senior ukhuwah

akhi azuan,aji dan habib

Fastaqim kama umirta- surah Hud.Memberi nasihat buat diri.

Suka saya mengambil sedikit pesan dari sahabat senior :

Rindu rasanya pada Azuan. Walaupun kadang-kadang terlihat isyarat YM beliau menyala, terasa malu untuk menegur. Risau “ulama muda” ini terganggu dalam menelaah kitab-kitab turath dibumi anbiya sana. Pernah saya menegur, tetapi tidak mendapat jawapan. –akh faisal.

JAGA PERSAHABATAN

Perkara ini merupakan salah satu perkara yang penting untuk ditekankan dalam melahirkan persahabatan yang lebih akrab.Ketika membaca tulisan senior ana ini, perkara ini juga kadang-kadang kurang diambil berat oleh diri.

Betapa halus dan teliti penjagaan yang didasarkan atas persahabatan kerana Allah ,sudah pasti kebaikan yang lebih terjaga dapat dirasai.InsyaAllah.

Menambah pesan kepada diri, berusahalah untuk mencari persabatan yang quwwah.Persahabatan yang bukan sahaja berkekalan di dunia, tapi sehingga dapat kekal sehigga di akhirat.

SEBAGAI SAKSI

” Kita bertemu hari ini, kerana Allah.Semoga pertemuan ini menjadi saksi dan hujjah kepada kita di hari akhirat kelak, bahawa kita pernah bertemu atas sebuah persahabatan. ”

Ingatan kisah dari seorang sahabat senior ,saudara jimi; ketika lawatannya ke sebuah negara di eropah.Beliau bertemu dengan seorang pemuda warga islam , dan sebelum salam perpisahan ,ucapan diataslah yang dihadiahkan kepada saudara jimi.Ana mengambilnya sebagai satu sisi kisah yang cukup bermakna.

Kisah ini memberi satu perasaan kepada ana, bahawa persahabatan dan ukhuwah yang ikhlas akan mewarnai kehidupan seseorang andai kita berhajat dan berusaha padaNya.

usrah akh faisal

usrah. akhi faisal, berjubah putih paling kanan di masjid sultan.

BADAR

Contoh teladan di bumi waqafan.

Namun, budaya menyanjungi yang tua dan menghormati yang muda sentiasa wujud.Dan tidak salah untuk saya katakan, kesinambungan kepimpinan badar yang diterajui oleh barisan pemimpin muda dan yang lebih tua,dari form 5 dan upper 6, memberi satu ruang untuk ruang tarbiyah lebih terbuka.

Akhlak mereka ,dan tingkah laku yang menjadi contoh , masih lagi diperhatikan oleh junior-junior biasa seperti saya dari luar. Semangat mereka , sentiasa menjadi pendorong untuk mendidik diri.

Moga bertemu lagi.
waqafan

Salam ukhuwah.

Advertisements