Alhamdulillah. Malam ini ,sudah malam ke lima belas Ramadhan. Sudah separuh Ramadhan.

Bagaimana mutu solat, sahabat-sahabat ? Semakin hari ,semakin ringankah tuntutan tarawihnya ? Makin bertambahkah saff solat di komuniti sahabat-sahabat ? Semakin lembutkah hati ? Semakin basahkah mata yang selalu menyaksikan maksiat , kerana takutkan Allah ?

SAHABAT

ramadhan tahun lalu

bersama ‘timun cina’ yang cukup besar

Ramadhan bersama sahabat -sahabat soleh , melakukan aktiviti rehlah bersama , menghidupkan suasana Ramadhan bersama ,merupakan suatu nikmat yang cukup besar .

Di kesempatan post ini ,suka untuk saya menasihati diri dan sahabat-sahabat agar menambah rasa syukur kepada Allah swt. Nikmat yang ingin terus dikongsi bersama pada post kali ini, adalah sahabat soleh.

Sesungguhnya sahabat yang soleh itu ,jika kita memandangnya dapat mengingatkan kita pada Allah dan taat kepadaNya. Sebaliknya ,melihat sahabat yang tidak soleh itu, dapat mengingatkan kita pada kemaksiatan dan perbuatan-perbuatan murka.

mus

sahabat malaysia dan sahabat indonesia ,2 negara & satu akidah

Sebuah hadis daripada riwayat Abu Daud menukilkan bahawa sahabat yang soleh itu ibarat penjual minyak wangi , darinya engkau akan mendapat bau harumnya. Dan sahabat yang buruk itu ibarat tukang besi ,bila engkau tidak terkena percikan apinya ,maka engkau akan terkena asapnya.

Saya memetik lagi kata-kata dari Mustafa Masyur , seorang intelektual islam menyatakan bahawa orang mu’min itu adalah cermin bagi saudaranya.Setiap orang mesti memiliki kesalahan dan kekurangan. Namun ,ramai dikalangan kita kurang menyedarinya.

Kekurangan kita . A’ib kita yang  terlalu banyak.

Teringat juga saya pada penulisan seorang ustaz berkenaan kekurangan kita.Bahawa sanya ,pintu neraka Allah terbuka luas untuk kita.Namun ,terbukakah harapan untuk kita minta dibukakan pintu SyurgaNya.Siapalah kita.Semoga Ramadhan menjadi wasilah untuk membersihkan hati kita.

TEGURAN

Dalam menegur a’ib kita , memperbaiki dan membantu kita ,tidak ada yang mampu melaksanakan nya melaikan sahabat atau saudara yang saling mencintai kerana Allah ,tulus dalam persahabatan ,lembut dalam pergaulan ,bijak dalam memberi nasihat dan menunjukkan kekurangan.Sahabat soleh juga merupakan sebaik-baik bekal perjalanan.

RAMADHAN TAHUN LALU

Sempat juga saya melapangkan sedikit ruang bertemu sahabat-sahabat di komuniti kawasan lain. Ramadhan tahun ini, masih kah diberi ruang tersebut .InsyaAllah , semoga terus dipilih oleh Allah .Itu harapan saya.

Menolong beberapa sahabat menyiapkan bentou/ bekal makanan, program ihya ramadhan serta berziarah ke masjid di sekitar tokyo.

cahaya islam

bukti cahaya islam di jepun ; anak kecil bersama si ayah merindui ilmu wahyu Ilahi

Manis sekali harga persahabatan yang soleh. Semoga kita saling ingat-mengingati dan berpesan-pesan dalam mentarbiyah hati dan diri.

Salam Ramadhan buat adik-adik di tanah air. Pilihlah sahabat yang soleh dan jagalah ia sekuat yang mungkin.