teman2 Alhamdulillah ,baru selesai 2 paper untuk exam pertengahan semester.InsyaAllah ,akan sambung semula pada minggu depan.

PENGAJIAN KOLEJ

Pengajian di kolej teknologi jepun, seakan-akan sama, tapi sedikit berbeza ,jika dibandingkan dengan politeknik atau sistem kolej-kolej teknologi di malaysia.

Berada dalam program bekembar , kami perlu menempah tiket masuk ke universiti terlebih dahulu, sebelum tamat pengajian di kolej.Berbeza dengan sistem di tanah air, ( khusus buat pelajar-pelajar kampus ), jika ingin menyambungkan pengajian ke peringkat seterusnya, CGPA akan diukur.CGPA juga dapat diperolehi setelah tamat pengajian keseluruhan semester.

KOUSEN

Namun, diperingkat kolej teknologi, atau lebih dikenali sebagai kousen di jepun, para pelajar akan berdikari, berulang alik ke universiti-universiti yang menyediakan ruang kemasukan untuk menerima pelajar.Ada juga yang akan mendapat suisen iaitu sistem recomendation daripada pensyarah pusat pengajian/kousen.

Kebanyakan pelajar malaysia dihantar ke jepun, akan terus diterima masuk ke universiti.Namun, ada juga satu program yang menuntut pelajar menerima pengajian selama 3 tahun di peringkat diploma dan ditambah selama 2 tahun diperingkat ijazah.Jika tidak silap ,sistem ini juga digunapakai untuk sesetengah pengajian di negara lain.

SEMUA DAH LEPAS

Kini ,musim menempuh ujian kemasukan ke universiti bagi pengajian diploma di jepun ,semakin tamat. Melihat rakan-rakan sekeliling yang sudah menerima tiket masing-masing, kadang kala diri akan terasa sedikit lemah.Namun, sikap negatif tidak akan kemana, sebaliknya sentiasalah ubat diri dengan kata-kata semangat.InsyaAllah, Allah akan berikan jalan terbaik.

KASIH SAYANG IBU

” Ada orang akan dapat cepat, adakala Allah nak bagi lambat sikit…semua tu, ujian dari Allah…”,nasihat dari ibu.

” Sayang ibu, sayang selalu. Sayang ayah, sayang menurut kata.Sayang sahabat, sayang sesama ada. “, begitu pesan datuk.

Tadzkirah dari sahabat ana, Naim; ketika di meja makan asrama, masih segar.

Kadang kala, kejujuran kata-kata sahabat mudah kita pegang,apatah lagi jika kata-kata tersebut terbit sambil ada air mata yang sedikit tumpah dipipi sahabat ana ini.

Benar…

Fitrah seorang ibu, jika anak dia baik, ibu lagi sayang.

Jika anak ibu, kurang baik atau nakal, ibu sayang juga.

Jika anak ibu cerdik dan pintar, ibu lagi sayang.

Jika anak ibu kurang pintar ,ibu akan tetap sayang.

*****

Pendek kata, kasih sayang seorang ibu tidak berbelah bagi.Sayang selalu.

Sayang sokmo, kata orang sebelah timur.Begitu, Naim dan ana menyimpulkan pada perkongsian rasa kami.

Buat sahabat-sahabat yang menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran, baik menempuh imtihan dan segala ikhtibar, ana doakan semoga ana dan antum semua sentiasa tabah, terus bersemangat dan tidak mudah menyerah.perjuangan

Biar sedikit sekali harapan yang masih ada, tapi sentiasalah perbaharui ia dengan doa padaNya.Biar seluruh manusia memandang rendah padamu, cukuplah hanya ada Allah sebagai sandaran.

Salam Syaaban buat semua.Semoga bertambah amalan di bulan mulia ini.InsyaAllah.

Bantu dan lorongkanlah kami ,jalan yang baik di sisiMu, duhai Tuhanku.

Advertisements