhan dapat memberi sesuatu didikan kepada tasawwur hati. Melahirkan rasa hina dan rasa hamba sebagai seorang abid serta khalifah Allah swt.

DAULAH itu NEGARA

Ketika ini juga, baru beberapa hari, proses penyusunan komposisi kabinet utama bagi kerajaan daulah jepun, berakhir .Pemimpin baru yang diamanahkan rakyat ,Hateyama Daitoryou .

” Kehidupan rakyat, diUTAMAkan .Kokumin no seikastse ga, dai ichi. ”

Slogan yang sekaligus menjadi bukti sejauh mana janji – janji yang telah di ucap, akan dilaksanakan. Begitulah resam daulah . Seronok memerhati perubahan yang akan berlaku.

PERUBAHAN KEBAIKAN

Semoga dengan Ramadhan yang dilalui juga,memberi satu titik tolak kepada kita untuk  melaksanakan azam – azam perubahan dan  kita sama-sama berusaha melaksanakannya pada 11 bulan diluar ramadhan. InsyaAllah .

Kedatangan hari raya hendaklah disambut dengan perasaan gembira . Ketika memerhati suasana persiapan hari raya di kawasan yang berhampiran , pelbagai keadaan dapat dilihat . Ada yang ditugaskan untuk mengikut lecturer jepun pada hari  raya untuk membentang kertas kerja. Ada yang sedang bertungkus lumus dengan persiapan presentation research.

Pada tahun ini ,saya akan menyambut hari raya secara sederhana di universiti teknologi nagaoka. Komuniti malaysia muslim disini agak ramai. Terdapat juga warga indonesia muslim , thailand muslim dan japanese muslim. Selepas sambutan hari raya ,saya akan bertungkus lumus pula untuk persediaan peperiksaan.  Semoga sahabat – sahabat pembaca juga turut sama mendoakan .Pada Allah yang terbaik.

Selamat menyambut eid fitr kepada semua. Kullu a’am wa antum bil khoir. InsyaAllah.

INGATAN DOA BUAT MU’ALIM

Dikesempatan ini juga , saya ingin memohon maaf terutama kepada ibu dan ayah , adik – adik di kampung , ustaz ustazah serta guru – guru khusunya dari Kolej Islam Sultan Alam, Klang ,Selangor , barisan pendidik di Kolej Islam Sains Terengganu , Kuala Berang, Terengganu , para pendidik dari Sekolah Menengah Agama ( Atas ) Sultan Zainal Abidin ,Batu Burok ,Kuala Terengganu , dan juga ustaz dan asatizah di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang ,Kuala Terengganu .

Salam dari anak didik, di bumi tarbiyah jepun. Salam doa buat semua.
islam jepun

Advertisements