” Orang beriman, hatinya sejuk mengingat TuhanNya.

Bila jatuh ,ingat pada Tuhan.

Bila senang, kembali ingat pada Tuhan.

Bila sedih, hati ingat pada Tuhan.

Pokok pangkalnya, segalanya kembali pada Tuhan.

Bila berhadapan dengan manusia, bermanis muka..

Bila berbicara dengan Tuhan, rendah diri dengan air mata..

Indah sekali ,ujian dari Tuhan. ”

Semalam ,sempat mendengar beberapa minit kuliyah pelembut hati dari ustaz Aagym.Kuliyah ulangan.Tapi, tak jemu-jemu.Kadang-kadang bila kita solat, kita selalu ingatkan benda lain yang di luar solat.Solat itu, pokok pangkalnya tiang pada agama.

Jika dikaitkan pada belajar, ketika belajar, ada kala fikiran ingat pada benda lain.Tidak khusyuk sudah ertinya dalam belajar.Pokoknya lagi, khusyuk itu bagaimana ya?- Tidak ingatkan apa-apa ?-Itukah erti khusyuk ?

Pesan ustaz Aagym lagi, khusyuk itu sejauh mana kita tumpu pada konsentrasi.Bila solat, sekali fikiran terawaaang aja, cepat-cepat kita tangkapnya semula.Sekali fikiran terlepas lagi, sekali lagi kita berusaha menangkapnya.

Rasulullah saw dulu, ketika ada bayi menangis di belakang, di saff makmun, lalu dicepatkan solat baginda.Tidak khusyukkah baginda, sebab terganggu dengan tangisan bayi itu? -pastinya tidak, sebaliknya rasulullah saw ingin supaya hati ibu bayi tadi, tidak bisa terganggu dan gusar hati dengan bayinya.Mulia sekali rasulullah saw,bukan.

Ada cucu baginda saw, naik atas pundak belakang rasulullah saw, lalu baginda memanjangkan waktu sujudnya.Tidak khusyukkah juga baginda kerana cucunya ?- tidak sekali . Tapi, itu tandanya kasih Rasulullah saw pada cucunya.Indah sekali akhlak baginda, bukan.

Maha suci Allah, kisah ini masih lagi dapat kita renungi.
kasih sayang

Belajar juga begitu, sekali fikiran kita lari, cepat-cepat berusaha tangkapnya kembali.Sekali lagi fikiran kita jauh terawang lagi, sekali lagi kita kembalikan semula.Kembalikan pada jalannya yang benar.Kembalikan pada fitrah.

Belajar itu amanah.Amanah dari ibu bapa. Belajar itu harapan. Harapan dari adik-adik. Belajar itu neracanya kejayaan dan kegagalan.Berusahalah lagi dan lagi.

Allah

” Usaha itu hak kita, keputusan itu hak DIA.” -begitu pesan nasihat dari seorang sahabat.Jazakallah.

Bersangka baiklah selalu dengan Allah.

doa

Advertisements