Pengalaman 3 bulan; bersahabat di plkn, kem ulu pari, Rembau, Negeri Sembilan; merupakan antara satu persinggahan, untuk lebih mendekati hidup bermasyarakat.

Mengenal bangsa cina dan india. Mengenal pelbagai latar belakang manusia yang pelbagai ,belajar untuk memimpin dan dipimpin , belajar untuk bersabar dalam gelak dan tawa ;merupakan antara ingatan yang banyak mendidik.

PLKN

Ada kebaikan dan tidak dinafikan juga keburukannya.Biarlah yang buruk akan terus diperbaiki dan yang baik sering diingati untuk menjadi teladan dalam kehidupan.

Memandang kehidupan dengan pandangan yang positif , lebih membuatkan kita bersemangat.

” ..baru-baru ni hafizi ada telefon , katanya kawan dari negeri sembilan. pernah kenal sewaktu plkn…katanya, mintak mak kirim salam kat abang jie.Dan kalu balik, mintak abang jie berhubung..” ,pesan mak.

teman plkn

hafizi,tengah

Aku sempat mengingati seorang temanbaikku ini, hafizi ; orang nogori.

Rembau, merupakan satu daerah yang cukup pekat dialeknya dalam negeri sembilan.Persahabatan kami ,bermula ketika di kem plkn.Dari pelbagai negeri ,dikumpulkan dalam sebuah tempat yang cukup terceruk .Tapi, penuh dengan suasana alam.Kaya juga dengan petai dan pokok jeringnya.

Hanya, terserah pada manusia yang mengisinya, dengan kebaikan mahupun sebaliknya.

RUTIN PLKN

Bangun pagi, berkejar untuk ke solat subuh.Kemudian berlari- lari salin baju, ala-ala komando untuk kawad pagi.Namun, ramai juga komando kecil yang belum solat subuh. Hanya bangun tergesa-gesa, lalu terus berkawad.

” siapa yang tak solat subuuuhh……??? kedepaaaaaaaaaaaaaaaaannnnnnnnnnnnnnnnnnn!!! ” -laung komando yang bertugas pada pagi kebiasaannya.

Tidak banyak soal, hukuman dijalankan.Anak muda, adakalanya hukuman yang keras juga mengambil tempat, jika kesalahan berulang- ulang.Apatah lagi ,kesalahan membelakangkan hukum Allah.

PELBAGAI RAGAM

Teringat satu kisah, dimana  seorang sahabatku membawa roti kedalam dorm.Lalu diserbunya ,kami semua. Maklumlah ,umpama kehidupan di asrama.Mahu dibukanya, roti high 5 yang berbuku besar, lalu sahabat ini tersenyum.Mahu tahu kenapa ?

Rupa-rupanya, ditengah ruang lapisan roti high 5 itu telah ditebuk berbentuk silinder,dikawasan tengahnya. Sebagai tempat letak rokok. Aduuh.Kreatif sungguh.

Dimanalah ,kome belajar ……

TODHI

Ada juga kisah teman baikku, berbangsa india yang bawak curi masuk arak murah india, todhi ke dalam bilik.Walau seketat manapun, komando membuat check-up ,aqal remaja juga semakin bijak mencari peluang.Warna air F&N perisa zaple, ditukar dengan air todhi yang seakan-akan sama warnanya.Fuuh, memang penjenayah muda berjaya.

Sebuah lagi kisah menarik ; kisah hantu ! Asrama tidak lari dari kisah ini.Tapi, inilah satu-satunya pengalaman yang ada unsur hantu, yang pernah dialami .

Kisah kali ini, cukup manis untuk dikenang.Diambil cadar putih katil plkn, dan dibalut dari bawah sampai keatas.Dijadikan umpama si mayat hidup.Diikat penghujung bawah dan atas; hanya mampu melompat.Beberapa malam, aktiviti ini banyak mendatangkan hasil.Ramai yang terkena.

Namun, disuatu malam yang malang, setelah persiapan dilakukan, mayat hidup juga sudah siap diikat ,lalu langkah pertama baru nak bermula.Tiba-tiba Komando muncul dibelakang. Lari tempiaran budak-budak.Tinggallah hantu pocong, terpinga-pinga.

” haaah,kamu ! ” -setelah ditangkap ,dan disoal ; dijawabnya pula ;saya menjadi mangsa komando.Ada kawan yang ikat saya.Saya sedang tidur dan tidak sedar. Tahu-tahu dah diikat.

Mahu ditipunya orang yang lebih berpengalaman.Alamaknya, padahlah .Moralnya ,jangan banyak sangat seronok, nanti ada kesedihan yang muncul tiba-tiba.

MEWAH BERSUKAN

Rutin pagi hujung minggu juga, pelbagai aktiviti dilakukan.Berkayak , berkenu  dan juga kemahiran abseling.

Dengan kehadiran beberapa  budak sukan, antaranya budak taekwando kebangsaan, wakil ping-pong negeri dan tomoi siam ,kadang-kadang buat kami, saling ingin belajar antara satu sama lain.Sempat juga, aku belajar beberapa jurus taekwando dari sahabat indiaku, tapi sekarang semua dah hilang .

Hidup 3 bulan bersama, bermain bersama ,dimarah bersama ,geram bersama , dan kadang-kadang bila sudah rasa aeolah-olah sebuah keluarga, pasti waktu berpisahlah yang paling perit.

NASYID

Sempat kami meninggalkan kem plkn, dengan 2 buah nasyid.Bertemakan persahabatan dan bertemakan kesedaran.Setelah tamat ,ternyata banyak yang terbuku dihati, masing-masing luahkan.Nilaian persahabatan, sungguh indah.Apatah lagi bertemu dan berpisah kerana Allah.Atas tautan akidah.

Kisah keluarga di belakang surau…masing-masing membuka cerita…ada yang pahit..ada yang manis…ada yang pernah keluar di dada akhbar tempatan.

Juga, pengalaman bernasyid menganti gitar didalam bilik guard tengah malam, banyak pengajarannya.Anak muda, kalau kena gayanya, akan lebih kedepan mendekati islam.

Apa yang pasti, pengalaman plkn membawa satu mesej bahawa kemahiran bercampur dengan pelbagai latar belakang sasaran dakwah ,memberikan satu ruang pandangan yang baru.Berbeza sekali dengan suasana apabila masing-masing berlatar belakangkan sekolah agama,ketika di usia persekolahan.

ULAM PLKN

teman2

Komando yang paling ku rapat, mengawasi squadron kami

Kadang kala, mengingati sesuatu peristiwa lama, banyak tersimpan pengajaran buat menghadapi masa kini.Ulam plkn;  memberi satu tanda juga bahawa kesabaran pasti akhirnya ada kemanisan.

JYUKEN, INGAT KESABARAN DI PLKN.

Ganbarou.Saigo no saigo made.

Mesti lepas jyuken.

Jadi kuat selalu, untuk bina keluarga yang kuat.

TEKNIK BERHASIL

Bercerita, benar-benar satu kaedah melapangkan minda.

Bersama menanti kedatangan ramadhan.

Advertisements