Al-deenul naseehat.

Agama itu asasnya nasihat.Setiap yang beragama, hidupnya cerah dengan nasihat. Tidak kira seorang itu Budhism ataupun Kristian, namun yang beragama itu ada disiplinnya dalam kehidupan.

Apatah lagi ,jika ana dan antum ; kita semua yang bergelar muslim.  Bertindaklah dalam ruang kemampuan kita. Berusahalah semampu kita.

” Hidup ini, dalam berpenah lelah. Kemanisan itu, dalam bekerja keras kerana Allah. “, pesan sahabat ana.

NASIHAT ITU BERHIKMAH

Buat teman-teman di tanah air, selamat menasihati dalam ruangan keupayaan antum.Biarpun nasihat umpama dari anak kecil kepada gergasi besar ! Tapi, tidakkah dikatakan keberanian yang terbesar itu adalah menyatakan kezaliman didepan musuh mu, yang punyai kuasa ke atas sekalian kamu !!

*****

” Tuan Pengetua bersalah! Mengapa kami, ajk surau yang di rotan, disebabkan ada surat layang daripada pengawas, yang mengatakan ada rokok di dalam tandas surau ? ” ,adu seorang ajk yang tubuh berisi,yang sudah dipiat punggungnya.

” Melawan kamu, yer ! Orang tua pun, berani kamu lawan ! Agama tak ajaq kamu ker ! Ajk surau, tapi akhlak…… ” kata-kata pengetua tergantung. Mungkin dalam nada tersangat marah, ataupun ada kezaliman yang terlepas pandang ! Atau mungkinkah sengaja di  ” Lepas Tangankan . ”

Tidakkah ada benar, ajk surau yang tidak bersalah mengemukakan haknya ? Salahkah dia bersuara ingin meminta keadilan buat dirinya ? -Wajarkah dia berdiam ,menerima seadanya dan terus bersabar ?!

Pengecut lah, begitu !!!

Kezaliman harus dibela pada tempatnya !

NASIHAT BUAT ADIK-ADIK

” Adik aan, ii dan yaa ; nak sangat tengok adik-adik beraya dengan berjubah pada pagi raya ni, insyaAllah. “, nasihat ana buat adik ii, semalam.

” Jubah sekarang mahal-mahal. Yang 60 ringgit pun, yang kain dok berapa molek. Kalu berduit nanti, ii beli laa.”, balas adik ii.

” Duit tak boleh beli harga sebuah taqwa, adik .” ,hebat sungguh ana menyusun ayat.Aduh.

Apa yang sempat ana kongsi jugak adalah, andai kata adik-adik ana pakai jubah, jauh sekali kita nak bermewah atau bergaya dengan jubah  yang hebat-hebat, tapi sebaliknya niatkanlah : sahaja aku berjubah untuk mendidik diriku dengan sifat malu seorang muslimat dan memelihara pandangan dari lelaki ajnabi.

Maka, adik-adik akan dipandang sebagai nisa’ yang baik-baik.Hal ini juga sudah dinyatakan dalilnya didalam al-Quran.

Ya, ana cukup segan dengan sosok tubuh insan yang berjubah. Segan ini, kerana semangat yang ada pada diri mereka untuk mendidik diri.Lahir dari rasa ingin lebih dekat dengan DIA yang Esa, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Semoga adik-adik ana, memilih jubah sebagai pakaian utama adik-adik, insyaAllah.

Adik-adik, nanti bila abang sudah sampai masa nak pilih kakak ipar buat adik-adik, calon berjubah lah yang ingin dicari.

” Nakal sungguh, abang hambe ni. ” , celoteh adik ana lagi mengakhiri perbualan kami yang jarang-jarang hadir peluang.

Ad-deenul nasihat.

Nasihat diri, itulah yang paling utama.InsyaAllah.

” Nasihat abang, pilihlah warna yang lembut dan kurangkan hiasannya. ”

jubah lembut

Nisa’ itu, manisnya bukan pada penonjolan diri, tapi betambah penghormatan dari ar-rijal, bilamana ketegasannya bertempat ! Kelembutannya ada batasan !

Selamat mendidik diri, adik-adik ana.

Advertisements