Alhamdulillah, walhamdulillah, walhamdulillah a’la kulli ni’mat.Syukur kepada Allah swt atas segala nikmat yang dianugerakanNya.

hokuriku

tokai

tohuku

Semalam, saya sempat menghadiri satu slot sehari mencari ilmu agama bersama program Jalinan Ukhuwah IPIJ.Diantara 3 program yang dianjurkan, saya berpeluang untuk menghadiri programnya yang terakhir sahaja iaitu Jalinan Ukhuwah Hokuriku 09.Hokuriku merupakan bahagian jepun yang menghala ke bahagian atas.

Sepanjang mengikuti program ini, bermula dari waktu rasminya iaitu jam 10 pagi dan tamat sekitar jam 4.30 petang, banyak mutiara peristiwa yang ingin dikongsi bersama.Talk disampaikan oleh scholars di lingkungan tempatan.Pada program kali ini, penyampainya terdiri dari Brother Khalid dari Egypt dan Brother Fauzi dari Malaysia.Lokasinya adalah di masjid Nigata yang baru saja dalam proses dibangunkan.Masih belum siap sepenuhnya.

Sebuah masjid yang dibina atas dasar pergantungan penuh dengan Allah swt.Sebuah masjid yang dibina atas dasar taqwa yang cukup tinggi.Kenyataan ini, dapat saya simpulkan setelah saya sendiri mendengar proses dan peristiwa yang membawa kepada tertubuhnya masjid Nigata ini.

Masjid yang cukup baik kemudahan dan perancangan infrastrukturnya.

Masjid yang menitikberatkan kelansungan jangka panjang, baik dari sudut dakwah kepada masyarakat sekitarnya; juga kepada kemasukan income kewangan yang dijadikan sumber pusingan modal untuk kewangan masjid pada masa akan datang.

” Ramai orang tidak sangka dengan tempoh tertubuhnya masjid ini.Dimana sumber kewangannya yang datang.Hanya pada Allah swt, DIA lah yang mempermudahkan segala-galanya. “-pesan Bro Khaled diakhir kata-katanya ketika sesi penerangan kepada tertubunhya masjid.

*****

Kami tiba awal di masjid ini.Malam sebelum program.

Jadi, kami ( beberapa junior; bai, haris,faiz dan seorang senior; naim ) merupakan tetamu awal yang bermalam di masjid tersebut.Alhamdulillah.Sempat juga kami berbincang kisah keluarga masing-masing setelah bacaan surah al-Mulk.Perjumpaan ringkas, tapi banyak makna dalam mendekatkan lagi tautan hati antara kami.Usrah di luar usrah.

usrati di perantauan

sahabat-sahabat

usrati 2

Ketika proram berlansung, segalanya berjalan dengan baik.Kehadiran peserta juga cukup positif.Tahniah kepada tuan rumah ,warga universiti Nigata dan ajk ipij yang terlibat.Kerana usaha kalian, saya dan sahabat-sahabat yang lain juga dapat merasai kemanisan islam.(juga segalaNya dari Allah)

Suasana talk , saya rasakan cukup meriah.Sambil mendengar kuliyah, di sebelah kanan, kedengaran translation dari bm ke english untuk brothers dari egypt.Di sebelah kiri pula,kedengaran kata-kata translation dari bm ke bahasa jepun.(nihongo) .Kehadiran Fitri, atau nama sebenarnya Sase Takumi, seorang saudara islam baru; cukup membuatkan program kali ini lebih manis.Fitri, kembali kepada fitrah ; merupakan seorang pelajar kejuruteraan mekanikal tahun akhir, diperingkat ijazah.Jernih wajah nya, cukup membuatkan diri ini terasa betapa luhurnya hati saudara baruku ini.

Fitri, moga bersua lagi.InsyaAllah.

*****

Program kali ini juga lebih bermakna lagi, apabila isi kuliyah nya banyak berkisah pada basic islam.Tapi disampaikan dengan kaedah yang lebih segar.Kecantikan islam harus lebih disebar luaskan lagi.Seharusnya, polis jepun juga akan tertarik dengan kebaikan dan keindahan islam ! Tidak lagi dengan hujjah terrorist dan terma terrorism ! AbuLahab dan Abu Jahal juga pernah mencuri dengar bacaan Al-Quran dari Rasulullah saw dan bertembung dimalam hari gara-gara curi dengar ! Semua terpahat dan terususun baik dalam lipatan sejarah islam.Indahnya Islam.

*****

Brother Khaled ;  kadang- kadang ada air mata yang menitis lembut dipipinya.

” …pernah suatu malam , ana melihat 3 orang anak muda islam minum arak di tepi jalan.”-cerita Brother Khaled.

Jika tidak silap pemerhatian saya, 2 kali titisan lembut air mata ,mengalir di pipi Brother Khaled.Pertamnya, ketika dialog diatas kerana terluka dengan peristiwa tersebut dan kerendahan nilai moral pelajar islam.Dan buat kedua kalinya, ketika kisah peperangan Yarmuk ,bilamana umat islam gentar dengan kekuatan bilangan musuh.Namun, kata seorang sahabat ,aku berani maju kedepan dan ingin syahid.Inilah tujuan kita! Nanti, bila di syurga Sana, aku akan bertemu dengan Rasulullah .Aku akan bertemu dengan sahabat baginda.Aku akan bertemu dengan Saidina Umar radhiallahuanhu! Aku akan bertemu dengan Saidina Abu Bakar radiallahuanhu! Aku akan bertemu dengan ramai lagi sahabat baginda…!

bro khaled

Lalu, ada air mata yang mengalir membasahi pipi Brother Khaled.Allahuakbar ! Subhanallah ! Dah lama, saya tidak melihat sendiri ada insan yang menitis air mata, tika ingatan pada Rasulullah saw dikisahkan.Ya, saya cukup rindukan suasana itu. Ia sebahagian dari tasawwuf hati.

Point penting ,dari talk beliau yang ingin dikongsi buat masa ini adalah hatta di jepun,atau dimana-mana sekalipun, jangan sesekali segan untuk memperlihatkan identiti islam dan muslim.Jagalah solat pada waktunya.

InsyaAllah, akan saya ceritakan lagi di penulisan akan datang.

masjid nigata

Masjid Nigata, dalam proses akhir pembinaan.

*****

Semoga kami dapat singgah lagi kesana,insyaAllah.

Advertisements